Jumlah sekolah ditutup meningkat dua kali ganda
PASIR MAS - Jumlah sekolah yang terpaksa ditutup dan ditangguhkan sesi
pembelajaran akibat banjir meningkat dua kali ganda berbanding semalam.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof
berkata, Kelantan mencatatkan pertambahan yang tertinggi diikuti
Terengganu dan Johor.
"Setakat hari ini sebanyak 70 buah sekolah di Kelantan terpaksa ditutup manakala 62 lagi di Terengganu dan tiga buah di Johor.
"Penutupan itu ekoran kawasan sekah ditenggelami air begitu juga dengan
laluan untuk ke kawasan tersebut yang turut tidak boleh dilalui oleh
semua kenderaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pengetua
dan guru besar dibawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir
Mas, di sini.
Terdahulu Dr Khair meluangkan masa meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas yang dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir.
0 orang berkata:
Post a Comment