Banjir di Tumpat semakin buruk
TUMPAT - Banjir di Tumpat semakin buruk apabila mangsa banjir terus meningkat kepada 1,965 orang.
Penduduk yang dipindahkan adalah dari lebih 10 kampung antaranya
Kampung Simpangan, Kuala Jambu, Teluk Jering, Jejulok, Palas Merah dan
sekitar.
Limpahan Sungai Golok itu juga menyebabkan jalan utama laluan Chabang Empat-Meranti tidak dapat dilalui semua kenderaan.
Berikutan itu, Kampung Ana,Kampung Jambu, Kampung Cherang Melintang,
Kampung Tok Oh, Kampung Padang Mandol, Kampung Jal Besar dan Kampung Jal
Kechik terputus hubungan dan sebahagian penduduk kampung berpindah.
Daripada dua pusat pemindahan dibuka kelmarin iaitu di Sekolah
Kebangsaan (SK) Bunohan dan SK Pengkalan Kubor 2, kini dua lagi iaitu di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat dan SK Pengkalan Kubor
1.
7 orang berkata:
Tebang lg hutan tu sampai licin.
Senang sikit sotong nak naik darat
Bala
Dulu bukan main kutuk penang pasal banjir kilat.
Cepat je tuhan nak balas
Elehh....pakai ranjer ngan vw atau velfire bole angkut mangsa banjir pindah kat banglo2 anak beranak
Hutan simpan kan byk. Tebang la byk2 buat perahu.....
Longkang ngan sungai sumbat sbb byk sampah. Mana tak banjir...
Mintak la boss bersihkan longkang. Klu tak ada pitih bole jual balak lagi...
Mungkin bala atas dosa2 yg telah dilakukan. Banyakkan beristigfar dan bertaubatlah.
Post a Comment