RPK Dedahkan Skandal XXX Datok Bahri Pula..
Refer gambar jap ;
Dan RPK pula menerusi portalnya menulis dengan membayangkan Datok Bahri sepertinya seseorang yang tidak layak bercakap tentang intergriti kerana pernah terkait skandal hubungan sulit.. pelik kan? Asal lawan Najib semua ada skandal xxx. Korang baca sendiri hujah dorang nak mencalarkan reputasi Datok Bahri. Dari skandal seks sampai kepada isu kerugian forex. Semuanya dia pula yang bersalah secara tiba-tiba.
Dorang lupa kot Datok Bahri bukan terus-terus naik jadi pegawai kanan SPRM. So macam bangang juga nak salahkan Datuk Bahri dalam skandal forex dan kerugian MAS yang berlaku sejak 10 - 12 tahun lepas. Datok Bahri bercakap tentang isu SRC dan 2.6b sebab memang SPRM diberikan akses menyiasat kes berkenaan.
Memang ada banyak skandal penyelewengan di Malaysia tapi tak bermakna semuanya SPRM dibenarkan untuk siasat. Ini taktik nak selamatkan Najib pukul curi Mahathir lepas tu kita pun jadi lemah semangat nak melawan sebab dah dedua pun nampak macam serupa je.
Seperti dilaporkan oleh MalaysiaToday.
Saya
rasa Tian Chua, Rafizi Ramli dan Tony Pua telah “lost track” pelan
perancangan mereka, dan mungkin juga mereka telah kehilangan fokus pada
misi utama mereka. Dan kenyataan Rafizi di bawah – ditambah dengan
kenyataan oleh Tian Chua dan Tony Pua sejak beberapa hari lalu – memberi
gambaran bahawa mereka tidak benar-benar memahami apa yang sedang
berlaku lagi.
Apa
yang Rafizi katakan (lihat di bawah) hanya lah mengesahkan bahawa Bahri
Mohamad Zin adalah agen DAP di SPRM. “Jika mereka menjatuhkan pegawai
bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, ianya
merupakan satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri
pula,” kata Rafizi.
Apakah
yang Rafizi maksudkan dengan bermoral? Adakah Rafizi berkata bahawa
Bahri bukan pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan
kakitangannya, seorang wanita yang sudah berkahwin, di pejabat? Jika
ianya bukan Bahri maka siapakah pegawai tersebut? Dan jika Bahri tidak
mendedahkan siapakah pegawai itu bagaimana mungkin beliau seorang yang
bermoral dengan menutup jenayah? Dan jika pegawai tersebut adalah Bahri
maka bagaimana mungkin beliau boleh menjadi bermoral?
Oleh
yang demikian Rafizi, Jika pegawai tersebut bukan Bahri maka
perjelaskanlah dan beritahu kami siapa pegawai tersebut memandangkan
berjuta-juta rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu nama pegawai kanan
SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang di atas meja
pejabatnya.
Adakah
Rafizi juga berkata bahawa Bahri tidak terlibat dalam menutup
pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed? Sekarang, ingat,
Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani
Mohamed telah dibunuh. Dan Pakatan Rakyat pernah berkata bahawa SPRM
telah menutup pembunuhan ini.
Jadi,
mereka telah dibunuh dan SPRM menutup kes pembunuhan itu. Mungkin ini
bermaksud bahawa ada orang yang sangat kanan dalam SPRM terlibat dalam
pembunuhan atau terlibat dalam menutup pembunuhan ini. Dan Bahri adalah
pegawai yang sangat kanan dalam SPRM.
Jadi,
sama ada Bahri terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup
kes pembunuhan itu. Dan jika dia tidak terlibat dalam pembunuhan atau
menutup pembunuhan, memandangkan dia sangat kanan dalam SPRM, maka
beliau akan tahu siapa yang terlibat.
Oleh
itu, bagaimana pula Bahri boleh menjadi pegawai SPRM yang bermoral?
Mungkinkah seorang pegawai SPRM yang sangat bermoral menutup dua
pembunuhan? Seorang pegawai SPRM yang bermoral akan mendedahkan
penjenayah dan memastikan mereka dipenjarakan. Seorang pegawai SPRM yang
bermoral tidak akan membantu pembunuh terlepas daripada hukuman.
