Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANGPA DUA-DUA TIMBALAN PRESIDEN, SORANG BUTA SEJARAH,SORANG CELIK SEJARAH, INI MASALAH NAK LAWAN !

Sunday, August 28, 2011

Muhyiddin dakwa Mat Sabu khianati bangsa, gesa minta maaf

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

Alahai Muhyiddin... tak faham sejarah rupanya Pemimpin Melayu dari UMNO ini..



Cuba famahi betul-betul ketika tragedi Bukit Kepong yang berlaku sebelum negara kita merdeka pihak Polis berada di pihak mana? Penjajah atau Pejuang Kemerdekaan?

Siapa yang bayar gaji pihak Polis itu kalau bukan dibayar oleh Penjajah British.. Apakah benar pihak polis yang berkhidmat dengan penjajah British pada zaman sebelum merdeka itu berjuang untuk mempertahankan Bangsa dan Agama?


Sedangkan pada ketika itu mereka berkhidmat untuk penjajah British yang menjajah Tanah Air dan juga Bangsa..


Dalam hal ini kita sewajarnya lebih rasional, kita perlu tahu apa bezanya kedudukan Polis sebelum Merdeka dan juga selepas Merdeka.. Tugasnya sama tapi kesetiaannya kepada pihak yang berbeza.. fikir-fikirkan..


Sebelum merdeka kesetiaan pihak Polis adalah kepada Penjajah British, selepas merdeka pula.. orang kata kesetiaan pihak Polis adalah kepada UMNO?


Pasal Bukit Kepong tu sila baca di
SINI


Muhyiddin dakwa Mat Sabu khianati bangsa, gesa minta maaf


KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.


“Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.


Mohamad didakwa membuat kenyataan itu pada satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.


Muhyiddin (gambar) berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.


“Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air,” katanya.


Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu.


“Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union.


“Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam,” kata Muhyiddin.


Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Katanya, perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini.


“Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah.


“Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun,” tegas Muhyiddin.


Muhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis.


“Perjuangan komunis bukanlah untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan. Sebaliknya, mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan pemerintahan kuku besi,” jelas beliau.


Beliau berkata rakyat Malaysia yang mengingati dan memahami sejarah tentunya tidak lupa tentang keganasan komunis yang telah mencetuskan rusuhan, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan perbalahan kaum sejurus selepas tentera Jepun menyerah kalah.


“Jika dilihat sejarah hitam kekejaman pemerintahan rejim komunis di beberapa buah negara di rantau ini sewaktu negara kita bergelut menentang kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, kita pastinya bersyukur kerana rakyat berbilang kaum di negara kita telah memilih untuk tidak menyokong perjuangan komunis,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.