Bersatu teruskan rundingan dengan Pas
PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih
meneruskan rundingan bersama Pas sehingga satu tempoh peringkat masa
bagi memastikan parti Islam itu dapat bersama-sama pakatan pembangkang
bagi menghadapi PRU14 akan datang.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah
memulakan perbincangan dengan Pas sebelum mesyuarat berhubung kerjasama
dengan Pakatan Harapan berlangsung dan usaha bagi rundingan tersebut
akan diteruskan selepas ini.
“Saya telah maklumkan kepada semua pimpinan Pakatan Harapan berhubung
rundingan dengan Pas yang telah dimulakan sebelum mesyuarat berhubung
kerjasama ini berlangsung.
“Dan menerusi perbincangan itu, kita (Bersatu) masih boleh meneruskan
pertemuan dan perbincangan dengan Pas sehingga satu peringkat masa,”
katanya ketika sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR, hari
ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
memaklumkan bahawa parti itu masih berada dalam peringkat perbincangan
berhubung kerjasama dengan Bersatu selepas ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa positif
bahawa rundingan Bersatu dan Pas akan memberi implikasi baik buat
pembangkang.
“Walaupun di luar perbincangan, beliau (Tuan Ibrahim) seolah telah
menolak kerjasama tersebut, namun kita percaya keputusan yang terhasil
di meja rundingan akan memberikan keputusan positif
"Lagipun masih belum ada kenyataan rasmi daripada Pas untuk menolak rundingan ini,”katanya.
Menyentuh mengenai pembahagian kerusi, Muhyiddin memaklumkan bahawa
sebagai pendatang baru, Bersatu mengharapkan parti dalam Pakatan Harapan
dapat menyumbangkan kerusi bagi memberi ruang untuk mereka bertanding.
Tambahnya, perbincangan-perbincangan berhubung perkara itu akan
diteruskan selepas ini dan semua pihak perlu maufakat dalam dalam apa
jua keadaan.
“Sebagaimana yang disebut dalam perjanjian itu, kita akan adakan
rundingan lagi selepas ini dan jawatankuasa teknikal juga akan dibentuk.
“Perkara asas yang kita persetujui adalah keboleh menangan dan jika itu
dapat dijadikan asas, kami mengharapkan akan sampai di satu tahap di
mana semua pihak akan berpuas hati,” katanya.
21 orang berkata:
Dimana ada ruang, disitu ada peluang. Bersatu teguh bercerai roboh.
Tinggalkan saja hadi, idris, amar, jerman dan abdoh. Marilah bersatu tumbangkan bn dlm pru14. Peluang tidak datang selalu.
Pilihan di tangan pakkaramu.
Tumbangkan bn atau tumbang di kelantan. Sayang hadi atau sayang kelantan?
Buat apa kalau hadi sorang je menang di terengganu tapi di tempat lain wakil2 pakkaramu semua kalah teruk?
Mana wakil pakkaramu boleh menang kalau cina india 99% undi ph dan melayu 33% undi ph. Melayu dah pecah jadi 6. 4 undi ph. 1 undi umno dan hanya 1 undi pas. Org mabuk pil kuda pun tau pas akan kalah. Lainlah kalau penganut pas taat perintah Allah mcm tentera perang badar....la ni dah byk yg kaki cilok dan maki hamun. Camne Allah nak tolong.
Aku pun rasa2nya tak undi pas lagi kot.
Jom la pakkaramu. Mari kita berubah. Rakyat miskin perlukan org tua bangka mcm pakkaramu. Sampai bila nak bangga jadi pembangkang. Tak kan sampai mati pon masih jadi pembangkang. Kang mati mata tak katup kang....
