Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALLAH AKAN HINA MEREKA KERANA LARI DARI PERJUANGAN ISLAM

WALAUPUN ADA DIANTARA AHLI PAS YANG LARI DARI PERJUANGAN ISLAM, NAMUN PAS YAKIN MEREKA AKAN MENDAPAT BALA DARI ALLAH.

BALA AKAN MEMBURU MEREKA ATAS BAI'AH YANG MEREKA LAFAZKAN, RAKYAT HANYA PERLU MENUNGGU KHABAR BERITA MEREKA.

KEKUATAN PAS SEMAKIN BERTAMBAH SEKALIPUN PENGKHIANAT TELAH MELAKUKAN SABOTAJ TERHADAP  DASAR ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS.

ALLAH S.W.T MASIH LAGI MEMBERIKAN KEPADA MEREKA NAFAS UNTUK HIDUP SEMENTARA MENUNGGU BALASAN DARIPADA TUHAN.

 -Pak Karamu-


 Pas tak mati walaupun ada ahli 'jual' kerusi

AddThis Sharing Buttons

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
(Ubah saiz teks)

MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tidak mati walaupun ada ahlinya yang 'menjual' kerusi termasuk memilih lari dari perjuangan.

Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan parti itu akan terus mara ke hadapan.

"Kita menyaksikan bagaimana dalam perjuangan Pas, ada orang kita pilih jual kerusi, ada orang kita pilih lari dari perjuangan kerana tak tahan.

"ALLAH tidak mematikan Pas tetapi mereka yang khianat itu mati. Mereka yang khianat itu hilang, Pas makin hari makin kuat. Makin hari makin gagah," katanya.

Beliau berkata demikian di Ceramah Perdana, Pelancaran Markas Besar PRU14 Parlimen Marang di Dewan Tok Guru, di Rusila, malam tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, Yahaya Ali.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, jumlah keahlian Pas juga terus bertambah sehingga mencecah sejuta orang dengan kekuatan jentera berada di seluruh negara termasuk di kawasan bukan Islam.

"Saya sebut malam kelmarin, hari ini (bahawa) Pas sudah mempunyai satu juta ahli, hari ini, Pas sudah ada kawasan, (ada) 196 kawasan di seluruh negara.

"Pas ada jentera bukan macam parti lain yang bergerak di atas angin. Pas ada jentera di seluruh negara termasuk di Sabah, di Sarawak, di kawasan yang orang Islamnya sedikit ada jentera-jentera Pas," katanya.

Beliau berkata, parti itu juga mempunyai kekuatan yang sangat kuat di peringkat akar umbi dan menaruh harapan akan mencapai kemenangan lebih besar pada PRU14 berbanding pilihanraya sebelum ini.

"Maka sumbangan yang (perlu) kita beri adalah untuk menghidupkan pokok yang tidak mati, pokok yang subur, pokok inilah yang kaedahnya berpanjangan...dari dunia sehingga hari akhirat.

"Insya-ALLAH kita akan hadap pilihanraya akan datang, yang akan diumumkan bila bila masa sahaja dan kali ini kita mengharapkan boleh mencapai kemenangan lebih besar daripada masa lalu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Pas masih memerlukan sokongan tambahan daripada pengundi muda yang disifatkan sebagai undi penentu yang akan menentukan kemenangan dalam PRU14.

"40 peratus pengundi muda adalah penentu kemenangan yang perlu kita tarik dengan bersungguh sungguh sama ada yang muda muslimin atau muslimat," katanya.

MAHADHIR HASUT DAN KELENTONG ORANG ASLI ?

22 TAHUN MAHADHIR MENJADI PIEM,TAPI ORANG ASLI TIDAK DIPEDULIKAN,

HARI INI DIA PUJUK ORANG ASLI DENGAN JANJI UNTUK MENGAMBIL BERAT TERHADAP KAUM ITU.

DULU TAK PEDULI, KINI AMBIL PEDULI TAPI KUASA TAK ADA, ORANG ASLI BOLEH LA MAHADHIR KELENTONG !

-Pak Karamu- 

 

'Jangan undi dacing, jangan undi bulan'

AddThis Sharing Buttons

'Jangan undi dacing, jangan undi bulan'
Tun Mahathir ketika berucap di hadapan masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum, petang tadi.

(Ubah saiz teks) 
 

PEKAN - "Jangan undi dacing, jangan undi bulan," kata Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum, di sini, petang tadi.

Menurutnya, untuk memastikan Harapan menang PRU14, sokongan masyarakat Orang Asli diperlukan.

"Jangan undi dacing, jangan undi bulan. Dan bulan itu sebagai pengacau untuk menarik undi Pakatan Harapan.

"Bulan ini tidak boleh menang, dia buat kacau sahaja. Bulan ada untuk sokong BN," katanya.

Sementara itu, Mahathir berkata, Harapan berjanji akan menjaga kepentingan Orang Asli jika menang PRU14 nanti.

