Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

102 KORBAN MUNGKIN KORBAN MENINGKAT

Hanya satu gempa susulan lemah
Gempa bumi
Gambar hiasan

JAKARTA - INDONESIA. Hanya satu gempa susulan lemah bermagnitud 3.9 mengikut skala Richter dikesan selepas 24 jam berlakunya gempa bumi di daerah Pidie Jaya, Aceh awal pagi semalam. 

Menurut laman web Meteorologi, Klimatologi, Geofisika Indonesia, gempa lemah itu hanya dirasai di kawasan Pidie Jaya pada pukul 8 pagi tadi.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dalam kenyataannya berkata pihaknya masih memantau gempa susulan bagi memastikan kerja mencari dan menyelamat dapat diteruskan.

Masih terdapat ratusan penduduk di daerah terlibat yang trauma dan belum bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing. 

Ketua Pusat Data dan Informasi BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata data terkini menunjukkan 102 orang meninggal dunia dalam gempa bumi dengan kekuatan 6.5 pada skala Richter.

"Seorang dilaporkan hilang dan 136 parah manakala 116 mengalami kecederaan ringan," katanya.

Sutopo berkata jumlah mangsa kemungkinan terus meningkat kerana proses pencarian belum dilakukan di seluruh kawasan bangunan yang roboh. 

"BNPB mempunyai petugas yang profesional, terlatih dan memang memiliki pengalaman. Sehingga kita menggunakan peralatan pengesan untuk melakukan pencarian," kata Sutopo. 

Mangsa di daerah Pidie Jaya yang berpindah kini berjumlah 2,154 orang manakala di Bireuen pula lebih 1,000 orang turut dipindahkan kerana faktor keselamatan.

Operasi mencari dan menyelamat kini menggunakan jentolak untuk membersihkan bangunan-bangunan yang runtuh. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ada anak buah lebai ngong buat komen kat tranongkote yg komen BN menolak Islam. Adola....umno bn Kan baru saja sokong ru555 dibaca kat parlimen. Hadi duduk sama dgn ketua bn dlm program rohingya. Hadi sokong najib. Tak Kan la, bn tolak Islam? Tak Kan hadi tu bengap sangat berwalaon dgn parti umno bn kalu umno bn tolak Islam.

Betul punya ngong la anak buah tranongkote tuh...

"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK”

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.