Tahan KSU tak mampu alih isu 'rasa berdosa' Bahri
SHAH ALAM - Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan
tanpa mengira siapa pesalahnya.
Sehubungan itu kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
SPRM jangan hanya mudah mengambil tindakan terhadap penjawat awam
tetapi membiarkan ahli politik berjawatan tinggi seperti kes SRC
International terlepas begitu sahaja.
"Penahanan KSU kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan ‘persaraan awal’ Bahri.
"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai
berkata amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes
SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah," kata Tuan Ibrahim menerusi Facebook
miliknya.
Semalam, seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian yang
bergelar 'Datuk' bersama anaknya ditahan SPRM bagi membantu siasatan
menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
Mereka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini. Sebelum itu, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk
Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan beliau telah bersara daripada
jawatannya kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International yang
tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan
perkara yang tidak baik.
"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh
perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa
sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.
"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau
saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk
cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderung pon tidak
boleh apatah lagi terus berkhidmat," beliau dipetik sebagai berkata
katanya kepada Sinar Online.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, tindakan menahan KSU yang
terlibat rasuah itu tidak mampu mengalihkan isu sebenar persaraan awal
Bahri yang menimbulkan persoalan tentang integriti SPRM.
“Undang-undang sarang labah-labah” dan perasaan kecewa yang diluahkan
Bahri sempena persaraan awalnya tidak dapat ditutup dengan penahanan
Ketua Setiausaha Umum sebuah kementerian atas dakwaan rasuah salah guna
kuasa," katanya.
"Tindakan SPRM ini mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.
Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu
hijau kepada penahanan KSU, jikalau dakwaan Bahri itu benar? Apakah
SPRM benar-benar bebas dalam melaksanakan tugasnya?," katanya lagi.
2 orang berkata:
Bagus org ni tak nak bersekongkol sbb tau dosa.
Tapi lebai dol nak bersekongkol pulak. Tak kan la serban tinggi tak tau dosa berskongkol??
Untaa betul la kebai dol al-dedaki ni.....
Sudah tiba masanya kita memilih TITM menjadi bos kita kerana beliau tidak suka bersekongkol demi dedak. Lebai dol mesti diturunkan dgn hormatnya..
Post a Comment