Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUHIDEN HILANG SABAR ?

1MDB: TPM perlu tunggu hasil siasatan, kata PMO
1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
SHAH ALAM - Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan lewat petang ini, meminta semua pihak agar tidak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara, kerajaan serta Umno berhubung isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
PMO berkata, siasatan mengenai kes itu sedang berjalan dan ruang perlu diberikan kepada pihak terbabit untuk menjalankan tugas mereka.
 
Justeru kata kenyataan itu, semua pihak terutama anggota pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan tersebut.
 
"Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah menunggu hasil siasatan.
 
"Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan Umno," kata pejabat perdana menteri.
 
Dalam pada itu,  Pejabat Perdana Menteri menyatakan, perbalahan mengenai perkara ini tidak menguntungkan sesiapa malah merugikan sesama sendiri.
 
"Insya-ALLAH, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.
 
"Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri," kata PMO lagi.
 
Terdahulu, Muhyiddin dalam satu ucapan semalam, mengatakan bahawa isu 1MDB menjadi barah yang telah menyebabkan kemungkinan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.