'Mungkin Ramasamy sedang alami gangguan emosi'
SHAH ALAM - Setiausaha politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
menasihati Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, agar tidak
masuk campur tangan dalam urusan Pas.
Ujarnya dalam nada sinis, Ahmad Samsuri menyeru Ramasamy supaya menjaga
diri terlebih dahulu sebelum sibuk 'menjaga tepi kain orang lain'.
"Nampaknya sejak nama beliau tidak menjadi pilihan utama sebagai
pengganti Ketua Menteri Pulau Pinang, minda dia mungkin sedang mengalami
gangguan emosi dan kecelaruan jiwa yang melampau sehingga sanggup
membuat fitnah kepada Pas.
"Tidak perlulah beliau campurtangan dalam bagaimana Pas ingin mengemudi
politik dalam satu sistem demokrasi ini. Jaga lah diri sendiri dahulu,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Samsuri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ramasamy dalam
sebuah portal hari ini yang menyatakan Pas kini cuba memecahkan sokongan
Melayu terhadap Pakatan Harapan.
Ini adalah selepas Pas telah menjemput semua parti-parti pembangkang,
kecuali DAP dan Amanah, dalam "ceramah mega" dijadualkan berlangsung
malam ini.
Dalam pada itu, Ramasamy juga mendakwa Pas kini 'makan dedak' Umno berdasarkan senario semasa.
9 orang berkata:
Aikkk...kat mana salahnya ucapan ramasami tu? Rasanya 100% betul. Pakkaramu je yang belum makan ubat ni. Gi la makan ubat dulu.
Ramasamy tu tak gila pangkat. Dulu sebelum jadi timbalan pun dah byk kali tolak tapi org pujuk.
Tapi ada sorang tu sampai sanggup jadi penasihat walaupun org tak offer. Muka tebal betul. Tak tau malu.
Dah 2 menghalang jadi TMB mamat ni. Ada sorang tu jadi MB sepenggal pun dah kena reject sbb batu duduk dia punya kapla dalam.
Tanya je.
Bukan fitnah.
Bukan kutuk.
Sekadar nak tahu.
Siapa ulamak yg suruh guna duit cikgu yik sampai 14 juta tu??
Dah habis bayar balik ke?
Dulu masa benci, bukan main kutuk. Akibat syaitan la. Tv syaitan la.
Sekarang dah suka, hari2 duduk dalam akhbar dan tv yang dulu dia kata media syaitan tu.
Allah nak tunjuk tu kejap je.
Dia dah taubat la tu.
Memang patut pun hari2 masuk dlm tv dan akhbar perdana sebab jawatannya kan tinggiiiii. Dia kan punahsihat. Tak Kan tak faham.
Pakkaramu...
Ramasamy cakap tu memang betul.
Hahaha.
Batu besar jatuh atas kepala pak karamu.
Post a Comment