RAKYAT MAKAN UBI KAYUPUN BOLEH HIDUP !!!
UBI KAYU TAK YAH BELI
BELAKANG RUMAH MELAMBAAAAK !
RAKYAT MALAYSIA TETAP HIDUP SELESA !!!
- Pak Karamu-
Ringgit jatuh: PM dan menteri mungkin tak rasa susah...
KUALA LUMPUR - Kejatuhan nilai ringgit secara berterusan tanpa dibendung akan memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.
Malah kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
kesan itu tentunya lebih besar kepada mereka yang meraih pendapatan
kecil.
"Barangkali PM dan para menteri beliau tidak merasai kesusahan sebagai mana yang rakyat rasa.
“Hakikatnya, kejatuhan nilai mata wang memberi impak kesan buruk melebihi kesan baik.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit menjunam paras terendah]
“Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah,” tulis Wan Azizah di laman sosial Facebook miliknya.
Mata wang Ringgit Malaysia semalam jatuh ke paras terendah iaitu
RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia
1998.
Ringgit pernah mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding satu dolar Amerika pada Januari 1998.
Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan
melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.
Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.
Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.
2 orang berkata:
Walaunta x susah. Sbb tu lebai dol relak je.
Mari kita ubah TITM jadi bos kita. TITM lebih mengerti tapi lebai dol habuk pun tarakkk...
Semua ketua lebai dol nak peluk2. Tak kira ketua lanon, ketua ayotolollah. Rakyat misking kebai dol geli nak pelok
Lain la bos walaunta kat uganda tu. Dedak melempah2
Post a Comment