Amanah jangan bermimpi
SHAH ALAM - Parti Amanah perlu ukur baju di badan sendiri dan jangan
bermimpi untuk menawan Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat
pada PRU14.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Umno sendiri
sukar untuk menang di Kelantan, apatah lagi Amanah yang baru setahun
jagung ditubuhkan.
“Jika dalam pilihan raya lalu di Terengganu Umno menang tipis dengan
hanya dua kerusi, Insya-ALLAH kita akan rampas kembali pada pilihan raya
umum akan datang.
“Sasaran kita untuk menang di Terengganu dan mengekalkan kemenangan di Kelantan,” katanya, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada
Konvensyen Nasional Amanah kelmarin, bahawa parti tersebut mempunyai
peluang untuk menang di Kelantan dan Terengganu.
Mengulas lanjut, Mahfodz memberitahu, Amanah dan Pakatan Harapan hanya
parti baharu dan bergantung harap pada DAP sebagai jentera pilihan raya
mereka.
"Sedangkan Pas memiliki jentera pilihan raya yang kuat di kedua-dua negeri tersebut sejak sekian lama.
"Pas telah bekerjasama untuk berkempen dan memberi yang terbaik kepada rakyat Kelantan dan Terengganu.
“DAP sukar mendapatkan undi Melayu sedangkan di Kelantan dan Terengganu mempunyai pengundi yang solid Melayu.
"Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang di Kelantan dan Terengganu,” katanya.
7 orang berkata:
Angkuh sungguh lebai ni.
Dulu menang pun sbb pakatan rakyat dan org asli sokong.
Dulu org sg besar pun cakap besar mcm ni. Tapi kalah teruk.
Mudah2an basuh Sg besar akan berjangkit ke kelantan dan terengganu.
InshaAllah. Amin ya Rab
Nak tengok air sungai jadi milo tarik dan hutan simpan jadi belukar, undilah parti lebai dol.
Amboi aihh...klo org PAS jwb tohmahan bodoh dari pankhianat laju ja ampa kondem..hbs tu klo dari pkr pan dok ckp mcm2 dkt PAS ampa xckp apa..dap tu terang² hina ISLAM pn ampa senyap ja..mcm tu ka org ISLAM???
Itu bukan angkuh.. tapi kenyataan..
Kenyataan pas kelantan bakal tumbang....
Dap hina islam tu biasa la. Dap tu kapir. Sama jugak mcm mic, mca ngan gerakan. Depa kawan umno tu pun hina islam jugak. Lagi teruk sampai nak pulau dewan. Sampai nak pastikan ruu 355 tak dpt dibentang.
Dah kapir, biasa la.
Tapi jgn la maki dan kutuk sebelah pihak je. Cara hangpa tu tak betol. Nak maki, nak kutok, kutuk semua dap, mic, mca dan gerakan sekali. Baru betol...
Kapir memang kat mana2 sama je. Tapi pelik la, mcm mna pas bole letak calon kapir. Pah tu ramai2 anguk2 undi kapir tu dgn alasan ada lesen penyokong pas.
Bole ke pas undi kapir jadi ketua? Musykil jugak la.
Post a Comment