Kassim Ahmad ditahan
26/03/2014 5:42pm
KULIM - Karyawan dan bekas aktivis politik, Dr. Kassim Ahmad yang
mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti-hadis
baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Agama Islam
(Jakim) kira-kira pukul 2.30 petang tadi di rumahnya, di Taman Kulim
Perdana, Kelab Golf Kulim, di sini.
Penahanan itu dibuat selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas kesalahan mengikut Seksyen 9
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu
menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.
Kadi Daerah Kulim, Sheikh Yusof Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. - KOSMO!
0 orang berkata:
Post a Comment