RASANYA BUKAN SUATU YANG TERLALU SUKAR UNTUK MENCARI SUMBER SURAT KABINET BAYANGAN, POKOKNYA PERIKSALAH DALAM KELAMBU SENDIRI DAHULU SEBELUM MENUDING JARI KEPADA SESIAPA - Pak Karamu
Najib jawab isu 'Zahid jadi PM'
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa
pembangkang cuba merosakkan hubungan rapat beliau dengan Timbalannya,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi cerita khabar angin.
Najib dalam satu kenyataan menegaskan, pembangkang tersalah langkah
sekiranya menggunakan pendekatan itu kerana ujarnya ahli Umno terkenal
dengan kesetiaannya.
"Mungkin pembangkang tersalah anggap perwatakan Timbalan Perdana
Menteri dengan beberapa bekas pemimpin parti Umno yang didorong oleh
kepentingan peribadi, bukan kepentingan parti atau nasional.
"Mereka telah mencuba pelbagai cara dalam bidang kuasa mereka untuk
memecahbelahkan kita. Tetapi mereka tidak kenal Umno dan kesetiaan
anggotanya – mereka yang berdiri di dalam senang mahupun susah bersama
parti dan kepimpinan parti yang dipilih secara demokrasi," katanya
menerusi satu kenyataan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Viral kabinet bayangan Zahid kerja budak sekolah]
Najib berkata demikian dipercayai mengulas mengenai penyebaran surat kabinet bayangan yang kononya diedarkan oleh Zahid.
Barisan kabinet bayangan yang mula viral beberapa hari lalu itu
menunjukkan nama Zahid sebagai Perdana Menteri diikuti Timbalan Perdana
Menteri, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai
Menteri Dalam Negeri.
Senarai itu juga memperlihatkan beberapa nama lain lagi. Sementara nama
yang tidak disenaraikan termasuklah Najib, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein,
Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Dr.
Shahidan Kassim. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa nama
lagi.
Mengulas lanjut, Najib berkata, pembangkang kini begitu terdesak dan
dalam keadaan kucar kacir sehingga mereka terpaksa bersekutu dengan
orang yang memenjara pemimpin mereka sendiri.
"Saya gesa semua ahli parti Umno untuk sentiasa berwaspada terhadap
taktik kotor yang digunakan oleh pihak lawan. Mereka mencemburui
solidariti kukuh dalam Umno dan Barisan Nasional," katanya lagi.
7 orang berkata:
Patutnya dia kena dapatkan nasihat drp hadi dulu. Dia kena dengar apa nasihat yg hadi nak bagi...itu baru betol.
Betul-betul penjarakan bos dia dulu ayat Najib kah2 zaman Mahathir dh lepas . zaman kolah yg penjarakan dia lani..
Dalam dunia ini cuma hadi yg aku percaya. Kalau tak ada hadi tak taulah apa nak jadi dgn orang islam di dunia ini. Dialah ulamak paling ulamak di muka bumi ini. Takbir!!
"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"
Sotong sekilo berapa tok lebai?
Bagi 2 kilo...
Mintak maaf la boss. Daging bewok kita tak makan. Sbb bewok lidah dia ada 2 cabang.
Bilo biawok jelir lidah cabang duo dio, habis semuo cicak kobin lemah gomalai jadi sotong tunduk kepalo anguk2 bagi hurmat. Dasat laaaa
Ularmak penyamun tarbus..
Takbir!
Post a Comment