Guan Eng kata Pas kalah kerana sokong Najib
GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membayangkan Pas bakal
kalah pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan parti itu
kepada kerajaan dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sokongan Pas
yang sebelum ini rakan sekutu DAP dalam pakatan rakyat terhadap isu itu
adalah penanda bagi parti itu untuk kalah pada pilihan raya umum.
"Saya rasa bukan sahaja BN akan kalah (pilihan raya umum), parti-parti
politik yang menyokong 1MDB seperti Pas pun akan kalah.
"Pas memang berdiri bersama dengan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan 1MDB.
Inilah satu petanda kepada Pas," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika
menutup mesyuarat perwakilan Uumno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur
dilapor berkata BN akan kalah pada pilihan raya umum akan datang jika
isu 1MDB berlarutan dan tidak diselesaikan dengan segera. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment