Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Menilai Hati Di Bagan Pinang

Salam,

PENDUDUK DIBAGAN PINANG NEGERI SEMBILAN PENING KEPALA DENGAN HAMBATAN JANJI PEMBANGUNAN YANG MELIMPAH RUAH OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK MENJINAKKAN HATI RAKYAT DI SANA SUPAYA MEMILIH CALON UMNO

Ramai di antara para bijak pandai menyatakan bahawa isu pembangunan sudah tidak lagi relevan untuk menjinakkan hati rakyat kerana isu tersebut menampakkan jiwa rakyat di perbodohkan dengan kebendaan oleh kerajaan Barisan Nasional, isu kebendaan hanya laris bagi rakyat yang beku berfikir secara matang dan hidup merempat, demikian jika kita nilai dalam kehidupan manusia yang sentiasa tertindas dan hidup sebagai hamba abdi kepada meterial

Allah s.w.t telah menguji manusia yang kurang bertamadun di zaman khalifah Abu Bakar As Sidiq yang mana apabila Saidina Abu Bakar meminta supaya ia di beri sokongan sebagai khalifah "Aku mohon kepada kamu semua menyokong aku untuk menjadi khalifah bagi menjalankan tugas untuk kebenaran " maka jawab orang ramai " Wahai Abu Bakar ! kami akan membantu kamu selagi engkau benar, jika kamu telah melakukan tidak benar kami akan luruskan kamu dengan pedang ini "

Demikian pandangan orang ramai kepada khalifah pertama itu, zaman yang di katakan kurang tamadun dalam kehidupan manusia di zaman itu orang ramai faham tentang apa yang mereka harapkan terhadap seorang pemimpin, mereka mengharapkan kebenaran bukan kebatilan dan mereka tidak langsung mengharapkan kebendaan dan kesenangan hidup kerana mereka tidak mahu menjadi manusia meminta-minta yang di anggap sebagai hina

Di zaman Nabi Musa Allah menguji manusia dengan memberikan Firaun dengan harta yang banyak sehingga firaun menggunakan harta benda untuk membeli dan memikat hati manusia supaya manusia mengikutinya sehinggakan Nabi Musa tidak boleh tahan dengan pengaruh harta benda lalu Musa mengadu dengan Tuhan " Wahai Tuhanku ! Mengapa Engkau berikan kepada Firaun harta benda yang banyak sehinggakan dia menyesatkan manusia dengan harta benda"

Permohonan Musa di kabulkan oleh Tuhan, lalu pengikut Firaun di hukum oleh Allah dengan menenggelamkan mereka di lautan, sebenarnya inilah suasana yang ada pada zaman ini iaitu keadaan zaman Fiaun telah berulang yang di tiru oleh manusia zaman ini, iaitu menjanjikan dan memikat hati manusia dengan kebendaan supaya orang ramai mengikuti mereka dengan menjanjikan berbagai habuan kebendaan

Persoalannya adakah manusia zaman sekarang akan mengikuti zaman Firaun yang boleh di beli dengan kebendaan ? Adakah manusia zaman sekarang dapat di perbudakkan dengan kebendaan ? Adakah manusia zaman yang di katakan sudah bertamadun ini lupa dengan peristiwa yang telah berlalu ? Adakah manusia zaman sekarang memilih antara sogokkan dan kebenaran ? Sesungguhnya hati mereka sedang di uji oleh Allah terutamanya di Bagan Pinang

Harta benda tidak di nafikan akan keperluannya dalam kehidupan manusia akan tetapi JANGAN harta benda itu di gunakan sebagai alat untuk menyesatkan manusia sehinggakan manusia sudah tidak mengenali di antara yang hak dan yang batil dan sehinggakan manusia sudah tidak faham apa yang di tuntut oleh Allah terhadap mereka, Pak Karamu fikir manusia zaman sekarang sedang di uji oleh Allah dengan niat UMNO melonggokkan janji kebendaan terutama di Bagan Pinang

Di Bagan Pinang mungkin tiada janji kebendaan jika tiada pilihanraya kecil di sana, itu paling pasti, oleh itu dapatkah penduduk di sana menilai mengapa di Bagan Pinang kerajaan Barisan Nasional menjanjikan berbagai kebendaan ? Adakah untuk merasuah mereka kerana hendakkan memenangi hati mereka supaya menyokong dan memenangkan calon mereka ? Semua ini wajib di nilai oleh orang di Bagan Pinang dan di sinilah Allah mahukan mereka berfikir dang mengenangkan muslihat Barisan Nasional kepada mereka

Yang mana satu menjadi pilihan di antara kebenaran ataupun kebatilan, jika Isa Samad berada di tempat Saidia Abu Bakar maka sudah lama Isa akan di tolak oleh Orang ramai kerana parut rasuahnya masih lagi kelihatan dengan sejelas jelasnya, yang menjadi persoalannya mengapa dia tidak di adili oleh mahkamah bagi menjalani hukuman sekiranya dia benar-benar bersih dan betul ?