Menurutnya, perkara itu turut dinyatakan dalam manifesto Harapan bagi membela hak Orang Asli, sekali gus memastikan kehidupan mereka lebih terjamin.

Katanya, kegiatan perlombongan dan pembalakan menyebabkan komuniti Orang Asli hilang punca pendapatan dan sumber makanan.

Sebahagian penduduk di Perkampungan Gumum yang mendengar amanat Mahathir.
"Orang Asli perlukan hutan kerana itu sumber pendapatan mereka. Kegiatan dan perlombongan telah memberi kesan kepada kehidupan penduduk, malah mereka hidup di dalam debu.

"Pakatan Harapan akan berusaha untuk mengurangkan, malah sebaiknya menghentikan kegiatan-kegiatan ini demi menjamin kehidupan yang lebih baik buat penduduk khususnya Orang Asli," katanya ketika berucap di hadapan masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum.

Mahathir menghabiskan masa kira-kira 30 minit dalam pertemuan tersebut yang turut dihadiri isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali bersama pemimpin tempatan dan penduduk kampung.

MAHADHIR JUGA AKAN KELUAR BERSATU ?

BERDASARKAN PERANGAI MAHADHIR, DIA JUGA TIDAK MUSTAHIL AKAN KELUAR BERSATU.

sementara itu:

 Tun M, Khairuddin gagal saman Najib bahkan kena denda pulak tu sebanyak RM20,000

bangang tidak sebarang tanggung ! konon hebat tapi bodoh !



Tun M, Khairuddin gagal saman Najib
Tun Mahathir tiba di pekarangan Mahkamah Persekutuan, hari ini.

(Ubah saiz teks) 
 

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua Umno Batu  Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana pembangunan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Justeru, mahkamah memerintahkan Tun Mahathir dan Khairuddin membayar RM20,000 sebagai kos kepada Najib.

-Pak Karamu-

 

Lagi ahli Bersatu keluar parti

AddThis Sharing Buttons
logo Bersatu
(Ubah saiz teks)

SELAMA - Seramai 50 orang ahli Bersatu Bahagian Larut meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.

Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian  kepada Ketua Umno Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor dengan disaksikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Bekas Penaja dan Setiausaha Bersatu Larut, Shafie Mohd Khairy berkata, tindakan itu diambil kerana tidak lagi yakin perjuangan parti tersebut dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya kaum Melayu.

Menurutnya, ini kerana parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu di dalam parti.

“Kami juga tidak lagi mempercayai kepimpinan Bersatu Perak kerana wujudnya pengaruh DAP.

“Kami tidak mahu bersama parti yang menyokong DAP kerana jika pakatan memerintah negeri ini, kita bimbang menteri besar akan menjadi boneka," katanya dalam sidang media  khas di Selama Inn, di sini, hari ini.

MENYELAMATKAN RAKYAT DENGAN ISLAM

jika orang bukan islam boleh terima konsep ta'wun, tiada sebab orang melayu tak boleh terima.

PAS hanya memperkenalkan konsep tersebut demi keamanan,namun jika orang yang mengaku islam sendiripun tak boleh terima maka berhadapanlah mereka dihadapan Tuhan di akhirat nanti.

Kebanyakan orang melayu beragama islam, mereka tiada pilihan dengan berbagai alasan, MEREKA WAJIB TERIMA.

PAS merasakan konsep TA'AWUN adalah yang terbaik, jika ada yang memberikan berbagai alasan untuk menolaknya maka mereka perlu bertanyakan kepada diri sendiri 

Menolak konsep Ta'awun bersama orang-orang kafir bermakna mereka adalah sebahagian daripada kaum tersebut, sekalipun masih melaksanakan ibadat secara islam.

  -Pak Karamu-

sementara itu:

 

Hadi sindir Amanah: Pas amanah bukan sekadar nama


Hadi sindir Amanah: Pas amanah bukan sekadar nama
Abdul Hadi ketika berucap di hadapan hampir 10,000 ahli dan penyokong Gagasan Sejahtera Kedah.
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis menegaskan parti itu dibarisi pemimpin yang amanah, bukan sekadar nama ‘amanah’.

Ucapannya itu disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 ahli dan penyokong pada majlis pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah dan manifesto PRU14 Gagasan Sejahtera Kedah, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, malam semalam.

Abdul Hadi berkata, wakil rakyat Pas bukan mengimpikan kerusi empuk kerajaan tanpa menunaikan amanah dengan betul.


“Kita bukan nak perintah, duduk atas kerusi dengan tidak tunaikan amanah dengan betul. Kita mahu rakyat sertai PRU14 dan tunai amanah dengan memilih pemimpin yang benar-benar amanah.


Sebahagian ahli dan penyokong menyalakan pemetik api sebagai simbolik sebelum pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah.
Bukan namanya saja ‘amanah’,” katanya, yang dipercayai merujuk kepada parti serpihan Pas, Amanah.

