Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUTNYA DAP LA YANG JADI BENTENG PAN, BERDASARKAN SEMANGAT MENGAPA DATERBALIK ?

Amanah sedia jadi benteng pertahan DAP
Jamzuri Ardani
Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen Amanah hari ini. - Foto Facebook Amanah

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menjadi benteng pertahanan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani.

Jamzuri ketika berucap di Konvensyen Amanah hari ini berkata, BN akan menggunakan modal politik yang sama dalam PRU14 dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.

Menurutnya lagi, DAP bukan sahaja diserang oleh BN, sebaliknya turut menghadapi serangan oleh Pas sejak parti Islam itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.

“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka. Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik Amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di sini, hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) awal Disember lalu mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jamzuri dalam masa sama turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan  supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.

“Kita kena perkuat dan teguhkan Pakatan, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, ‘ding-dong’ di sana sini, tunggu sana sini.

“Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tak ada salah apa dia cakap. Pertahankan drp difitnah. Tak kira sapa pun kalu difitnah kita kena pertahankan. Kalau dizalimi kita pertahankan. Fitnah tu dosa besar.

Tak tau la kalu pas anggap fitnah dap tu boleh masuk syurga sbb ada tiket khas....

Anonymous said...

Siapa ambik duit cikgu yik 14 juta? Siapa bagi arahan?

Saja tanya.
Bukan nak fitnah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.