Banjir di Kelantan kali ini lagi teruk dari 2014
Ads by Kiosked
MACHANG - Penduduk di Kampung Kuala Merabang, Dewan Kecil, Labok
mendakwa banjir yang melanda baru-baru ini, merupakan yang terburuk
dalam sejarah hidup mereka.
Menurut penduduk, Banjir Bah Kuning pada 2014 yang lalu tidak seteruk
Selasa lalu memandangkan kampung itu terletak jauh dari Sungai Kelantan.
Penduduk, Zainab Mahmood, 70 berkata, banjir darat (air hujan)
merupakan perkara biasa di kampung tersebut namun tidak seteruk yang
berlaku baru-baru ini.
Katanya, sepanjang lebih 30 tahun tinggal di kampung itu, air tidak
pernah masuk ke dalam rumahnya dan hanya melibatkan pekarangan rumah.
"Kali ini, air di dalam rumah mak cik paras lutut orang dewasa dan mak
cik tidak sempat mengemas barang-barang memandangkan mak cik tidak sihat
dan anak-anak keluar bekerja.
"Mak cik terpaksa biarkan semua barangan kelengkapan rumah dan
selamatkan diri mak cik. Mujurlah ada adik yang tinggal berdekatan,
tolong selamatkan peti sejuk," katanya kepada Sinar Harian.
3 orang berkata:
Mungkin tuhan turun bala sbb dosa Kita dan pemimpin kita yg mencilok balak dan menzalimi org asli. Tak apalah. Banyakkan bertaubat dan beristigfar.
Jangan susah. BN sudah luluskan 800 juta ringgit utk atasi masalah banjir Kelantan. Oleh itu sokonglah BN dan tinggalkanlah Pas. Pas tak mampu mengatasi banjir. Tebang balak buat banjir pandailah.
Satu kapong kepala otak ko
Post a Comment