Sultan Muhammad V junjung tinggi Islam, muliakan ilmuan
KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V ialah
seorang raja yang menjunjung tinggi agama Islam dengan menitik beratkan
pematuhan ajaran Islam di dalam pentadbiran negeri dan dalam kehidupan
baginda, selain daripada memuliakan ilmuan agama.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, baginda sering
merujuk kepada beliau mengenai perkara-perkara yang berkaitan
hukum-hakam Islam.
"Sebagai contoh dalam hal berkaitan undang-undang hiburan di bawah
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam. Sebarang pertunjukan,
permainan, hiburan tidak boleh diadakan pada malam Jumaat.
"Tapi jika masyarakat Cina nak adakan (hiburan) pada malam Jumaat, maka
mereka akan memohon kepada Sultan Muhammad V dan baginda tidak terus
memberi kebenaran melainkan sesudah mendapat pandangan daripada Jabatan
Mufti," katanya dalam temu bual bersama Bernama dan Bernama News Channel
(BNC) di pejabatnya di Balai Islam Lundang di sini.
Selain itu, Mohamad Shukri berkata, Sultan Muhammad V turut memuliakan
golongan ilmuan agama seperti mudir dan pengetua sekolah pondok dengan
memberi mereka darjah kebesaran dan pingat pada setiap kali sambutan
hari keputeraan baginda.
"Malah, ketika ada kelapangan, baginda kadang-kadang akan mengadakan
santapan tengah hari di pondok-pondok agama (bagi mendekatkan diri
dengan golongan cerdik pandai agama), dan saya melihat, sepanjang saya
menjadi mufti, tidak ada satu (perkara) yang apabila diberi pandangan,
tidak diterima baginda," katanya.
Ditanya mengenai keperibadian Sultan Muhammad V, Mohamad Shukri
berkata, beliau mula mengenali Sultan Kelantan itu sejak baginda berusia
17 tahun lagi.
"Sebagaimana umum mengetahui, usrah Diraja Kelantan memang gemar
mempelajari ilmu-ilmu Islam, justeru baginda akan mengadakan kelas agama
sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di
Istana Negeri di Kubang Kerian di sini.
Selain menjemput beberapa penceramah seperti Allahyarham Tuan Guru Haji
Mohd Noor Ibrahim, Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob dan saya
sendiri, baginda akan memastikan setiap kakitangan di istana untuk turut
serta dalam majlis ilmu berkenaan yang sering kali berakhir dengan
jamuan ringan selepas solat Isyak," katanya.
Beliau berkata dari segi keilmuan pula, Sultan Muhammad V menjemput
seorang guru al-Quran khas untuk menemani baginda di sepanjang
perjalanannya termasuk ketika berkunjung ke Eropah bagi memastikan
baginda tidak terlepas untuk solat berjemaah.
"Baginda juga sering mengajak saya untuk menunaikan umrah terutama pada
10 hari terakhir Ramadan dan acap kali baginda menyambut Hari Raya
Aidilfitri di sana.
"Baginda turut menghantar sekumpulan lima hingga enam rakyatnya untuk
menunaikan haji pada setiap tahun dengan pembiayaan baginda sendiri,
malah turut membina Masjid Al-Ismaili di Pasir Pekan, Tumpat dan
diwakafkan untuk ayahandanya Sultan Ismail Petra," katanya.
Beliau berkata, adalah menjadi kebiasaan Sultan Muhammad V berangkat
menghadiri program berbuka puasa dan solat tarawih bersama rakyat di
serata negeri.
"Baginda juga pakar dalam penyembelihan lembu korban dan akan
menyembelih sendiri lembu korban apabila tibanya Hari Raya Aidiladha,
malah turut mengagihkan lembu-lembu korban ke beberapa kawasan di negeri
ini sebagai sedekah," katanya.
Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad
berkata, Sultan Muhammad V juga sangat mengambil berat terhadap setiap
undang-undang Islam yang digubal di Kelantan.
Bercakap kepada Bernama dan BNC dalam satu temu bual di pejabatnya di
Kompleks Mahkamah Syariah Kota Bharu di Tunjong di sini, Daud berkata
baginda pernah bertitah setiap undang-undang yang ingin dilaksanakan di
Mahkamah Syariah ini perlu dibentangkan di Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terlebih dahulu.
Setelah mendapat kelulusan daripada agensi itu, baharulah dibentangkan
kepada kerajaan negeri dan seterusnya rang undang-undang itu dibentang,
dibahas dan diluluskan pada persidangan Dun.
Daud berkata, Sultan Muhammad juga sangat mengambil berat mengenai
sebarang kekurangan dalam menguatkuasakan Undang-undang Syariah di
Kelantan.
"Baginda sering bertanya sama ada kedudukan mahkamah sempurna atau
masih ada lagi kekurangan, begitu juga pegawai-pegawai, hakim-hakim yang
bertugas di Mahkamah Syariah masih mencukupi atau tidak.
"Baginda memang sangat mengambil berat. Setiap kali saya menghadap
baginda, memang perkara utama yang diminta penjelasan adalah perjalanan
di Mahkamah Syariah. Baginda juga sangat berminat dalam hal-hal
berkaitan agama," katanya. - Bernama
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih....
Post a Comment