Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIMANA KEKUATAN PAKATAN HARAPAN ? SETAKAT 4 PARTI YANG ADA RAKYAT LANGSUNG TAK KONFIDEN

Perlu realistik, kembali fokus isu rakyat
 Amanah, DAP, PKR, Bersatu

SHAH ALAM – Pakatan Harapan perlu realistik dan tidak hanya bersandarkan kekuatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapat sokongan rakyat pada PRU14 akan datang.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, meskipun Anwar dilihat penting untuk Pakatan Harapan mendapat sokongan dan undi, tetapi faktor itu sahaja tidak menjamin kemenangan pembangkang.

“Tidak dinafikan faktor Anwar itu penting kepada Pakatan Harapan. Ia boleh menjadi satu kelemahan dan juga kelebihan kerana isu ini boleh jadi modal untuk PRU14.

“Isu Anwar mungkin relevan pada PRU11, 12 dan 13 tetapi ia semakin dilupakan. Pakatan Harapan tidak perlu lagi menekankan isu Anwar walaupun penting kerana semakin kurang didengari oleh pengundi.

“Banyak isu lain yang perlu dijaja dan diatasi oleh Pakatan Harapan. Itu semua faktor utama untuk menyedarkan rakyat supaya menyokong mereka,” katanya kepada Sinar Harian,  semalam.

Bagaimanapun Nik Ahmad Kamal tidak menolak, isu ketidakadilan yang diutarakan PKR terhadap Anwar boleh dijadikan isu pada kempen PRU kelak, namun tidak boleh bergantung kepada faktor itu sahaja.

Beliau berkata, apa yang penting dilakukan Pakatan Harapan adalah fokus kepada isu permasalahan rakyat dan tidak meletakkan perjuangan membebaskan Anwar sebagai keutamaan.

“Tidak perlu tunggu PRU kalau jadi kerajaan, apa yang perlu dilakukan adalah meyakinkan pengundi dari sekarang,” katanya.

Katanya, Pakatan Harapan tidak akan berdepan dengan soal kepimpinan, jika soal itu yang menjadi kebimbangan utama kepada mereka.

“Dari segi kepimpinan, saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana mereka masih boleh berhubung dengan Anwar di penjara dan kepimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berjalan,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, perkara lain yang perlu dibimbangkan Pakatan Harapan sama ada wujud konsensus bersama antara mereka dan juga Pas berhubung soal kerusi.

“Pembangkang telah berpecah kepada dua, Pakatan Harapan-Bersatu dan Pas. Ini ternyata memberi kelebihan kepada BN. Tetapi soal kerusi, apakah mereka berjaya untuk mempengaruhi Pas agar tidak meletakkan calon bertanding di kerusi kuat pembangkang?,” soalnya.

Katanya, menuju PRU 14, perlu wujud konsensus untuk pembangkang bagi mengelakkan pertembungan dua penjuru antara Pakatan Harapan dengan Pas.

“Selagi konsensus ini tidak wujud, maka bagi mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13 dahulu mungkin bertambah sukar,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Buka aje mulut..bau longkang..ego..sombong..takbur..nkau ni agen umngok pak karam mu..

Anonymous said...

Nak harapkan parti ajaran sesat..hancur..pengkhianat bangsat dedak 90juta..

Anonymous said...

Itula mentaliti ko. Bila bercakap tak ada lain selain buat fitnah.

Anonymous said...

Kalo fitnah samanlah SR tu..ckp nk saman..haramm..jgn jd munafik lebai..

Anonymous said...

Biarkan dia terus celaru .otaknya dah mereng.cuba tenguk gelaranya PAKKarmu.tak tahu bahasa apa digunakan .Tamil.cina/inggeris ,melayu jauh sekali.maknya mungkin kepalabapakdia.

Lan said...

PAS lebih teruk selepas 60 tahun berjuang Rakyat tambah x confident ......Ha ha

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.