Penyokong sambut Anwar Ibrahim di Pulau Pinang
GEORGETOWN - Kira-kira 300 penyokong dari PKR menyambut Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini tadi.
Anwar yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi
menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris
yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram.
Anwar yang di kawal ketat polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah
Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi sambil diiringi laungan 'reformasi' oleh
penyokongnya.
Turut hadir, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail, Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah; Ketua
Menteri, Lim Guan Eng dan barisan pemimpin kerajaan negeri lain.
Wan Azizah tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi dengan diiringi seorang lagi anaknya, Nurul Nuha bersama dua cucunya.
Keadaan di luar mahkamah terkawal dengan kawalan lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
1 orang berkata:
Ramai jugak tu.
Tak muat la mahkamah..
Post a Comment