24 terbunuh hari keempat Ops Sikap
27/08/2011 4:23pm
KUALA LUMPUR 27 — Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya hari ini, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 14 kematian diikuti enam pengguna kereta, dua pejalan kaki dan masing-masing satu kematian membabitkan lori dan lain-lain kenderaan.
Daripada jumlah itu, 10 kes dicatat di jalan persekutuan manakala lebuh raya dan jalan bandaran masing-masing merekodkan tiga kematian diikuti dengan dua kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan. Menurut kenyataan itu, 9,556 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment