Fenomena Perihelion dijangka bermula esok
SHAH ALAM - Fenomena Perihelion ini terjadi apabila kedudukan matahari
berada paling hampir dengan permukaan bumi dijangka akan bermula esok.
Menurut Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti
Malaya,Datuk Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin berkata, matahari akan
berada di titik paling hampir dengan bumi.
“Semasa fenomena berlaku, Matahari akan berada di jarak 147,100,998
kilometer (km) dari Bumi berbanding pada kebiasaannya iaitu di
149,600,000 km.
“Fenomena perihelion berlaku apabila Bumi melengkapkan putaran 365 hari
mengelilingi orbitnya yang berbentuk elips (bujur),” katanya.
Tambahnya lagi, terdapat sedikit perubahan suhu yang berlaku semasa fenomena ini namun tiada yang mendatangkan bahaya.
Orang ramai juga diminta tidak panik atau cemas memandangkan fenomena ini sering berlaku saban tahun.
“Memandangkan jarak Matahari yang dekat dengan Bumi, ia mungkin akan
menyebabkan suhu cuaca sedikit tinggi daripada kebiasaannya, walaupun
begitu ia tidak menyebabkan kepanasan yang melampau atau ‘heatwave’.
“Perbezaan saiz Matahari juga dapat dilihat tetapi tidak begitu ketara
dan kita di Malaysia tidak dapat melihat fenomena ini kerana ia berlaku
pada waktu malam, pukul 10.18 malam,” jelasnya.
Katanya lagi, para saintis di seluruh dunia akan menggunakan kesempatan
ini untuk mengambil ukuran radiasi matahari dan merekodkannya.
Bagaimanapun, pada 4 Julai nanti, bumi akan mengalami satu lagi
fenomena iaitu Aphelion di mana ketika itu, matahari akan berada pada
jarak paling jauh dengan bumi.
0 orang berkata:
Post a Comment