Rundingan kerusi Pakatan Harapan-Pas tak timbul
Ads by Kiosked
PETALING JAYA - Isu rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan Pas tidak perlu ditimbulkan buat masa ini.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sebaliknya parti itu kini memberi tumpuan kepada gerak kerja menjelang PRU14.
"Saya fikir isu itu tidak berbangkit sekarang. Sebarang rundingan adalah lebih baik dilakukan secara tertutup.
"Sekarang ini terlampau banyak yang diperkatakan secara umum. Jadi
fokusnya sekarang kita nak tampilkan calon terbaik dan gerak kerja
parti, itulah yang akan bantu proses pemilihan nanti," katanya dalam
sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Menurut beliau, PKR juga telah melancarkan Jelajah Siap Siaga 2017 bagi menyusun program menghadapi PRU14.
Katanya, jelajah itu adalah kesinambungan kepada kejayaan Jelajah Merdeka Rakyat yang diperkenalkan pada 2012.
"Fokus Jelajah Siap Siaga 2017 ini adalah dalaman di mana petugas dan
penyelaras DUN dan Parlimen tumpukan usaha untuk gerakkan jentera
termasuk aktiviti kemasyarakatan," katanya.
3 orang berkata:
Semua parti dah siap siaga. Parti lebai dol al-untaa je yg sibok layan dedak.... Huhuhu
Lebai dol byk dodak.
Ko ado??
Padan muka pas
Bodoh sombong sgt
Post a Comment