Menurutnya, Pas memiliki ramai tokoh yang bijak memerintah negara sekiranya diberikan amanah sebagai kerajaan.

“Kita boleh tunjuk macam mana nak perintah negara dengan cara yang benar. ALLAH SWT kurniakan kita hasil mencukupi, sumber bumi, tanah subur. Bagaimana dengan adanya sumber begini pun, ada yang tak mampu perintah dengan betul. Di mana silapnya, ia mesti diperbetulkan,” katanya.

Abdul Hadi turut mengajak rakyat melakukan perubahan pada PRU14 dengan memilih parti yang benar-benar amanah menunaikan tanggungjawabnya.

“Tak mustahil negara boleh berubah, yang penting kita mesti berubah kepada Islam yang diredai ALLAH SWT,” katanya.

 

Pas akan amalkan konsep ta’awun

AddThis Sharing Buttons

Pas akan amalkan konsep ta’awun
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM -  Pas akan mengamalkan konsep ta’awun yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang lebih ketat seperti tahaluf dalam menangani politik semasa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep ta’awun mendekatkan Pas dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara muwajahah silmiyyah yang menjadi konsep demokrasi.

"Pas memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai) dengan menyertai amalan demokrasi pilihan raya mengikut konsep keutamaan dalam dakwah dan jihad yang bertujuan menyelamatkan manusia bersama Islam, sama ada menganut Islam atau berada di bawah pemerintahan Islam tanpa menganutnya, tetapi melihat pelaksanaan Islam yang adil terhadap semua dan membawa rahmat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Hadi berkata, sejarah membuktikan kalangan bukan Islam lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Maka penganut Islam yang berkhilaf hendaklah lebih wajib menegakkan kuasa pemerintahan Islam.

"Perjuangan kita terkini ialah menyedarkan Islam paling besar jumlahnya yang wajib memimpin kuasa politik negara dan ditambah dengan usaha mengislamkan bukan Islam tanpa paksaan atau mereka menerima pemerintahan Islam melalui pilihan raya," katanya.

Katanya, pendekatan melalui penerangan dan pengajian sahaja tidak mencukupi, justeru itu hendaklah disertai agenda menunjukkan Islam boleh diamalkan bersama pihak lain yang dinamakan ta’awun lebih luas lapangannya daripada tahaluf.

Beliau berkata ta’awun membolehkan kerja yang bersifat kebajikan diterima oleh semua pihak. Pelaksanaan  ta’awun (bertolong menolong dalam perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran).

"Pendekatan ini boleh dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada menjadi pembangkang atau tidak semestinya kalau berkuasa memerintah negeri atau negara," katanya.

PILIHANRAYA SEBELUM RAMADHAN

ADUUUHAI, RAMAI YANG MERAMAL BN AKAN TUMBANG !

-Pak Karamu-

PRU14 mungkin sebelum Ramadan



AddThis Sharing Buttons


Parlimen

(Ubah saiz teks) 
 

JIKA sehingga 24 Jun 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk membubarkan Parlimen, bermakna keesokkannya itu pentadbiran negara akan terbubar secara sendiri.

Bagaimanapun dalam sejarah demokrasi negara, belum pernah lagi seorang perdana menteri itu akan membenarkan Parlimen terbubar dengan sendiri.

Dalam tempoh berbaki kurang empat bulan ini, rata-rata parti politik telah mula melakukan gerak kerja bagi memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing.

Sekiranya tiada pertambahan kawasan Parlimen dan Dun, PRU14 bakal menyaksikan 222 kerusi Parlimen dan Dun sebanyak 587.

Persoalannya bila tarikh yang sesuai bagi bapa segala PRU akan diadakan?

Bagi penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir, beliau menjangkakan PRU akan diadakan seawal minggu terakhir April atau minggu pertama Mei.

Katanya, itulah jangkaan paling maksimum yang akan dilaksanakan PRU oleh Najib kerana umat Islam akan mula menyambut Ramadan pada 17 Mei.

”Bagi saya tarikh yang amat sesuai SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) umumkan proses buang undi adalah antara 28 April dan 5 Mei, iaitu hari Sabtu.

”Jika tarikh berkenaan dipilih SPR, bermakna tempoh pembubaran Parlimen adalah dalam masa 60 hari atau berkurang dari tarikh berkenaan,” katanya.

Dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan Malaysia, tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen adalah tempoh masa yang perlu diadakan PRU.

Berdasarkan pengamatan Jeniri, tempoh berkempen juga tidak akan panjang kerana setiap parti politik telah berkerja untuk meraih undi sejak sekian lama.

”Tempohnya mungkin dalam masa 11 ke 12 hari sahaja, tidak sampai dua minggu.

”Sekiranya terlalu panjang tempoh berkempan, setiap parti terpaksa menangkis isu yang panjang, malahan akan melibatkan kos kewangan yang besar secara keseluruhannya,” katanya.

