Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUQANKAH MAHKAMAH ITUK BAPAK MARIKA PUNYAK ?

28 Ogos, 2011

Panas!! Kerajaan BN Hina Mahkamah

Walaupun Mahkamah sudah mengiktiraf sebagai hak pemilikan tanah adat (NCR) secara sah, namun malangnya kerajaan Barisan Nasional masih berdegil dan langsung tidak mengendahkan keputusan Mahkamah; malah bertindak lebih ganas dan memberi tekanan yang cukup berat untuk ditanggung oleh semua pemilik tanah adat terbabit.   Aktivis Masyarakat, Galus Ahtoi yang sentiasa mengikuti perkembangan mengenai pembicaraan kes tanah adat yang sering menjadi mangsa rampasan oleh pihak yang bernafsu serakah, tamak dan rakus; menjelaskan bahawa kelmarin (26 Ogos 2011), Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Rahman Sebli telah memberikan kemenangan kepada para pemilik tanah adat (NCR), orang asal khususnya; penduduk kampung Lakang Paitan, Beluran dalam kes pembicaraan tersebut.

Galus yang menghubungi Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin antara lain menjelaskan Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Beluran telah mengakui bahawa penduduk Kampung Lakang mempunyai hak melalui Tanah Adat (NCR) tetapi kemudian ‘Diterbalikkan’ atau diputar belitkan oleh keputusan Pengarah Tanah dan Ukur dengan menggunakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Justeru itu sebuah syarikat yang terbabit dalam pencerobohan tanah tersebut kemudiannya masuk ke kampung dan memusnahkan tanah adat kepunyaan penduduk-penduduk kampung tersebut.

“Saya bagi pihak pemilik tanah adat yang menjadi mangsa rampasan oleh lanun-lanun darat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Kong Hong Ming yang sentiasa bersama-sama berjuang habis-habisan untuk membela nasib penduduk kampung dalam menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak-hak kepada pemilik asal tanah tanah tersebut tersebut,” tambah Galus.

Sebagai anak watan Sabah, kata Galus, mangsa terbabit telah bersumpah dengan darah binatang yang dikorbankan bahawa mereka tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti, kerana wakil rakyat yang ada sekarang jelas bersekongkol dengan orang-orang Semenanjung untuk membolot semua harta dan hak rakyat Sabah terutama sekali di kawasan Beluran, khususnya tanah-tanah adat,” jelas Galus lagi.



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.