Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TRAFIK LANCO DI SELATAN

Kenderaan bertambah di utara, trafik lancar di selatan

28/08/2011 2:09pm

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara kekal bergerak perlahan walaupun dengan penambahan jumlah kenderaan, manakala trafik arah selatan bergerak lancar.

Menurut petugas Pusat Kawalan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), jumlah kenderaan semakin bertambah dari Terowong Menora ke Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.

"Jumlah kenderaan yang bertambah di laluan tersebut menyebabkan trafik bergerak perlahan. Keadaan yang sama turut berlaku di Slim River menuju ke Bidor, Perak,” katanya di sini hari ini.

Laman Twitter PLUS pula melaporkan pada pukul 12.10 tengah hari jumlah kenderaan juga meningkat dari Gua Tempurung menuju ke Gopeng, Perak, manakala laporannya pada pukul 12.47 tengah hari, aliran trafik dari Skudai ke arah Simpang Renggam dan Yong Peng, Johor bergerak lancar.

Sementara itu, aliran trafik di sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.