Walaupun tempoh berkempen belum diumumkan SPR, pensyarah Fakulti Sains Sosial Unimas itu berkata, pemimpin-pemimpin parti telah mula turun kawasan.

Oleh itu, faktor kempen pendek bukanlah halangan kepada mana-mana parti politik.

Lebih jelas PRU14 ini akan diadakan sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa berdasarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita ada tiga raya...raya Cina baru lepas...sebelum raya haji, kita ada raya puasa tapi sebelum raya puasa, kita ada satu lagi ‘raya besar’,” katanya Ahad lalu.

Ini bukan kali pertama Ahmad Zahid berkata demikian. November lepas, beliau telah memberi bayangan mengenai perkara sama.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff percaya kerajaan akan membenarkan sidang pertama Parlimen bersidang sebelum membubarkannya.

Beliau berkata, ada beberapa rang undang-undang penting yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

”Paling cepat pun, Parlimen akan bersidang selama sebulan dan pertengahan April perdana menteri akan membubarkannya.

”Bagi tempoh kempen pula, ia tidak akan lebih dari dua minggu dan sudah cukup untuk setiap parti selesaikan sebarang isu,” katanya.

Menurutnya, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah banyak pencerahan dibuat kerajaan.

Oleh itu, bukan lagi isu yang mengambil masa panjang.

”Begitu juga dengan isu-isu kritikal kepada kerajaan sendiri, konflik tidak akan timbul lagi dalam tempoh itu.

”Yang penting, semua parti perlu menambah keyakinan rakyat untuk memilih parti masing-masing,” katanya.

PERANG BANGLA ACHEH ?

Rusuh: 17 pekerja Bangladesh ditahan

AddThis Sharing Buttons

Rusuh: 17 pekerja Bangladesh ditahan
Video pekerja warga asing merusuh atas bangunan dalam pembinaan di sebuah tapak projek di Bukit Jalil tular di Facebook hari ini.
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – Polis menahan 17 pekerja warga asing yang merusuh di sebuah tapak binaan di Bukit Jalil pada 10 Februari lalu yang mengakibatkan kecederan kepada empat pekerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian rusuhan itu melibatkan kumpulan pekerja warga Indonesia dan Bangladesh

Menurutnya, seramai empat mangsa  dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk mendapatkan rawatan kerana tercedera dalam pergaduhan tersebut.

“Punca pergaduhan berlaku kerana saspek seorang lelaki warganegara Indonesia terpaksa menunggu lif untuk turun ke bawah  dari Tingkat 16 dan telah berlaku perebutan semasa hendak turun menggunakan lif.  Berlaku tolak menolak serta tumbuk menumbuk.

“Mangsa yang cedera terdiri daripada tiga Bangladesh dan seorang Indonesia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Rusdi, kesemua ditahan reman sehingga hari ini.

“Pertuduhan melibatkan lima yang ditahan iaitu seorang di bawah Seksyen 160 KK kerana bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam dan seorang lagi Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan

sementara tiga lagi dibawah kesalahan Imigresen,”katanya.

Video rusuhan dan pergaduhan berlaku di atas bangunan sebuah tapak projek di Bukit Jalil berdurasi 32 saat itu menjadi tular di Facebook hari ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

HANG BERTANDING KAT MANAPUN TAK BOLEH MENANG


NI  KEPALA PAKATAN HARAPAN DR MAHADHIR MUHAMMAD, HANG PI MANAPUN BERTANDING WAJIB KALAH, PASAI HANG JAHAT
 
DOSA HANG KAT BALING BELUM SELESAI, HANG MESTI BERTANGGUNGJAWAB, PASAI MASA TU HANG PIEM.
 
TU BELUM LAGI MASUK KES SOUP TANGAN. UNDI HANG BERMAKNA UNDI DAP.
 
HANG NI JAHAT SUNGGUH !!!
 
-Pak Karamu-
 

Tun M calon Harapan di Pontian?

AddThis Sharing Buttons

Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
PONTIAN - “Tun M cakap di mana-mana sahaja dia boleh bertanding termasuk di kerusi Parlimen Pontian P164,” kata Pengerusi Bersatu Parlimen Pontian, Zulkifli Tasrep.

Beliau berkata, apa sahaja yang keluar dari mulut Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya tidak diperlekeh kerana bekas perdana menteri itu mempunyai fikiran  cukup tajam dalam dunia politik.

Justeru itu, beliau berkata, kepimpinan Harapan di peringkat Pontian amat mengalu-alukan kehadiran Tun M untuk bertanding di sini.

“Walaupun hanya andaian di media sosial, kami begitu gembira sebab Parlimen Pontian diletakkan sebagai antara kerusi parlimen yang berkemungkinan jadi pilihan Tun M.

“Kerusi Parlimen Pontian bukan calang-calang sebab diletakkan sebaris dengan kerusi parlimen diwakili perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada 20 Februari lalu, laporan sebuah portal berita menyebut kenyataan Tun M, beliau boleh bertanding di mana sekalipun yang beliau mahu dan yakin mampu menang di mana di tempat yang ditandinginya.

