'Tsunami Melayu' dalam PRU14
Ads by Kiosked
DALAM PRU12 dan PRU13, BN mengalami kekalahan mengejut
apabila majoriti pengundi Cina telah memberikan sokongan padu kepada
calon-calon pembangkang.
Istilah 'Tsunami Cina' lalu digunakan untuk menggambarkan betapa
besarnya pengaruh pengundi Cina sehingga menyebabkan BN kehilangan kuasa
pemerintahan di beberapa negeri.
Menjelang PRU14, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong pula meramalkan
'Tsunami Melayu' bakal berlaku seperti apa dilakukan oleh pengundi Cina
dalam dua PRU lalu.
"Kini sudah menampakkan angin perubahan dalam masyarakat Melayu.
Walaupun belum berlaku tsunami, namun sudah berlaku tiupan angin," kata
Chin Tong dalam satu seminar di Kuala Lumpur, kelmarin.
Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, Chin Tong menjelaskan, kerjasama yang
dilakukan antara pemimpin Umno dan Pas tidak semestinya diterima
masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.
Justeru, beliau percaya majoriti pengundi Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada pakatan pembangkang pada PRU14.
Chin Tong turut menjangkakan PRU14 kemungkinan diadakan pada April
tahun ini, jika tidak, ia mungkin akan dilanjutkan sehingga 2018.
Calon Gerakan tanding Dun Ketari
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan Dun Ketari akan
ditandingi calon Gerakan sebagai wakil calon untuk BN pada PRU14.
Dun Ketari di bawah kawasan Parlimen Bentong. Pada PRU13, Dun Ketari ditandingi oleh calon MCA.
Menurut Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong, Ketari pada asalnya
adalah kawasan milik Gerakan, namun demi mengutamakan peluang
kemenangan, MCA telah melakukan pertukaran dengan Gerakan atas semangat
permuafakatan BN.
"MCA Bentong mengalu-alukan kedatangan calon Gerakan untuk bertanding
di Dun Ketari. MCA Bentong bagaimanapun akan terus memberikan
perkhidmatan kepada pengundi di situ.
"Walaupun tidak akan bertanding di situ, MCA Ketari terus bekerjasama
dengan Gerakan demi memastikan BN mampu memenangi Dun berkenaan pada
PRU14," kata Tiong Lai kepada China Press.
Difahamkan, Pengerusi Biro Aduan Gerakan, Datuk Wilson Lau Hoi Keong
kemungkinan memikul tanggungjawab bagi mewakili partinya bertanding
sebagai calon Ketari untuk PRU14.
Parlimen Bentong mempunyai empat kawasan Dun iaitu Ketari, Sabai, Bilut dan Pelangai.
5 orang berkata:
This morning happy because with the information that is so very nice.
Kuding Plus Tea Green World
Pengobatan Alami Infeksi Saluran Kencing Yang Aman
Penyebab Telinga Berdengung Sebelah Kiri
Cara Mengobati Rubella Secara Alami
Pengobatan Alami Kanker Hati Stadium 4
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 4 angka [6576] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK BOWOH IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 870 JUTA , wassalam.
Jubah je cantik tapi hati busuk
Banjir tu mungkin bala akibat dosa2 kita dan pemimpin kita yg melenyapkan hutan dan menzalimi org asli yg daif. Tak apalah, banyakkan istighfar dan bertaubat ye...
Tsunami melayu. Susahlah pas kalu jadi tsunami melayu. Lingkup kelantan.
Post a Comment