PATUT LA PAN NAK CEPAT RUNDING RUPANYA PAN INTAI KERUSI, ALAH MUDAH JE, MANA-MANA PARTI YANG MEMPUNYAI LEBIH DARIPADA 15 CAWANGAN DISETIAP PARLIMEN ATAU DUN MEMANG LAYAK LETAKKAN CALON JIKA TIDAK BUAT LA KERJA AMAL BANTU PARTI YANG LAYAK BERTANDING. - Pak Karamu
Pembangkang perlu segera ke meja rundingan
SHAH ALAM - Parti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, formula satu lawan
satu adalah cadangan praktikal dan dapat direalisasikan jika semua parti
pembangkang mempunyai matlamat sama iaitu menukar kerajaan yang baru.
“Sebelum mencapai kata sepakat tentang siapa bertanding, semua parti
pembangkang kena segera bersetuju untuk ke meja perundingan. Selepas itu
baru kita boleh berbincang mengenai masalah pembahagian kerusi dan
sebagainya.
“Tetapi, syaratnya ialah semua parti pembangkang kena ada satu matlamat
yang sama dan kita perlu berganding untuk capai matlamat itu,” katanya.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan
berkata, pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu
lawan satu bagi mengalahkan BN.
Beliau berkata, cabaran seperti isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan jika semua parti pembangkang mencapai kata sepakat.
“Dalam soal pembahagian kerusi, kita kena letakkan calon boleh menang dan calon yang penting untuk negara.
“Kita juga mesti sepakat memberikan laluan kepada parti-parti lain supaya formula satu lawan satu itu boleh tercapai,” katanya.
Menurutnya, bagi memastikan kejayaan formula itu, semua parti
pembangkang perlu terbuka dan mengetepikan agenda parti masing-masing.
2 orang berkata:
ORG KAYA DGN ILMU POLITIK BILA BERSUARA AMAT BERHARGA. ORG YG GILA KUASA MACAM HADI, BILA BUKA MULUT SAJA MACAM ORANG GILA.
PAN LAWAN PIGS
Kita doakan gabungan PIGS dapat menang di penang.
Post a Comment