Matlamat sebenar Kit Siang terbongkar
KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul
Jalil berkata, pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai permintaan
DAP untuk jawatan timbalan perdana menteri telah membongkar agenda dan
matlamat sebenar penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Shahrizat berkata, agenda dan matlamat itu adalah bagi memastikan DAP
mengetuai Pakatan Harapan mengambil alih kuasa politik Melayu di
Putrajaya.
"Pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir ini secara tidak langsung
mengakui dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim bahawa Lim Kit Siang bakal pegang jawatan timbalan perdana
menteri dan menteri kewangan jika pakatan menang Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU).
"Kedua-dua jawatan ini pasti akan menjadikan Lim Kit Siang lebih
berkuasa daripada (Datuk Seri) Mukhriz Mahathir," kata Shahrizat dalam
kenyataan hari ini.
Menurutnya, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak, PRU-14 sebenarnya pertandingan antara dua kuasa besar politik
di Malaysia iaitu Umno dan DAP.
Shahrizat berkata, jika BN menang, Umno akan terus mentadbir Putrajaya
dan jika Pakatan Harapan menang, maka DAP pula akan mentadbir.
"Ternyata PRU-14 bukanlah medan untuk DAP mendahulukan rakyat tetapi
merupakan alat untuk mereka menguasai politik Malaysia," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata DAP mahu jawatan timbalan
perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-14 akan datang.
Menerusi laman blognya pada Jumaat, bekas perdana menteri itu membuat
pusingan U dengan memperbetulkan kenyataannya sebelum ini bahawa yang
meminta jawatan berkenaan adalah MCA, bukan DAP.
Semalam, berucap pada majlis di Port Dickson, Najib menafikan bahawa
MCA pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada
parti itu seperti yang didakwa Mahathir.
Sementara itu, Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen
berkata, Dr Mahathir merupakan raja pusingan-U sementara Kit Siang
pandai mengambil kesempatan daripada situasi ini, tiada prinsip dan
tidak mahu mengaku atas apa yang dikatakannya.
Kim Sen berkata, Dr Mahathir tidak keruan dalam kenyataannya, bukan
saja mengenai BR1M tetapi juga isu pelaburan China, malah kini jawatan
timbalan perdana menteri yang didakwa diminta DAP dan kemudian ditukar
kepada MCA pula. - Bernama
4 orang berkata:
Sejak jadi tangga amno neh, semua yg amno cakap yes aje.... Tak ada yg pak Karam tak yes
Bro, pak karam ni buta kayu, blogger copy n paste. Kalau hadi suruh makan taik pun dia sanggup.
Pas talam dua muka. Depan rakyat dia kata menentang umnobn. Belakang rakyat dia sokong umnobn.
Cuba tanya cina MCA nih.
MCA sokong ruu355 tak??
Pukimak. Hak org Islam pun nak campur.
Post a Comment