PERHIMPUNAN MEGA KEMARAHAN RAKYAT
ADA KAITANNYA DENGAN
PRU 14 ?
MASALAH RASUAH SUDAH TIDAK TERBENDUNG ?
SEKARANG RAKYAT BARU NAK MARAH ?
DEKAT PILIHAN RAYA
BARU RAKYAT BETUL-BETUL MARAH ?
-Pak Karamu-
Pakatan mahu anjur himpunan kemarahan rakyat
SEBERANG JAYA - Selepas menganjurkan Perhimpunan Bersih 5.0 tahun lalu,
Pakatan Harapan sekali lagi mahu menganjurkan perhimpunan mega bagi
menunjukkan kemarahan rakyat terhadap skandal rasuah yang semakin
berleluasa di negara ini.
Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu
akan diadakan sebelum pilihan raya umum yang akan datang di seluruh
negara dan Kuala Lumpur sekali lagi menjadi medan utama untuk rakyat
berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap masalah berkenaan.
Menurutnya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menghubunginya
sebelum ini bagi menyatakan hasrat sama mengadakan perhimpunan itu dan
berharap seluruh lapisan masyarakat turut menyertainya apabila tarikh
perhimpunan itu ditentukan kelak.
"Perhimpunan ini diadakan kerana rakyat semakin marah dengan isu rasuah yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi.
"Bukan sahaja diperingkat bawahan sahaja berlaku rasuah ini malah
sekarang kita boleh dengar banyak pegawai di peringkat tertinggi
ditangkap dengan hasil wang sogokan yang tidak masuk akal,"katanya
ketika menyampaikan ceramah pada perhimpunan solidariti bersama Datuk
Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.
Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kepimpinan
Pakatan Harapan lain.
Sementara itu, Mohamad Sabu mendakwa, masalah rasuah dilihat akan terus
berlaku sekiranya seorang individu yang berkait dengan skandal RM 2.6
billion tidak ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
2 orang berkata:
BILA HADI NAK BENTANG HUDUD?
BILA HADI NAK BAHASKAN RUU355?
Klo TGHA bentang atau bahas ampa nk sokong ka??
Post a Comment