Dan
bagaimana pula dengan kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Apakah Bahri
yang bermoral bersedia untuk mengaku bahawa SPRM, Peguam Negara dan
Ketua Polis Negara terlibat dalam kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Dan
adakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mendedahkan bahawa Rosli
Dahlan dan Ramli Yusuff telah dibunuh kerana mereka mahu untuk menutup
fakta bahawa syarikat penerbangan nasional, MAS, hilang RM8 bilion untuk
menampung RM30 bilion kerugian Forex dan juga untuk menutup fakta
bahawa KPN mempunyai hubungan dengan kongsi gelap Cina, perjudian,
pelacuran, dadah dan sindiket Ah Long?
Ya,
Rafizi, kita memerlukan Bahri yang bermoral untuk menyatakan kebenaran
dan mendedahkan fakta-fakta tentang semua jenayah-jenayah ini. Dia tidak
boleh menjadi bermoral jika dia hanya cuba untuk menjatuhkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menutup semua jenayah lain
yang lebih serius.
Tuduhan
jenayah yang melibatkan RM2.6 bilion adalah masalah besar untuk anda.
RM8 bilion MAS dan RM30 bilion kerugian Forex (yang digabungkan bernilai
RM70 bilion hari ini) bukan pula masalah besar. Dan ia menjadikan Bahri
seseorang yang bermoral.
Biar
saya terangkan perkara ini dengan lebih jelas. Bahri seorang yang
sangat bermoral kerana dia cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dia
tidak perlu mendedahkan pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani
Mohamed atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff
kerana ianya tidak melibatkan proses untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Jadi,
jika dia berdiam diri mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad
Sarbani Mohamed, atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli
Yusuff, ianya tidak menjadikan Bahri kurang bermoral selagi dia memberi
tumpuan kepada menjatuhkan Perdana Menteri.
Ya,
ini adalah Rafizi yang merancang Langkah Kajang tetapi menafikan bahawa
Langkah Kajang itu bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai
Menteri Besar Selangor. Dan ini adalah Rafizi yang berkata bahawa Khalid
perlu diganti kerana beliau rasuah dan kemudian Saifuddin Nasution
terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada Khalid untuk semua tuduhan
palsu yang dibuat terhadapnya.
Lebih
baik Rafizi tutup mulut sebelum saya buat sesuatu. Saya sangat malu
kerana pernah menganggap beliau sebagai seorang pemimpin akan datang.
Beliau adalah salah satu sebab saya berpaling menentang Pakatan Rakyat.
Rafizi telah membuktikan bahawa beliau hanyalah “pariah” politik. Adakah
ini pelajar terbaik yang MCKK keluarkan? Memalukan!
*****************************************
Rafizi mempertahankan agen DAP dalam SPRM
(Malaysiakini)
– Serangan terhadap Pengarah Khas Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, Setiausaha Agung
PKR, Rafizi Ramli beri amaran.
Beliau
berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh
mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk
menjatuhkan pegawai kanan SPRM.
“Jelas
sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin
SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa alat-alat propaganda.
“Ia
sering melibatkan cerita yang direka untuk menjatuhkan sesiapa sahaja
yang mereka anggap sebagai ancaman,” katanya kepada Malaysiakini hari
ini.
Ahli-ahli
politik adalah tokoh masyarakat, maka ianya boleh diterima apabila
mereka menjadi perhatian masyarakat, beliau berkata, tetapi ianya amat
membimbangkan apabila serangan kini tertumpu kepada Bahri.
“Ancaman
terhadap pegawai-pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha
untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan,” katanya.
Ia
juga adalah satu percubaan awal untuk menjatuhkan apa sahaja atau
tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.
Rafizi
menasihatkan alat-alat propaganda bahawa “tidak ada jumlah spin” boleh
memperbetulkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima
justifikasi yang diberikan dengan menutup kes terhadap Perdana Menteri.
“Lebih
buruk lagi, jika mereka masih cuba menjatuhkan pegawai bermoral seperti
Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, iaitu strategi yang tidak
baik kerana ia akan memakan diri mereka sendiri,” katanya.
2 orang berkata:
Cerita bohong rpk hanya macai dedak najib dan walaun biol hadi je yg percaya. Pastu sebarkan fitnah merata2 utk aibkan hamba Allah di atas.
Lawan bos aje misti kena fitnah sek. Lagu dia sama je..senang nak baca.
Kalu lembu lawan bos, lembu pun kena tuduh buat sek.
Fuhhhh....
Post a Comment