TERLALU BANYAK YANG DIPERINTAH AGAMA YANG MANUSIA TIDAK LAKUKAN, YANG MENYEBABKAN DEMIKIAN IALAH KERANA MANUSIA MENYERAHKAN AMANAH KEPADA YANG BUKAN AHLINYA, SEMENTARA ORANG RAMAI RAMAI YANG SEPANYA BERJUANG KEPADA JALAN ALLAH AKAN TETAPI MEREKA LEBIH CENDERUNG KEPADA MEREBUT PELUANG HIDUP UNTUK MEMBERU KEBENDAAN - Pak Karamu
Perutusan Maulidur Rasul daripada Presiden Pas
MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Rasulullah
SAW diutuskan ALLAH untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat
Islam dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia mencapai
kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia hingga akhirat.
Menurut beliau, bersama Baginda adalah kaum yang ALLAH namakan sebagai
Muslim, menjadi umat wassatiyah dan terbaik di kalangan manusia,
menunjukkan teladan mengharmonikan dan menyejahterakan kehidupan di muka
bumi.
"Hakikatnya, dunia akhir zaman ini tersangat berhajat kepada umat Islam
yang akan mengembalikan secara teguh seluruh seruan dan akhlak
Rasulullah SAW untuk menyelamatkan dunia sedang dihimpit pelbagai
kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia jauh dari hidayah
ALLAH.
"Jelas hari ini rintihan manusia dihina, diperdagangkan, didera,
diseksa hingga dibunuh oleh mereka yang memperhambakan. Dirampas segala
hak hasil usaha, harta, kediaman, perekonomian dan tanah air oleh
penjajah dengan pelbagai wajah sangat rakus.
"Juga segala amanah diwarnai kecurangan, penyelewengan, rasuah, skandal
dan salah guna kuasa pemimpin seumpama serigala. Selain pelbagai
penyimpangan agama yang menyesatkan dan membingungkan dari tujuan
ubudiyah.
"Hingga membekaskan kepada dunia hari ini dengan bayangan hitam
jenayah, ketakutan, penderitaan dan bida'ah yang tiada kesudahan,
pembelaan serta penjernihan," katanya dalam perutusan beliau sempena
sambutan Maulidur Rasul, esok.
Beliau berkata, maka, didatangkan Islam yang pernah ditegakkan Baginda
Rasulullah SAW sebagai penyelesaian terhadap segala kebejatan ini.
Menukarkan air mata derita kepada kegembiraan, kemungkinan kepada
jaminan, serta sengsara kepada bahagia di dunia dan akhirat.
Sehubungan itu, katanya, umat Islam mestilah bersatu padu terlebih
dahulu dengan berpegang kepada sunnah Rasulullah dan menggenggam erat
syariat ALLAH. Seterusnya bangkit sebagai umat yang akan menebarkan
rahmat ke seluruh alam ini.
"ALLAH menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari
kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana
Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang
berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama
Islam) yang telah diredaiNYA untuk mereka; dan Dia juga akan
menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan
(dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-KU dengan tidak
mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-KU. Dan (ingatlah) sesiapa yang
kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka,"
(an-Nur: 55).
Beliau berkata, inilah selawat akbar umat ini ke atas Baginda, yang
tidak hanya diterima hadirnya dengan keraian berhimpun bercerita riwayat
mengenang semata-mata. Tetapi menegakkan seluruh usaha Baginda ke atas
umat manusia secara istiqamah hingga tertegaknya keadilan melalui
syariat ALLAH SWT.
17 orang berkata:
Ko menyintai dap dlu sehingga memalukan anak cucu semua muslim..muslim nak sambut maulid nabi ko bising x bagi ko kata sambut maulid ni mcm peragai org kristian..tapi ko usung kek besday smbut ngan karpal singh ..hehehehehe
Ko x layak cakap ape yg ko cakap kat atas..ko patut sudah belajar mengerti n terima x layaknya ko atas hal tu bukan kerana cemburu sakit hati atau sbgnya..
kerana memang ko x layak..
Dah la dol. Jangan nak merapu2 pulak. Mic, mca, gerakan pun tolak ruu 355 jugak. Tapi hadi bangang ni tak bising pulak. Mungkin ko ngan tn guru ko ni dah kena nasik kangkang kot
SOKONG PAS
TAKBIR.
"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"
Semoga Hadi Awang diberikan hidayah oleh Allah dan bertaubat.
Ugama islam kata jangan ambik harta orang lain tanpa kebenaran. Tapi duit potongan gaji cikgu yik bulan2 ko tibai jugak.
Apa nak jadi lebai2 ni. Agaknya kalu pakai serban dan ada jangut sejemput kira boleh cilok duit orang kerr??
Rosak punya ulamak.
Macam2 larangan islam dah suruh kita jangan buat, tapi kita buat jugak. Islam larang curi harta orang, kita kebas duit cikgu yik sampai 14 juta. Islam larang hina orang, kita baruakan orang. Islam suruh cakap mulia, kita cakap nak tanam orang kat jirat cina. Islam suruh berhemah, kita kafirkan orang. Islam suruh buat baik, kita pijak kepala org asli....manalah hidup nak berkat. Masuk neraka ada laa...
Dah tau kepala perompak pun nak berskongkol. Bodo ker hapa?
Mungkin banyak sangat makan dedak ayam kot..
Ko ada pernah dengor tak mana2 ulamak kat dunia ni pakai duit potongan gaji bulan2 cikgu agama sampai 14 juta tanpa mintak kebenaran? Habis tu sapa nak bayar bunga hutang cikgu tu? Habis tu sapa nak bagi kerugian dividen caruman kwsp ngan tabung haji cikgu tu??
Yg aku dengor cuma ulamak kat uganda nunnn
Sebelum meninggal dunia.
Patutnya bila org dah gelar ulamak, dah pakai serban, dah pakai jubah, dah tumbuh janggut, perangai tu kena jaga. Mulut tu kena jaga. Tindakan kena jaga. Baru org hormat.
Tapi kalu pwrangai lebih teruk drp ular, mana ler org tak kutuk.
Sbb tu jaga perangai tu jangan sampai org kata perangai macam setan.
Faham?
"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"
Nabi ada ajar ke ambik hak orang tanpa kebenaran..ambik 90juta duit haram..ambik 10juta duit komisen utk kepentingan diri..
X payah gebanglah lebai dedak woii..duit haram 90juta kau rembat..komisen 10juta kau rembat sedangkan itu hak rakyat kelantan..baso natang
tol la tu..mic mca gerakan umno pas dap pkr pan dan lain2 2x5 barua semua hehe
Haji Hadi ni aku percaya satu jer sekarang dia org islam pandai mengucap yg lain dia ckp semuanya x leh pakai memburukkan imej Islam adalah..
Tok ketua lebai munafik jual agama ni dipilih jd pemimpin oleh walaun2 biol dia. Parti Ajaran Sesat..Pas.
Sama mcm kau la hadi woi..perangai kau x ikut nabi pun..
Post a Comment