Saya tak suka orang pergunakan saya: Bahri
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, hari ini
menafikan beliau pernah berjumpa atau dihubungi oleh media rasmi
suruhanjaya itu.
Malah katanya, di akhir tugasnya di BOK, mereka juga tidak pernah bercakap dengan beliau.
"Pendedak ini ada di mana-mana, sepatutnya tunggulah kenyataan rasmi
daripada saya sendiri. Saya amat tidak suka orang mempergunakan saya
tanpa kebenaran," katanya kepada Sinar Online.
Bahri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media SPRM yang mendakwa
pihaknya telah menghubungi beliau, dan menyatakan Bahri menafikan
bahawa beliau bersara kerana kecewa terhadap kes siasatan SRC
International (SRC).
"Berhubung kenyataan di sebuah portal media, bahawa Datuk Bahri
memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC)
tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk
Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal
tersebut," petik kenyataan SPRM.
Terdahulu, pada 3 Januari lalu, Sinar Online melaporkan Bahri
mengesahkan bahawa beliau telah bersara awal daripada jawatan di BOK
berkuatkuasa 30 Disember 2016.
Bahri berkata, persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes
siasatan SRC yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu
bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.
"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh
perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa
sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.
"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau
saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk
cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak
boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.
3 orang berkata:
Cenderung pun tak boleh, berdosa. Apa lagi kalu bersekongkol memberi sokongan peluk2 dan bergandibg tangan.....
Org ni lebih mulia drp lebai dol sotong kering......
Semoga Allah memelihara datuk..
Hamba Allah ini lebih berani melawan kemungkaran, kezaliman pemerintah dibandingkan dgn lebai2 penunggang agama dlm Pas.
Post a Comment