Justeru itu, tular di media sosial Tun M akan bertanding di Parlimen Pekan menentang Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tidak terkecuali juga beberapa parlimen lain yang diwakili nama-nama besar menteri disebut termasuk tiga kerusi parlimen di Johor iaitu Sembrong (P153), Sri Gading (P149) dan Pontian (P164).

Ditanya mengenai kelebihan Parlimen Pontian yang boleh menarik hati Tun M untuk menjadi calon, Zulkifli berkata, kelebihan tersebut disebabkan suara pengundi yang mahukan perubahan dan penerimaan baik terhadap Harapan serta Tun M itu sendiri.

“Orang Pontian semua kenal Tun M. Rakyat yang hidup zaman beliau tahu cara pentadbirannya yang disifatkan menyenangkan hati,” katanya.

Tegas Zulkifli, pihaknya amat menghargai kesudian Tun M untuk bertanding di sini, namun Bersatu tidak akan dibuai mimpi mengharapkan Tun M sahaja.

Katanya, Bersatu Parlimen Pontian turut menghantar tiga nama calon ke peringkat kepimpinan tertinggi parti untuk dipilih bagi bertanding di kerusi itu.

“Ketiga-tiga calon ini mempunyai kekuatan masing-masing dan merupakan anak kelahiran tempatan,” katanya.

Jelasnya, pembentukan jentera pilihan raya kini sedang dilaksanakan bagi P164 Pontian yang dijangkakan akan menjadi kawasan panas pada PRU14 kelak.

“Setakat ini, bilik gerakan Harapan sudah dibuka di Taman Sri Aman, Pontian.

“Harapan juga bercadang untuk membuka sebuah bilik gerakan di Benut, Pontian,” katanya.

PARTI BERSATU MENGHADAPI MASALAH BESAR ?

KEBANYAKAN BEKAS  DAN AHLI BERSATU SUDAH MULA BERTINDAK DIHADAPAN KDN.

HAMPIR 1,000 MENUNJUK PERASAAN MEMINTA ROS BERTINDAK.

PERHIMPUNAN INI MUNGKIN AKAN BERTERUSAN SELAGI ROS TIDAK BERTINDAK.

-Pak Karamu-

 

Pemimpin Bersatu amal kronisme'

AddThis Sharing Buttons

Kamarulazman Habibur Rahman
Kamarulazman Habibur Rahman
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Bersatu hari ini didakwa tersasar daripada landasannya kerana dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan kronisme.

Bekas pengasas Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, Bersatu mendakwa kerajaan hari ini mengamalkan kronisme sedangkan Bersatulah yang mempraktikkan prinsip negatif  tersebut.

“Bersatu dipimpin bekas perdana menteri yang telah memimpin selama 22 tahun, apakah dia sentiasa berada di pihak yang benar? Dia boleh lakukan apa sahaja yang dia nak?

“Hari ini, (Tun) Mahathir boleh kata (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) RoS tidak melayan kehendaknya, apa lagi layanan yang perlu diberikan kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian selepas berakhirnya perhimpunan aman yang dihadiri hampir 1,000 bekas ahli majlis pimpinan tertinggi, bekas pimpinan muda dan ahli akar umbi Bersatu.

Menurutnya, demonstrasi aman ini adalah supaya RoS mengambil tindakan sewajarnya sekiranya telah berlaku perlanggaran perlembagaan Bersatu ini.

“Kami nampak sekiranya tiada sebarang tindakan diambil RoS berhubung situasi ini, maka ia akan menjejaskan kredibiliti RoS sebagai satu badan yang menjaga kepentingan badan politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

“Jumlah yang hadir hari ini jauh lebih ramai daripada jumlah yang hadir semasa mesyuarat agung Bersatu yang diadakan sebelum ini,” katanya.


SEMENTARA ITU:
 

Laungan 'undur Mahathir' bergema di hadapan KDN


Laungan 'undur Mahathir' bergema di hadapan KDN
Bekas ahli Bersatu mendesak ROS mengambil tindakan terhadap Bersatu
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - "Undur... undur! Undur Mahathir! Mahathir diktator!," itu antara laungan gemuruh dalam demonstrasi aman di pekarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri yang berlangsung hari ini.

PANDANGAN KETUA SETIAUSHA SEKRETARIAT HARAPAN MAIN SILAP MATA , LEMAH !

APA YANG JELAS UNDI MELAYU BERPECAH.

SEBAB BERPECAH PADA DASARNYA ADALAH KERANA MAHADHIR MUHAMMAD.

MEMBUAT PENILAIAN RAKYAT MAHU MELAWAN BN ADALAH SUATU ALASAN LEMAH ATAU SEKADAR ALASAN SUPAYA JANGAN MELETAKKAN KESALAHAN KEPADA PENGURUSI PAKATAN HARAPAN.

