Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA TUNGGU APA DASAR PARTI INI

'Kami bukan parti serpihan Pas'

DR DZULKEFLY AHMAD
DR DZULKEFLY AHMAD
PELANCARAN Gerakan Harapan Baru pada 13 Julai lalu, mewarnai kancah politik di negara ini. 
 
Melihatkan barisan kepimpinannya, ramai menyifatkan Harapan Baru sekadar parti serpihan Pas yang tidak akan bertahan lama. 
 
Namun, tidak kurang ramai juga yang mengalu-alukan penubuhannya dan berharap ia mampu membawa pembaharuan dalam landskap politik tanah air. Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Siti Nursyahidah Abu Bakar, Sinar Online, Nizam Zain, jurufoto, Rosli Talib dan juruvideo, Fauzi Mohamed bersama Setiausaha Harapan Baru, DR DZULKEFLY AHMAD bagi mendapatkan gambaran lanjut mengenai perjuangan entiti ini.
 
Kemunculan Harapan Baru dalam dunia politik tanah air agak mengejutkan. Lebih-lebih lagi ia ditubuhkan selepas Muktamar Pas ke-61. Barisan kepimpinannya pula terdiri daripada bekas pemimpin Pas. Ada tak penglibatan bekas pemimpin dari parti lain seperti DAP, PKR, atau Umno?
 
Terus terang saya sebutkan Harapan Baru merupakan satu inisiatif daripada sekumpulan bekas pimpinan Pas dan pertemuan pada 16 Jun lalu di Muar, Johor merupakan gerak pertama kami. Alhamdulillah, kami dapat sokongan dan maklum balas yang lantas mencetuskan satu gelombang mahukan kami terus membina dan menampilkan satu wadah politik baharu.
 
Memang betul, pengasas dan nukleusnya itu bekas pimpinan Pas. Tetapi nyata bahawa usaha kali ini akan menggembleng seluruh aktivis pimpinan NGO Islam dan bukan Islam, termasuklah Non Govermental Individual (NGI). Sama ada mereka golongan profesional, ahli akademik dan sebagainya.
 
Pendekatan kami adalah inklusif iaitu menggembleng seluruh tenaga umat dan rakyat, merentasi kaum, agama dan budaya. Jadi hasil akhirnya menyaksikan Islam yang sifatnya inklusif itu dapat kami terjemahkan dalam wadah politik ini dan bukan hanya apa yang dikatakan sebagai kelompok yang kecewa. Inilah kelainannya wadah politik yang baru ini.
 
Siapakah yang memberi idea penubuhan Harapan Baru? 
 
Sejujurnya, pada awal kekalahan kami memang berpandangan tidak akan menubuhkan satu wadah baharu. Saya sendiri dalam muktamar sebutkan kami sangat sayangkan Pas. Tetapi ketika kami membuat sesi brain storming dan wacana selepas itu, semuanya tanpa berkecuali, apabila menilai laluan Pas ketika ini, kami tanpa pertikaian, merumuskan bukan kami tetapi rakyat dan umat memerlukan penampilan sebuah wadah politik baharu berteraskan Islam dan melahirkan masyarakat madani dengan pendekatan syariah kontemporari. 
 
Kami sepakat mengatakan tiada pilihan lain, untuk menunggu perubahan dalam Pas itu mungkin tidak. Sebab apa? Yang ada hari ini akan terus perkukuhkan kedudukan mereka bukan perjuangan membela rakyat. 
 
Secara ringkas, Harapan Baru ialah parti pemimpin yang tewas pada pemilihan lalu?
 
Saya tidak mahu menggunakan istilah itu kerana kita tidak membangunkan wadah ini kerana tewas. Kami sudah tewas banyak kali. Mengapa setiap kali kami kalah tidak berlaku seperti ini? Mengapa kali ini? Jawapannya ada pada yang benar-benar memantau kami. Kami tidak mahu menyebutkannya kembali kerana setiap kali menyebutkan kenapa kami perlu wujud, ia menggores hati dan jiwa kami dan kami tidak senang untuk menyebutkannya acap kali. Cukuplah sekali dua. 
 
Tetapi bagi kami sangat jelas, mereka juga sebut kalau tak suka boleh keluar dan buat parti baharu. Saya berpegang kepada ayat ALLAH. Beramallah kepada ALLAH... ALLAH, rasul dan orang beriman akan saksikan. Jadi hujah ini untuk semua. Ya, kami sayang Pas, tapi kami juga sayang perjuangan Islam dan tidak mahu ia melalui proses pereputan. 
 
Kami minta maaf, kami mahu teruskan perjuangan ini dan kami yakin formula ini ditunggu gerakan Islam di seluruh dunia. Ini sumbangan kami kepada perjuangan politik Islam jadi kamu dianggap begitu. Bukan sebagai bekas ahli Pas atau serpihan Pas ataupun pemimpin yang kecewa kerana kalah. 
 
