Zahid: Ini bukan habuan, satu qada qadar
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan rasa
syukur di atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang
baharu.
Ahmad Zahid berkata, beliau turut menjunjung kasih ke atas Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang memperkenankan
pelantikan beliau di atas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak.
"Saya ambil tanggungjawab ini dengan terima kasih di atas kepercayaan kepada saya.
"Saya tahu bahawa ini bukan satu habuan, ia adalah satu
pertanggungjawaban yang harus saya terjemahkan kepada negara kita,"
katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau memahami keputusan yang dibuat oleh Najib.
"Saya dapat memahami keputusan Najib adalah keputusan yang berat,
namun, kebersamaan antara beliau dan saya dalam memikul tanggungjawab
ini tidak dapat saya jelaskan.
"Ia mengulangi sejarah lama, ketika dia jadi Menteri Belia dan Sukan... kemudian, saya dilantik jadi Setiausaha Politik.
"Ini adalah kitaran politik yang tidak pernah saya harapkan. Saya terima sebagai satu takdir qada dan qadar," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau memohon rakan-rakan dalam
Kabinet dan ahli Umno malah kepimpinan parti dapat memberi sokongan
kepada Najib.
2 orang berkata:
Sebenarnya dia nak kata mcm ni ini lah hasil dr bodekan sy selama ini.pd anda dluar sana teruskan usaha anda utk membodek.tiru mcm saya tengoklah hasilnya sendiri.lepas ni siap la barangkali ada yg kena dhalau dr msia.makin mampos msia dbuatnya.sokong zahid sokong kaki ampu sokong ahmad
maslan.i say ahmad maslan apesal miss pulak ni.patut dah dpt jd tpm ni
Kaki bodek cuba nak kaitkan Allah pula!!
Post a Comment