RAKYAT MESTI MENCARI  SEBAB MENGAPA MELAYU BERPECAH BELAH ?

SEBAB YANG SAMA JUGA PERLU DICARI MENGAPA CINA ATAU PENGUNDI BUKAN ISLAM BERSATU TAPI DISEBALIK TABIR ?

 MENEPIS APA SAHAJA ALASAN MELAYU SEBENARNYA TIDAK BERPECAH ADALAH GIMIK POLITIK PUTAR BELIT DAN ALASAN MUNKAR.

TERNYATA BERPECAH BELAHNYA MELAYU ADALAH KERANA UMNO,BERSATU,PKR DAN PAN YANG DITUNGGANGI ....

SEMENTARA PAS LANGSUNG TIDAK TERLIBAT ATAS PERPECAHAN ITU KERANA PARTI ITU BERDASARKAN ISLAM BUKAN ATAS DASAR PUAK DAN KAUM.

JADI RAKYAT PERLU MENILAI !

TAKBIIIIIR !!!

-Pak Karamu-

 

Cuma rakyat melawan BN, Pas

AddThis Sharing Buttons

Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
(Ubah saiz teks) 
 
TIDAK timbul isu undi Melayu pecah tiga dalam perebutan kerusi PRU14 akan datang sebaliknya yang wujud ialah rakyat melawan BN.

Ketua Setiausaha Sekretariat Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat, tidak timbul undi Melayu pecah tiga tetapi hakikatnya hanya terbahagi kepada Harapan lawan BN dan Pas.

“Apabila undi Melayu pecah kepada tiga, tidak bermakna ia pecah tiga secara saksama, iaitu kira-kira 33 peratus bagi setiap satu parti (BN, Pas  dan Harapan).

“Menurut tinjauan Institut Darul Ehsan (IDE), dalam konteks ini, BN mendapat peratusan yang lebih tinggi, tetapi jumlah peratus yang mengundi Pas dan Harapan digabungkan adalah lebih tinggi daripada BN,” katanya.

Saifuddin yang juga pemimpin PKR menjelaskan, atas kertas, sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru yang libatkan BN, Pas dan Harapan, ia menguntungkan BN.

“Tetapi, sekiranya rakyat anggap bahawa apa pun berlaku, termasuk Pas mewujudkan pertandingan tiga penjuru, tetapi hakikat sebenarnya ialah ia tetap perlawanan satu lawan satu iaitu rakyat lawan BN, maka tak timbul undi Melayu pecah tiga, ia hanya terbahagi kepada Harapan menentang BN dan Pas.

“Dalam kes ini, saya yakin, jumlah yang bakal mengundi Harapan adalah lebih besar. Hal ini kerana ada kemungkinan besar penyokong Pas akan mengundi Harapan.

Beliau yang juga Pengarah (Strategik dan Pembangunan Masyarakat) IDE mengingatkan bahawa majoriti pengundi bukan Melayu, khasnya Cina, dijangka mengundi Harapan.

“Justeru, Harapan perlu mendapat undi Melayu yang signifikan jumlahnya. Apabila dicampur undi Melayu dan undi bukan Melayu, maka, kelihatannya Harapan mempunyai kelebihan,” jelasnya.

ORANG KAFIR AGAMA DAN POLITIK TIDAK BERCAMPUR

DALAM ISLAM AGAMA DAN POLITIK BERPISAH TIADA
FULL STOP.
 
ORANG KAFIR , AGAMA DAN POLITIK BERPISAH 
FULL STOP.
 
PENGANUT ISLAM WAJIB IKUT CARA ISLAM, JIKA TAK MAHU IKUT CARA ISLAM ADALAH LEBIH BAIK JADI KAFIR, ITU ADALAH HUKUM YANG JELAS
FULL STOP.
 
ORANG KAFIR DI INGATKAN SUPAYA JANGAN PANDU ORANG ISLAM BUAT PILIHAN, SEBAB ITU PERTANDA KAMU CUBA DORONG ORANG ISLAM YANG TAK TAHU HUKUM SUPAYA IKUT CARA KAFIR KAMU.
FULL STOP. 
 
ORANG DAP RAMAI YANG BERAGAMA KAFIR KRISTIAN, KAMU JANGAN CUBA PANDAI-PANDAI BERI PANDANGAN ATAU JOLOK-JOLOK ULAMA SUPAYA BUAT HUKUM BAGI BOLEH SOKONG KAFIR, ITU KERJA BAHAYA !
FULL STOP.
 
ORANG YANG MENGANUT ISLAM WAJIB SOKONG ISLAM DAN MEREKA HARAM SOKONG ORANG KAFIR MELAINKAN ADA SEBAB DHARURAT.
FULL STOP.
 
