Itu hak PM, jangan melatah, kata Hishammuddin
KUALA LUMPUR - Semua pihak diingat untuk tidak cepat melatah dan akur
dengan keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, dalam lanskap politik hari ini semua pihak perlu
bersikap rasional dalam menerima apa juga keputusan yang dibuat perdana
menteri.
"Kita jangan melatah, ini hak Perdana Menteri, beliau telah buat
keputusan, maka kita perlu rapatkan barisan kita dan patuh apa yang
diputuskan.
"Ini realiti, apa juga keputusan tidak berkisar kepada individu dan
kita akan selamat dan lanskap politik tidak terjejas," katanya kepada
pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Perkhidmatan
Pertahanan Asia ( DSA ) 2016.
Tambah beliau, semua pihak perlu memikirkan kepentingan parti berbanding dengan kepentingan peribadi dan emosi.
1 orang berkata:
Sebenarnya dia nak kata mcm ni.kenapa ni jib.aku keciwa dgnmu.aku hanya tersalah ckp sikit sj hari itu.tak apa la jib aku tetap sokongmu wpun mu sudah jd ketua perompak negara.aku tak kira mu jd taik sekalipun aku tetap sokong mu.aku akan terus ketawa besar dgn zahid hamidi.kuheh kuheh.gandingan hebat menteri malaysia duo hisyam n zahid.seorg terlebih lembut seorang terlebih keras.kuheh kuheh apa nak jd msia kita tu.pas n harapan baru teruskan usaha anda jgn gaduh n kutuk mengutuk.
Post a Comment