Tak perlu isytihar darurat di Terengganu
SETIU - Tiada keperluan untuk isytihar darurat di Terengganu meskipun jumlah mangsa banjir kini mencecah 11,000 orang.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,
keadaan itu adalah berdasarkan situasi kini yang bertambah baik dan ia
berbeza dengan keadaan banjir pada 2014.
Malah anggota penyelamat juga berjaya melakukan proses pemindahan
mangsa banjir dan menghantar bekalan makanan ke pusat pemindahan tepat
pada masa diperlukan.
"Jika keadaan bertambah buruk baharulah kerajaan negeri akan berbincang
dengan pihak berkaitan mengenai keperluan untuk mengisytiharkan darurat
di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa pusat pemindahan di daerah Setiu hari ini.
Ahmad Razif turut melawat Kampung Tasek dan Kampung Buloh yang terjejas akibat banjir.
Beliau bagaimanapun menasihatkan mangsa banjir yang pulang ke rumah
agar terus berwaspada kerana cuaca masih lagi tidak menentu ketika ini.
"Kita lihat ada mangsa yang ambil kesempatan cuaca yang baik ini untuk pulang ke rumah mungkin untuk uruskan sesuatu.
"Tapi kita tidak galakkan mereka bermalam di rumah dan segera ke pusat
pemindahan kerana bimbang situasi yang tidak terjangka ketika ini,"
katanya.
Sementara itu, kedatangan menteri besar ke pusat pemindahan tersebut
sedikit sebanyak menceriakan mangsa banjir yang telah dua hari
ditempatkan di situ.
Warga emas, Hasmah Talib, 77, berkata beliau terharu dengan kedatangan menteri besar ke pusat pemindahan tersebut.
"Dalam keadaan banjir macam ni, menteri besar sanggup datang tengok
kami...Alhamdulillah, ada juga yang sudi datang walaupun susah nak
datang ke sini sebab banyak jalan tak boleh lalu dipenuhi air.
"Mak cik sempat bercakap-cakap dengan menteri besar dan dia juga bertanya khabar keadaan kami warga emas," katanya.
Hasmah berkata, beliau berpuas hati apabila makanan dan kelengkapan di pusat pemindahan tersebut mencukupi.
"Sejak semalam tak putus-putus bantuan sampai...beras, makanan, tikar
dan kelengkapan lain semuanya dihantar, syukur sangat-sangat," katanya. -
Bernama
1 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada DATOK atas nomor yang DATOK
beri 4 angka [6727] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus DATOK.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu DATOK. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan DATOK..
sekali lagi makasih banyak ya DATOK… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi DATOK BOWOH IBRAHIM MAT ZIM,,di no (((085-342-064-735)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 870 JUTA , wassalam.
Post a Comment