ORANG KAFIR JANGAN MULAKAN BOLEH CARA BAGI ORANG ISLAM SOKONG KAFIR, DAN KAMU JANGAN CUBA NAK SENTUH PERKARA HUKUM DALAM ISLAM KERJA KAMU SANGAT BAHAYA DAN MENGUNDANG PERGADUHAN.
FULL STOP.
 
-Pak Karamu-

 Tak perlu guna agama untuk raih undi

Weng San dan Hannah
Weng San dan Hannah
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Tidak perlu meletakkan hal agama dalam politik yang dikhuatiri boleh menyentuh sensitiviti dan mencetus kontroversi.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, beliau menyerahkan kepada pakar agama untuk menentukan kewajaran meletakkan hukum hakam dalam hal politik.

Namun menurutnya, secara peribadi menjatuhkan hukum haram bagi penyokong DAP sama seperti mempersendakan agama.

“Haram itu jika buat, berdosa besar dan masuk neraka, malah perkara itu dijelaskan dalam kitab....tapi nama DAP tidak ada dalam kitab mana boleh jatuh hukum itu.

“Pas suatu masa dahulu juga pernah bekerjasama dan menyokong DAP jadi mereka lebih arif. Tak perlu guna agama untuk raih undi,” katanya.

Sebaliknya beliau berkata, pengundian itu perlulah dinilai berdasarkan tujuan calon itu bertanding.

“DAP bertanding bersama Pakatan Harapan dengan tujuan menumpaskan kerajaan Umno dan BN.

“Saya minta ahli politik berhati-hati menggunakan agama dan jangan sampai langkaui batasan,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Naib Presiden Amanah, Husam Musa menyelar tindakan segelintir pihak yang menjatuhkan hukum haram bagi pengundi yang menyokong DAP.

Weng San berkata, fatwa yang ditimbulkan itu adalah mempergunakan nama Islam atas kepentingan politik dan disifatkan karut.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, hal agama sering digunakan oleh Pas dan Umno untuk menakutkan pengundi Melayu.

“Tetapi dengan adanya media alternatif dan media sosial, membuka minda rakyat untuk berfikir secara rasional serta terbuka.

“Peluang DAP memberikan khidmat di Pulau Pinang dan Selangor juga meyakinkan rakyat bahawa DAP adalah parti yang lebih baik dalam menjaga kebajikan mereka,” katanya.

Katanya, beliau berharap lebih banyak negeri akan dimenangi dan membentuk kerajaan bagi mengubah persepsi masyarakat seterusnya mengubah sistem pentadbiran persekutuan.

SETUJU BAI'AH TIDAK KAITKAN DENGAN RUMAH TANGGA

RASANYA TIDAK WAJAR DIKAITKAN DENGAN ISTERI DAN ANAK-ANAK KERANA PERANGAI LAKI KADANGKALA TIDAK DIKETAHUI OLEH ISTERI DAN ANAK-ANAK SAMA ADA MEREKA TELAH  DI UMPAN DENGAN BERBAGAI DEDAK.

WALAU APAPUN TERPULANG KEPADA KEADAAN TEMPAT, JIKA TERDAPAT ISLAM  DAN AKIDAH TERANCAM MAKA IA MUNGKIN BOLEH MENJADIKAN ISTERI DAN ANAK-ANAK TERLIBAT SAMA MENANGGUNGNYA. KERANA ISTERI DAN ANAK BIASANYA MENYOKONG BAPA.

BERBAGAI-BAGAI CARA BOLEH DILAKUKAN, KADANGKALA CALON ITU SENDIRI YANG MENGADA-NGADAKAN SYARAT KEPADA ALLAH S.W.T UNTUK PERTANDA TA'ATNYA SESEORANG CALON ITU. 

SECARA PRIBADI SAYA  SENDIRI TELAH MENJADI CALON PARLIMEN PAS DUA PENGGAL, NAMUN TIDAK PERNAH DIARAHKAN BERBAI'AH. MUNGKIN BAI'AH DIPERLUKAN JIKA PENGARUH RASUAH KAFIR TERLALU KUAT MENGANCAM SEHINGGA MEREKA LARI DARI PERJUANGAN ISLAM.

-Pak Karamu-

 

Baiah hingga cerai isteri jika tinggalkan parti tidak wajar

AddThis Sharing Buttons

Pas
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Baiah sehingga menceraikan isteri sekiranya suaminya meninggalkan partinya tidak wajar dilakukan.

Penganalisis politik, Datuk Dr Ismail Sualman berkata, tindakan meletakkan klausa tersebut di dalam sesebuah baiah dilihat bertentangan dengan Islam.

“Kita tidak mahu isteri menjadi mangsa kerana permainan politik suami. Sekiranya isteri keluar Pas, adakah suaminya perlu (melafazkan) talak.

“Jadi, kita nampak ketidakadilan apabila (baiah sebegini) hanya dikenakan kepada ahli politik lelaki Pas, dan tidak kepada ahli politik perempuannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, baiah ini dilihat merendahkan wanita, menjadikan golongan itu sebagai mangsa politik suami.

