Tanggungjawab sebenar terletak di bahu PM
Ads by Kiosked
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa pelantikan Tan
Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (Felda) seperti mengesahkan bahawa wujudnya masalah dalam
organisasi berkenaan.
Beliau mendakwa walaupun perlantikan itu dibuat namun tanggungjawab
sebenar terletak di bahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ini kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya,
tanggungjawab menyelia menyelia dan memajukan Felda terletak di bawah
portfolio Perdana Menteri.
“Maka sewajarnya beliau (Najib) perlu turut sama meletakkan jawatan
atas kegagalan memajukan Felda dan masyarakat peneroka,” katanya dalam
satu kenyataan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Shahrir dilantik sebagai Pengerusi Felda]
Jelasnya, Najib perlu menjawab dan menangani segera segala isu beliau
timbulkan iaitu keputusan Felda untuk membeli 37 peratus pegangan di
dalam syarikat perladangan Indonesia (Eagle High Plantations).
“Selain itu, prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013 dengan
kerugian berbilion ringgit setahun, hutang yang mencecah RM6 bilion dan
rizab wang tunai yang susut dari berbilion ringgit sebelum itu kepada
RM291 juta sahaja (tahun kewangan 2014),” katanya.
Rafizi turut menggesa supaya Shahrir segera mengumumkan pembentangan
Kertas Putih mengenai Prestasi Kewangan dan Masa Depan Felda di
persidangan Parlimen akan datang dalam bulan Mac ini.
2 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 4 angka [9981] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK BOWOH IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 870 JUTA , wassalam.
Yg salah ialah lebai dol attakiri sbb dia yg skongkol.
Post a Comment