Anak Gaddafi lari ke Algeria lahir bayi perempuan
August 31, 2011
ALGIERS, 31 Ogos — Muammar Gaddafi menjadi datuk sekali lagi semalam selepas anaknya, Aisha melahirkan bayi perempuan beberapa jam selepas melangkah ke negara jiran Algeria.Aisha bersama ibu dan dua anak lelaki Muammar dilaporkan melarikan diri ke negara jiran sebelah barat itu kelmarin.
Pegawai-pegawai Algeria memberi alasan kemanusiaan negara itu memberi suaka politik kepada mereka — langkah yang dikecam oleh pemerintah baru, Majlis Peralihan Kebangsaan Libya.
Bayi itu lahir di Djanet, demikian menurut dua pegawai Algeria.
Sebuah oasis di Sahara, Djanet terletak kira-kira 60 kilometer dari sempadan Libya dan 500 kilometer ke timur laut Sabha, salah satu kubu sokongan bagi Muammar, 69.
“Anak perempuan Muammar telah melahirkan seorang bayi perempuan hari ini,” kata satu sumber yang rapat dengan Kementerian Kesihatan Algeria kepada Reuters.
“Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya lagi.
Aisha, seorang peguam dan berusia pertengahan 30-an, hampir untuk bersalin ketika merayu untuk melepasi sempadan Libya-Algeria, kata seorang lagi pegawai Algeria. - Reuters
0 orang berkata:
Post a Comment