Oleh itu, beliau bersetuju dengan tindakan Pas yang mempertimbangkan untuk menggugurkan klausa tersebut daripada baiah berkenaan.

“Baiah itu perlu kerana ia mengikat kesetiaan kepimpinan parti supaya tidak menyeleweng daripada perjuangan parti setelah mendapat kepercayaan ahli parti dalam sesebuah pilihan raya umum.  

“Saya tidak setuju baiah sehingga seseorang ahli politik itu mesti menceraikan isterinya. Apa pun alasan atau keadaan, parti tidak sepatutnya meletakkan syarat sebegitu,” ujarnya.

BAI'AH DENGAN BALA YANG DITUNGU-TUNGGU

  MENUNGGU BILA  BALA HAMPIR TIBA !

 YAKIN DENGAN JANJI ALLAH TERHADAP ORANG YANG MELANGGAR BAI'AH.

ANDAINYA ORANG YANG BERJANJI HENDAK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH, KEMUDIAN MEREKA MENGKHIANATI JANJINYA, MAKA TUNGGULAH BALA DARIPADA ALLAH DIMASA YANG TERDEKAT.

ANDAINYA BALA ALLAH TIDAK TERTIMPA KEPADA MEREKA YANG MELANGGAR BAI'AH,  MAKA RAKYAT TIDAK AKAN PERCAYA TERHADAP AGAMA ALLAH DAN KUASANYA DAN ISLAM AKAN MENJADI EJEKKAN..

RAKYAT AKAN NAMPAK BAHAWA BERBAI'AH DENGAN ALLAH DALAM URUSAN AGAMA DAN ISLAM AKAN MENJADI PERMAINAN YANG MURAH DAN KEIMANAN AKAN MENJADI LUNTUR TERHADAP ALLAH.

SEMENTARA ITU:

 ‘Gerun setiap kali lafaz baiah’
‘Gerun setiap kali lafaz baiah’

IDRIS AHMAD
Sumpah baiah Pas dilihat mampu memberi keyakinan dan mengingatkan kepada calon wakil rakyat itu sendiri mengenai perjuangan sebenar Pas. 
 
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, lafaz sumpah baiah itu dilakukan dengan kerelaan calon wakil rakyat yang turut menyedari dan reda dengan balasan dilaknat, sekiranya melanggar perjanjian.

 

-Pak Karamu-

 

 Tak selamat jika langgar baiah

AddThis Sharing Buttons

 Dr Nik Muhammad Zawawi
Nik Muhammad Zawawi
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pihak yang mendakwa sumpah baiah Pas memberi kesan buruk kepada dua pihak dan satu pendekatan ekstrem perlu melihat kembali kepada sejarah Rasulullah SAW.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, baiah adalah satu perbuatan sunnah Rasulullah yang pernah diberikan oleh kaum Muslimin beberapa kali ketika Baginda masih hidup seperti Baiatul Aqabah pertama, kedua dan Baiatul Ridhwan.

“Jangan pula ada pihak yang kata baiah itu suatu yang ekstrem kerana Rasulullah juga berbaiah dalam perjuangan menegakkan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, baiah diikat supaya orang Islam ada satu sikap patuh dan taat dalam urusan memimpin manusia.

“Tak akan ada yang selamat kerana melanggar baiah. Sehari dua ini kita lihat ada individu yang dilucutkan gelaran dan pangkat mereka.

“ALLAH telah menyusun laknat kepada mereka yang langgar baiah. Bukan kita yang jatuhkan hukuman kepada mereka tetapi janji ALLAH itu pasti,” katanya.

Menurutnya, hanya mereka yang istiqamah dan bersabar dengan ujian besar sahaja akan kekal dalam perjuangan Islam.

“Orang yang tak tahan dengan ujian akan meninggalkan perjuangan. Syarat bagi kemenangan sebenar Islam itu adalah apabila orang-orang yang hatinya hitam keluar dari perjuangan.

"Insya-ALLAH Pas akan menang secara dramatik dalam PRU akan datang,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi mendakwa wakil rakyat yang melafazkan baiah Pas terutama melibatkan talak isteri, berdepan risiko kerana sumpah itu akan makan diri sendiri apabila tidak lagi bergelar pemimpin parti itu.

Mengulas perkara tersebut Nik Muhammad Zawawi berkata, tidak ada paksaan untuk berbaiah dalam Pas jika individu berkenaan tidak menjadi calon dalam pilihan raya dan tindakan meninggalkan parti tetapi tidak melepaskan jawatan juga dilihat sebagai tidak profesional.

“Dalam Pas, hasil yang diterima oleh individu bergelar wakil rakyat adalah haram apabila mereka melanggar baiah.

"Mereka perlu tahu penyokong Pas tidak akan menghalalkannya kerana sokongan dan undi yang diterima itu adalah daripada pengundi atau ahli Pas yang menyokong perjuangan Islam yang dibawa parti ini,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.