AMANAH TAK PERLU HADHIR, TAK BERAPA KERATPUN !
- Pak Karamu-
RUU355 perlu dibahas di Parlimen terlebih dahulu
Ads by Kiosked
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) tetap dengan pendirian mereka
agar isu berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) (Pindaan) 2016, (RUU 355) perlu dibahaskan di Parlimen terlebih
dahulu sebelum di bawa peringkat lebih tinggi.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah membuat
beberapa cadangan yang konstruktif sebelum ini melalui Parlimen bagi
memperkasakan RUU355 dalam usaha untuk menggelakkan kekeliruan di
kalangan masyarakat.
“Ini adalah kerana jika tersalah cara, ia boleh timbulkan kekeliruan khususnya kepada golongan bukan Islam.
“Sebab itu Amanah ambil pendirian untuk biar ia dibahas di Parlimen terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.
Salahuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman yang
dibuat oleh Pas melalui Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man yang memaklumkan bahawa parti Islam itu bakal menganjurkan Himpunan
355 pada 18 Februari ini sebagai solidariti sokongan terhadap usaha
pindaan tersebut.
Selain itu, Pas juga mengesahkan akan menghantar undangan khas kepada
semua parti politik termasuk Amanah dan DAP bagi mengajak pihak
berkenaan turut sama menyertai himpunan itu.
Ketika diminta mengulas mengenai jemputan khas berkenaan, Salahuddin
menjelaskan bahawa pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan
sehingga menerima undangan tersebut secara rasmi.
“Kita (Amanah) masih tunggu dulu hitam putih dari Pas dan lepas itu
baru kita akan buat keputusan sama ada untuk hadir atau pun tidak,”
katanya.
3 orang berkata:
Wayang ini hanyalah arahan umno utk mengalih isu rasuah yg lebih besar..persetankan umno dan pas..pilihanraya akan datang adalah pertentangan antara parti yg bersama merasai jerit payah rakyat dan pemerintah zalim dan konco2nya..
Setuju pendapat salahudin. Dah bahas baru boleh undi. Tak bahas mana boleh undi.
Ingat buat undang kat parlimen tu senang mcm tanam durian kunyit kat hutan ker??
Datuk bandar sudah tolak la. Tak ada rayu. Tak ada runding.
Buat kat tehran la
Post a Comment