KATA PANDAI BERPOLITIK, LA NI NGAPA
MULA MENGGELABAH ?
PAS BUAT RUNDINGAN DENGAN PKR DAN BERSATU
ITU PAS PUNYA PASALLAH
APA PASAL PAN MENYIBUK ?
KATA LAGI LA MACAM-MACAM KAT PAS
TERUSKAN MENGATA DAN MENCERCA
-Pak Karamu-
Amanah minta henti segera sikap pecah belah Pas
SHAH ALAM – Usaha pecah belah oleh Pas dalam rundingan antara
pembangkang bagi pilihan raya akan datang perlu dihentikan segera.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad
berkata, titik noktah terhadap usaha Pas itu perlu bagi mengelak dari
berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya.
“Pas terus dengan usaha memecahbelahkan kesatuan pembangkang dan
menggagalkan rundingan dengan menolak untuk berunding dengan Pakatan
Harapan.
“Sebaliknya Pas hanya sanggup berunding dengan PKR dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam masa sama, pihaknya turut mengucapkan penghargaan terhadap Naib
Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad yang menyatakan keperluan
rundingan untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
“Inilah yang disarankan oleh Pakatan Harapan dan Bersatu selama ini tetapi ianya ditolak Pas.
“Kami mengambil maklum pandangan Iskandar yang menyebut bahawa
sekiranya Amanah ingin gantikan Pas maka Amanah perlu bertanding sendiri
melawan Pas dan bukan menghantar parti lain sama ada PKR atau Bersatu,”
katanya lagi.
Oleh itu, katanya lagi, pihaknya mengesyorkan Pas untuk menghentikan
ugutan terhadap PKR dan Bersatu dengan kata-kata akan bertanding di
kerusi kedua-dua mereka sekiranya mereka bekerjasama dengan Amanah.
“Kami terpaksa bersedia menghadapi Pas secara tiga penjuru sekiranya
Pas terus berusaha memecahbelahkan Pakatan Harapan dengan berunding
hanya dengan PKR dan Bersatu dan tidak dengan Pakatan Harapan.
“Kami bagaimanapun mengharapkan Pas bersikap terbuka untuk berunding
dengan Pakatan Harapan.
Namun sekiranya tiada perubahan pada sikap Pas
maka Amanah tidak akan menghampakan pihak yang menunggu,” katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment