Kerjasama agenda penting, tak perlu gabungan rasmi
SHAH ALAM - Gabungan rasmi parti pembangkang tidak diperlukan bagi mencapai matlamat satu lawan satu dengan BN.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari
berkata, sebaliknya yang lebih penting ialah kerjasama sama ada secara
rasmi atau tidak rasmi.
“Sebaik-baiknya satu lawan satu itu perlu dicapai oleh pembangkang. Kita kena jelas apa matlamat pembangkang.
“Jika kita mahu merealisasikan hasrat rakyat untuk mengubah kerajaan
dan menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
maka kerjasama diperlukan. Itu wajib,” katanya.
Menurut beliau, pembangkang juga harus mengambil pendekatan
‘comparative advantage’ dalam menentukan parti mana yang bertanding.
“Ini bererti, pemilihan parti mestilah berdasarkan prinsip boleh
menang, dan siapa yang paling berpengaruh dalam kawasan tersebut,”
katanya.
Pandangan sama turut dipersetujui Naib Presiden PKR, Tian Chua yang
berkata, parti pembangkang perlu mendapatkan persetujuan bekerjasama
walaupun tidak berada dalam satu pakatan.
“Kalau dapat bergabung di bawah satu pakatan, lagi bagus. Tetapi jika
tidak, sekurang-kurangnya kita perlu dapat persetujuan untuk kerjasama
satu lawan satu,” katanya.
Beliau berkata, konsep satu lawan satu telah diamalkan oleh pembangkang selama ini dan berjaya memberi kemenangan besar.
“Saya yakin pembangkang akan bergabung semula pada PRU14 nanti untuk mencapai hasrat satu lawan satu,” katanya.
Tian Chua berkata, PKR juga sedia memainkan peranan untuk menyatukan kerjasama antara parti-parti pembangkang.
“Kalau boleh bukan kita jangan hanya fokus pada kerusi Parlimen, malah kerusi Dun juga,” katanya.
4 orang berkata:
AKU TAK SETUJU.
BIARLAH PASS DENGAN PIGS-NYA.
KELANTAN SESUAI DITADBIR PIGS.
Pan cakap je besat. Cawangan entah di mana. Ahli pun tak seberapa. Mimpi nak ke putrajaya komon...
Kakaka PIGS.....sadis btul
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment