Tidak dilantik Srikandi: Anina jumpa Tun M sejam
PUTRAJAYA - Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu), Anina Saadudin mengadakan pertemuan 'hati ke hati' dengan
pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan
Perdana, di sini, hari ini.
Difahamkan pertemuan itu diadakan selepas Mahathir memberi pesanan
kepada Anina, supaya tidak patah semangat selepas beliau tidak dilantik
menjawat jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
"Saya baru selesai jumpa Tun (Mahathir).Pertemuan lebih sejam antara saya dan Tun berlangsung di YKP Putrajaya tadi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan Tun M untuk Anina]
"Saya akan menulis dari hati saya selepas ini. Izinkan saya uruskan
beberapa hal dahulu," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Sebelum ini, Sinar Online melaporkan Mahathir meningatkan Anina supaya
tidak patah hati dan mengutamakan perjuangan parti melebihi perkara
lain.
Sementara itu, menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
keputusan untuk tidak melantik Anina sebagai ketua srikandi dibuat
seluruh kepimpinan parti.
Menjelaskan perkara itu, Muhyiddin berkata, keputusan tersebut bukan dibuat atas sebab peribadi mana-mana pihak dalam parti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anina tidak dilantik, itu keputusan parti]
[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum senarai penuh MPT]
[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu masih belum tubuhkan Srikandi]
Terdahulu, pada November lalu, nama Anina menjadi sebutan untuk
menduduki jawatan Ketua Srikandi, namun menjelaskan perkara ini
setiausahanya, Dr Shahruddin Md Salleh menegaskan, parti itu masih belum
menubuhkan sayap Srikandi.
Oleh itu ujarnya, kedudukan Anina yang dirujuk pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.
3 orang berkata:
Untaa2 IQ zero. Ko yg pelok2 sekongkol, ko kata Amanah pulak. Mungkin jika dedak ditambah kpd 150 juta, IQ ko akan meningkat kpd -50.
Hahahaha
Bini muda dpt rumah baru kereta baru. Bini tua ada???
Pandai tun pujuk ahli.
Klu lebai dol, dah kena barua minah ni...
TSMY kata tak capai tahap Yang dikehedaki....Tahap macamana pun tak tau lah...Sister pendidikan yg cacamerbau sekarang pun dari beliau lah TSMY....
...
Post a Comment