Bersatu menyembah dap tentu akan roboh.ada nak buat islampun nak kena sembah dap.malangnya lah husam dgn anak buahnya yg penuh dgn angan mat jenin
Allah kata ambil islam keseluruhan tp geng hingus oren ambik islam yg disuka dap saja.bila pas nak buat hudud kata politik padahal sendiri ingin menikus pd dap.Sekarangpun Tuhan dah tunjuk terpaksa jd kucing kurap berkubang dlm kolam tahi dap semata kerana harapkan kerusi.jika tidak kenapa sangup mengaku jd barua segala.hari tu tuduh org fitnah sekarang semdiripun sudH mengaku.hulunalang dap tu sama taraf dgn barua.dap x bleh difitnah org lain boleh pula
Bila org lain semua politik ,tak iklas,kutuk padan la bila time usul rohinya tak ada org sokong.orgpun ingat politik juga.sendiri kata sendiri yg kena.lg nak salahkan pas juga
Bang, tak payah susah2 explain kat pak karamu ni. Dia buta perut, akal pun sejengkal jer. Dia wala' pada hadi jer. Hitam kata hadi, hitam la pak karamu. Dia takut tak masuk syurga kalau lawan cakap hadi tuu.
Pengkianat sesuai la taraf jd hulubalang@barua sj.semua kerusi nanti didapat oleh geng bunga teflesia.geng hingus oren jd makanan depa sj la.dapat jd hulubalangpun dah cukup bagus kata sabut,mujahat n kusam dr tak dpt jd apa langsung.itu yg cepat cepat buat pengakuan
Takbirrrrr! Semilanplohjuta.. semilanplohjuta ..semilanplohjutaaaaaa
Sabut n mujahat jd hulubalang dipenang takut hilang sbbnya tgok fitnah 1 rafizi n geng fitnah vs khalid n pas.keputusan nuar masuk penjara.fitnah 2 pan vs pas.ug dgn umno.keputusan penang hilang.itu blum dikira dgn doa org kg melayu yg dihalau dr kg mereka.kalau nak kekalkan kg tu tentu boleh usahA.kata kaya raya n hebat sgt itupun nak berkira.mentang le kg melayu.bila dikata rasis anti islam kata org fitnah sudah yindakanpun begitu juga tengok belum nak buat hudud lg dah meroyan separuh gila masing masing.sekurangnya org asli masih ada kg.siapa yg lebih aniaya sekarang
Siapa nak banglo diskaun x ada kolam renang tp kena jd ketua menteri dulu mari bersama kuali mengoreng utk dap.goreng sampai hangus
Jaga jaga reflesia tua mungkin akan menelan semua dgn usaha liciknya.selamat pas sudah tak campur.barangkali tun mat sudah tak begitu hebat lg utk jatuhkan najib sampai perlu menelan ludah semula dgn bergabung dgn dap.
Pas menyembah mca, mic dan gerakan. Hadi dan anak didiknya akan jadi mat jenin menyembah bumi.
Ambik islam memang betul. Tapi lebai ko dah ambil balak dan duit cikgu skolah agama. Aku malu la kat dap sbb lebai aku perangai cam tu
Usul rohingya tak nak sokong.
Ambik duit cikgu yik sokong pulak. Jual balak sampai botak sokong jugak.
Nak salahkan pan jugak?
Tak sokong usul rohingya sbb pas ada agenda politik. Nak mintak ahli umno sokong pas.
Elehhhhh....aku kalu nak maki lebai2 ko tu, macam2 nama lebih teruk aku boleh bubuh. Nak maki mak bapak mcm ko buat pun boleh. Tapi aku tak buat kerja2 mcm ko tu.
Fakta:
1.siapa nama lebai yg suruh sondol duit cikgu yik tu?
Sapa arah ambik duit cikgu yik?
Sapa arah jual balak hutan simpan?
Sapa nak minum air teh tarik free?
Di negeri pemerintahan siapa kita boleh mandi air campur lumpur sebagai kaedah perubatan?
Bersangka baik. Mungkin dia dah taubat nasuha. Yg ambik duit cikgu tu bila nak taubat? Nak taubat kena pulang dulu 14 juta tu. Dah langsai?? Jgn pulak bila pan perintah besok, pan pulak kena bayar...
Yg tinggal dlm Pas skrg hanya walaun2 biol. Mrk berfikir guna siku dan lutut.
Post a Comment