Jemaah haji 1MDB tak perlu risau status ibadah
KUALA LUMPUR - Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui tajaan
di bawah Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Bhd
(1MDB) tidak perlu risau dengan status ibadah mereka.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, jemaah haji perlu
yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT
dan bukannya ditentukan oleh seseorang.
"Mereka (jemaah haji) perlu letak harapan dan berdoa bahawa amalan
seperti menunaikan solat, puasa, zakat dan haji ini diterima dan selepas
itu mereka harus yakin ALLAH SWT menerima permintaan kita," katanya
ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang mendakwa ibadah haji dilakukan jemaah menerusi tajaan
yayasan itu tidak akan mendapat haji mabrur.
Mohamed Shukri turut berkata, program tajaan yayasan itu harus
diteruskan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk
menunaikan rukun Islam kelima.
"Bukan semua berpeluang menjadi tetamu ALLAH dan usaha murni yang
dilakukan ini boleh diteruskan...ia tidak menjadi masalah untuk penerima
sumbangan itu pergi (tunai haji)," kata Mohamed Shukri.
Bagi Imam Masjid Negara Khisamudin Ismail pula, kenyataan yang
dikeluarkan Dr Mahathir itu hanyalah berunsur politik semata-mata dan
tidak seharusnya dibimbangi jemaah haji yang terlibat.
"Bagi pandangan saya, kenyataan itu lebih berunsurkan politik dan
jemaah haji yang ditaja itu menerima hadiah dan ia tidak mendatangkan
masalah," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Pekan,
Abdul Kadir Bakar melahirkan kekecewaan berhubung kenyataan yang
dikeluarkan bekas perdana menteri berkenaan.
"Saya dukacita mendengar kenyataan itu. Bagi saya, beliau tidak berhak
menentukan bahawa haji seseorang yang ditaja di bawah yayasan itu mabrur
atau tidak.
"Kenyataan itu juga hanya politik semata-mata tetapi membuatkan
sesetengah jemaah haji yang terlibat marah, ini kerana kami bersyukur
kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan program
sebegitu," katanya.
Kata Abdul Kadir, beliau sendiri berpeluang menunaikan haji pada tahun
pertama program itu dilancarkan iaitu pada 2011. - Bernama
10 orang berkata:
Sebab tu islam dipandang hina..ulasan mufti dedak..benda haram jadi halal..matlamat x menghalalkan cara..
Agak2 kalau aku rompak bank..lepas tu aku buat surau dgn duit tu..polis boleh lepas ke..
Hang tau mana benda tu haram??islam xkan dipandang hina klo org mcm mahathir,pan,pkr dan umno xdak kt bumi malaysia ni
Yg halal tetap halal. Yg haram tetap haram. Di antara kedua2nya ialah subhah. Untuk pergi haji, ustaz masjid saya kata jgn gunakan duit yg haram atau subhah. Gunakan yg halal sahaja.
1mdb halalkah?
Terpulang pada anda.....
Patutnya duit tu guna buat bayar hutang 1mdb dulu. Hutang biluon2 nak bayor pun susah. Byk hutang tak payah la nak tunjuk baik hantar org pergi haji.
Mana lebih ptg? Mana yg wajib. Bayar hutang ker bayar org pergi haji???
Klu dah untung ok la. Org x bising. Sykt ni ada untung tak?
Bagi aku la, selesaikan hutang2 dulu kat mana2 pijam tu. Kat tabung hj ker, kat kwsp ker, kat amanah pencen ker...kalau ada la. Klu tak ada hutang ikut suka la nak hantar...
Tok wan kita simpan duit tabung sejak muda dulu. Dah cukup tiba2 tak dpt pergi sbb ada org potong lane.
Dah la free, potong lane pulak turr. Klu kat jln raya, potong lane ni kena saman polis rm300. Jpj pun saman rm300.
Derang yg free tu boleh plak potong lane ye?? Klu tok wan aku mati tahun ni x dpt gi haji, jo bole dpt hj mabrur ke potong lane??
Ustaz kat masjid aku kata, ibadah hj tu utk yg mampu saja. Rujuk google maksud "MAMPU" tu. Kalu betul2 tak mampu, tak diwajibkan pun.
Klu duit sykt tu duit rakyat, maknanya semua rakyat boleh mintak belanja pergi haji. Tak boleh main pilih2 yg sesuai dgn jiwa kita. Itu tidak adil. Dosa klu tak adil.
Tak bole la pilih iman2 dan jkkk je. Org2 pas pun layak dpt jugak... kot??
Post a Comment