'Biarlah Anwar jalani hukumannya di penjara'
SHAH ALAM - “Biarlah beliau (Anwar) menjalani hukuman, kelak akan bebas
jua akhirnya, berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik.”
Begitulah luahan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Saiful Bukhari Azlan melalui warkah buat Presiden Penaja Parti Bersatu,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Saiful, rakyat marhean di luar hanya ingin mengetahui hala tuju
Bersatu, dasar, idealisme dan bukannya janji untuk pembebasan banduan
yang bersalah sekiranya parti itu memenangi PRU akan datang.
“Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru Bersatu yang ibarat bayi masih suci ini dengan kekotoran.
“Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam
agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama sahaja semasa
perhitungan di masyar nanti,” tulisnya.
Difahamkan, Saiful menulis warkah berkenaan bagi mengulas laporan media
yang memetik Muhyiddin sebagai menyokong pembebasan Anwar serta
berikrar untuk menjadikannya agenda perjuangan parti itu.
Dalam pada itu, Saiful berkata, perjuangan berlandaskan kebatilan
adalah sukar untuk berjaya malah Muhyiddin tidak perlu gentar untuk
memperoleh sokongan sekiranya beliau yakin wadah baru ini adalah benar.
“Apatah lagi memohon pertolongan 'sokongan' dari makhluk yang Tan Sri
sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah.
“Belum terlambat untuk perbetulkan namun jika Tan Sri (Muhyiddin)
beranggapan 'jalan pintas' ini jalan terbaik, maka saya ucapkan selamat
'maju' jaya,”katanya.
Tambah Saiful, sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini, beliau
mempunyai 'locus standi' untuk mengulas apa yang diperkata oleh
Muhyiddin sebelum ini.
5 orang berkata:
Saifoool ni elok masuk pass.
Bole dpt no keahlian pasd.
Kunci masok sorga
Apalah awak ni 3:01..dimana silapnya kenyataan Saiful tu..tiada kena mengena langsung dengan Pas..
Jgn kutuk org. Dia berhak bersuara sbb dia trlibat dlm kes yg disebutnya. Tak usah kaitkan dgn parti politik.
Saiful..bagaimana dgn pandangan anda tentang kemelut kepimpinan negara yg dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar dunia sekarang? Sokongan kepada kebatilan adakah boleh berjaya selamanya?
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment