Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TAK BOLEH BERSATU DENGAN PENGKHIANAT

Salah Pas jika pembangkang tak bersatu
Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad

SHAH ALAM – Kalau parti pembangkang tidak boleh bersatu, ia adalah salah Pas, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, hanya Pas sahaja parti pembangkang yang berada di luar kelompok pembangkang negara ini.

“Sedangkan semua dah bersama, hanya Pas sahaja yang berada di luar lingkaran. Kalau pembangkang tidak boleh bersatu, ia adalah salah Pas dan bukannya salah parti pembangkang lain,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan BN dalam pilihan raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian ketika mengulas cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada PRU14 nanti.


Sementara itu, ketika mengulas kenyataan Mahathir, Khalid berkata, Pas sebenarnya faham apa yang cuba disampaikan Mahathir.

Bagaimanapun katanya lagi, parti itu lebih senang mengambil pendekatan menuding cari mencari kesalahan parti lain daripada bersama dengan pembangkang.

“Sekarang ini saya nampak Pas faham apa yang cuba disampaikan Mahathir, bagaimanapun mereka cuba salahkan orang lain.

“Mereka kata pembangkang tidak boleh bersatu kerana ada Mahathir. Mereka kata mereka tidak boleh bersatu kerana ada kami (Amanah) dan DAP. Kalau Amanah tidak ada baru mereka boleh bersatu,” katanya lagi.

Menurutnya, Pas sepatutnya menagambil pendekatan matang dengan duduk berbincang tentang satu lawan satu dengan pembangkang untuk PRU14 nanti.

“Rakyat mahukan perubahan dan cara terbaik untuk mencapai perubahan itu adalah dengan bersatunya semua parti pembangkang.

“Dan bila dah bersama, bolehlah kita bincang dan usulkan satu lawan satu (pembangkang menentang BN). Kalau ada yang tak mahu bersama, bersatu dalam satu saf bersama pembangkang, maka itu yang dikatakan (parti itu) mengkhianati rakyat,” bidasnya.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Hahaha...sembang kencang..

Anonymous said...

Dua2 pihak 2 X 5.
Najib jugak yg untung.

Anonymous said...

Tak perlulah mengeluh hidup susah ke hapa ke...sikap kita yg menyebabkan bn terus berkuasa. Elok sokong bn aje la. Tak guna sokong pembangkang yg sifat mereka mcm taik, tak fikir rakyat. Cuma fikir nak lunaskan dendam. Muak dah, penat dan fedup.

Anonymous said...

PAS pengkhianat rakyat.

Hamba Allah said...

PANkhianat islam

Anonymous said...

Kalau setakat PAN ditubuh utk mengambil alih kuasa dari BN..sama spt PKR,DAP,Bersatu.Tak pyh la tubuh byk Parti..kalau dah Tujuan sama.Masuk saja PKR.Kalau pemimpin itu ikhlas Dan berwibawa,walau dlm Parti mana sekalipun dia akan diberi kepercayaan.

Anonymous said...

Pengarah komunikasi sengal sama cam partinya juga.jika pembangkang semua nak salahkan najib n bn.bn pulak salahkan anuar atau pembangkang tp pan nak salahkan Pas sj.padahal pan tu yg memang bersalah krn suka nak duduk bawak ketiak dap

Anonymous said...

Bukam hadi ker yg suruh tubuh parti baru masa dia halau mat sabu dulu?? Napa sekarang sedih plak??

Anonymous said...

Parti Ajaran Syiah..PAS

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.