Ramai menyamakan Harapan Baru dengan parti serpihan yang wujud atas kekecewaan sebelum ini. Bagaimana Dr melihat masa depan Harapan Baru untuk terus relevan?
 
Serpihan Pas suatu ketika dahulu seperti Hamim, Berjasa dan Islah, jika kita perhatikan laluannya berakhir dengan mereka masih duduk di bawah naungan BN. Di situlah pendeknya usia parti-parti ini kerana tidak punya kekuatan dari segi sumber bakat, idea, kreativiti dan bergantung harap kepada perlindungan BN. Tetapi kami merentasi kaum, agama, status dan usia.
 
Anak-anak muda bersama dengan kami, begitu juga agamawan dan asatizah yang beri kelainan kepada Harapan Baru. Kami bukan parti serpihan Pas walaupun sebahagian besar kami daripada Pas. Tetapi lebih besar itu ialah kelompok lain yang tidak kurang penting dan beri sisi pandang berbeza dan boleh memperkayakan persiapan kami. Tunggu saja mereka membantu kami menjayakan wadah ini. Silap dan tidak selari kalau membandingkan kami dengan parti serpihan Pas lain kerana kami mempunyai laluan berbeza. 
 
Boleh jelaskan perjuangan Harapan Baru? 
 
Dari sudut dasar kami mendukung Islam syumul, menyeluruh dan sempurna, tetapi dalam masa sama kami tidak membawa pendekatan yang menyempitkan Islam itu. Bahkan sifat kami  pada Islam yang inklusif bukan hanya melindungi orang Islam dan Melayu, tetapi Islam sifatnya bersifat rahmat kepada seluruh alam dan menaungi semua kaum dan agama. 
 
Kelainan dengan parti lama kami ialah penekanan kepada mengambil pendekatan Islam dari sudut disiplin maqasid syariah. Yang maksudnya sentiasa meletakkan apa juga yang bersabit dengan permasalahan rakyat mesti dikembalikan kepada tujuan dan matlamat Islam. 
 
Kalau kita perhatikan, kebijakan dasar parti lama kami juga adalah hasil pendekatan inklusif kelompok ini (penggerak Harapan Baru) seperti Pas for All, dan negara berkebajikan yang suatu ketika dulu agak asing dalam Pas. Mungkin mereka akan kembali kepada negara Islam dan itu kami tidak mahu masuk campur. Tetapi kami akan meneruskan dasar ini dan yang penting bagaimana Islam itu mampu dan berjaya mengangkat kemakmuran negara dengan menyejahterakan rakyat melalui polisi Islam.

4 orang berkata:

Anonymous said...

kau pakarmutui .tak payah tunggulah apa dasar yang GHB nak buat tak perlu apa 2 pun dari kau ,kau hanya pandai komen untuk mnejatuhkan bolih lah,Sekarang belum GHB apa2 pun ,baru sembang2 kau dan Pas kau dah senak perut.

XUMNO said...

Luahan puak2 Islamic Representative Council (IRC) apabila usaha mengubah Pas dari dalam melalui infiltration gagal. Sepatutnya puak ini telah menubuhkan parti baru apabila gagal menguasi ABIM dulu, Menghairankan, seorang pakar strategis seperti Dr Dzulkifli tidak boleh membaca mood ahli2 dan pejuang Pas sebelum menyelinap masuk ke dalam Pas.Ia bukan kerana Pas tidak mahu berubah, tetapi usaha kumpulan IRC untuk mencairkan perjuangan islamik Pas tidak di bredhai oleh Allah. Perangai parasitik IRC dengan menumpang dan kemudian menguasi sesebuah pertubuhan/parti sampai bila pun tidak akan berjaya. Nah, sekarang apabila anda sudah ada wadah/parti baru, tunjukkan keupayaan sendiri menagih sokongan. Tapi jangan lupa memulangkan harta dan hak Pas kalau tidak mahu digelar parti serpihan Pas.

Anonymous said...

Pak karamu ......
Jangan bagi peluang parti ini memberitahu dasar partinya kpd org ramai. Ini amat bahaya kpd parti Pas pujaan kita. Jangan beri mereka peluang menubuhkan parti baru ini kerana nanti undi pas akan merosot teruk. Kira mesti terus menjalankan gerakan mencela mereka walaupun terpaksa je tahap memfitnah demi wala" kita kepada Pas. Kira mesti fitnah GHB ini dengan geng hambat babi.

Marilah kita terus wala" kepada pemimpin2 kita.
Baiah! Baiah! Baiah!
Takbirrrrr! Takbir!

Anonymous said...

Mu PakKERA....betui2....banyakkan fitnah terhadap GHB. ....kia ambil iktibar macam UMNUUU...memfinat DSAI. ....tengok sekarang PKR tak sampai 2 tahun dah berkubur ( pandangan tok nujum UMNUUU ketika itu )

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.