Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PROVOKASI MEMULAKAN SEGALA-GALANYA, PIJAK LAGI AL QURAN !!!

Serangan gereja menegangkan hubungan antara agama
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

MARANG -  Pas mengecam serangan letupan berlaku ke atas sebuah gereja (Cairo’s Coptic Cathedral) di ibu negara Mesir yang membunuh 20 orang dan mencederakan hampir 35 orang pada Ahad lalu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kejadian yang berlaku masih belum diketahui siapakah dalang di sebalik tragedi berdarah yang boleh menegangkan hubungan antara agama dan rakyat Mesir.  

"Pas mengecam sebarang serangan melibatkan kematian orang awam, warga tua, wanita, kanak-kanak dan memusnahkan bangunan kerana ia bercanggah dengan prinsip Islam sebenar.  

"ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya” [Al-A'raf: 56].

"Islam agama syumul telah menggariskan adab dalam peperangan (jihad) dengan melarang menebang pokok dan merosakkan bangunan. Saidina Abu Bakar pernah mewasiatkan komander-komander perangnya, “Jangan menebang pokok dan menghancurkan bangunan".

"Inilah sunnah Rasulullah SAW yang diwarisi oleh para sahabat yang paling memahami al-Quran, Sunnah Rasul-NYA dan roh Islam," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, Islam juga mengutamakan jalan pendamaian dan menyelesaikan dengan penuh keharmonian tanpa pertumpahan darah. Jalan kekerasan dan peperangan bukan jalan terbaik untuk membina negara aman dan damai.

Menurutnya, ketegangan hubungan antara agama dan bangsa hanya membuka pintu untuk campur tangan kuasa asing dengan cita-citanya mengkucar-kacirkan umat Islam dan mengaut hasil bumi untuk dibawa pulang ke negara mereka.

"Selain itu, perlu berhati-hati supaya tidak masuk dalam perangkap musuh dengan provokasi yang dilakukan bagi mencetuskan huru-hara," katanya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Habis tu kenapa kat zimbabwe tu tebang balak sampai sungai zimbabwe tukar jadi teh tarik?

Habis tu yg zalimi orang asli kat gua uganda tu bole pulak? Tuhan tak marah ker?

Anonymous said...

Cakap guna hadis bukan main pandai. Knapa tak tegur lebai walaunta yg sapu balak hutan simpan tu??

Sembang je kencang...

Anonymous said...

Husam dah tegur pasal membalak bersama ulamak kat kelantan tu. Tapi bukannya nak dengar....kena pecat lagi tu... org nak tegur kesalahan bukan nak kasi terima kasih, kasi fitnah ada laaaaa

Anonymous said...

Klu hadi cakap jgn tebang pokok, semua lebai angguk2. Klu husan cakap jgn tebang pokok, tuduh hussam macai dap.

Pening aku tengok perangai walaunta2 neh...

Anonymous said...

Pasal tebang menebang pokok tu, elok klu tn hj cakap sendri kat nik amar.

Anonymous said...

Dlm Quran ada sebut jangan buat kerosakan di atas muka bumi ini. Tapi lebai2 ni buat jugak. Tebang balak jugak sampai jadi hakisan hingga sungai kaler teh tarik. Sampai jadi bah kuning....

Tegur kang marah. Tegur kang kena pecat. Quran dah tegur tapi klu masih buat jugak, tak tau la aku camner lagi nak cakap.

Anonymous said...

Tegur kena pecat.
Tak tegur kena banjir.

Susah betol la lebai2 neh...

Anonymous said...

Apek dlm cerita madu tiga ada cakap:

Cakap salah. Tatak cakap pun salah. Mati lagi baikkk

Anonymous said...

Husam tegur guna mulut, dia buat pekak badak. Husam tegur guna surat, dia buat pekak badak

Husam tegur guna ceramah, dia pecat pulak.

Nak tegur mcm mna lg pun tak tau laaaaa

Anonymous said...

Pokok durian kunyit yg derang tanam tu, sampai cucu derang mampoooooss pun saiz dia tak boleh capai saiz balak yg dia dah tebang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.