Terkini Di Bagan Pinang

Salam

AL HAMDULILLAH SYUKRAN ILALLAH !

KERANA GEMPA DAN SUNAMI, KERANA TAUFAN DAN RIBUT MAKA PERUBAHAN UNDI DI BAGAN PASIR BERLAKU !

Berita dari Bagan Pinang menyatakan bahawa kejadian Gempa Bumi,Sunami,Taufan dan Ribut menginsafkan mereka supaya mencari jalan yang benar kerana takut bala akan di timpakan pula kepada mereka

Pak Karamu fikir apa yang berlaku kepada pengundi di sana tidak langsung terfikir bagi fikiran Pak Karamu bahawa mereka berfikiran demikian, saya rasa inilah pertolongan daripada Allah dalam mencari kebenaran

JELASNYA PERJUANGAN UMNO BETUL ATAU PERJUANGAN PAS KAH YANG BETUL


Apabila Allah Marah ....

Salam

Kita lupakan cerita politik dulu
Minggu lepas Pak Karamu buat posting "Allah Mengkafirkan manusia"
Hari ini pula Pak Karamu buat posting Apabila Allah Marah manusia "

Apabila manusia melupakan Allah maka Allah akan melupakan manusia dan apabila Allah melupakan manusia maka yang pasti Allah akan melupakan manusia dengan menurunkan berbagai-bagai bala bencana supaya manusia teringat yang mereka telah melakukan dosa yang perlu di sedari dan cepat memohon ampunan daripadaNya supaya bala itu terhindar dari kita

Zaman Nabi Noh a.s telah berlaku kekaraman dunia kerana manusia yang di ajak oleh Noh supaya beriman kepada Allah dan supaya menyatakan bahawa agama Allah itu benar dan bersih namun pengikut yang engkar tidak memperdulikan amaran Nabi Noh lalu Allah karamkan dunia, dalam peristiwa ini Nabi Noh berkata kepada anaknya " Wahai anakku ! naiklah bahtera ini ! Hari ini Allah marah nak ! namun seruan Nabi Noh ini tidak di hiraukan oleh anaknya lalu anaknya mati tenggelam oleh banjir yang di datangkan oleh Allah

Hari ini Allah telah memberikan berbagai-bagai bala bencana, akan tetapi manusia tidak juga mahu sedar atas perbuatan kotor mereka, atas perbuatan maksiat mereka, dan mereka terus saja melakukan perkara yang mungkar malah apabila mereka di peringatkan dengan kebenaran maka mereka tetap juga mengejek dan berdegil tidak mahu berubah kerana dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambah penyakit itu, demikian maksud firman Allah

Hari ini Allah turunkan bala gempa bumi di Pulau Samoua di lautan yang luas,yang setakat ini telah membunuh lebih seratus nyawa, di Philiphina telah di datangkan ribut taufan yang mengorbankan ratusan nyawa dan benua Asia sedang berjaga-jaga terutama Kamboja dan Jepun berjaga-jaga kerana Sunami telah dan akan melanda mereka, di Malaysia juga mungkin bala akan turun dalam bentuk yang belum kita krtahui akan tetapi ia akan tetap berlaku

Kita umat islam di negara ini supaya kembali kepada islam dan melakukan kebenaran supaya kita terhindar daripada bala Allah di sini saya anjurkan supaya umat islam menjaga akidah dan tentukan akidah masing-masing berada di landasan yang benar kerana akidahlah sebagai benteng benar atau tidaknya kita, bukan kerana amalan yang kita lakukan itu membawa kepada keselamatan, jika akidah betul maka amalanpun betul, jika amalan betul akan tetapi akidah tak betul maka semuanya menjadi rosak dan tak betul

Zulkifli Omar Calon PAS

Salam,

PAS telah mencalonkan Zulkifli Bin Omar sebagai calon bagi DUN Bagan Pinang, beliau seorang anak perjuangan yang gigih lagi istiqamah dalam perjuangan, pesuruh Jaya PAS Negeri Sembilan ini tersangat rapat dengan rakyat terutama kaum cina di tempatnya di Lenggeng

Bapa beliau ada seorang perjuangan dan bapa saudara kepada Pak Karamu dan Zulkifli ini dengan Pak Karamu pula agaknya dua pupu kot, saya kurang jelas pertalian dalam panggilan pangkat, namun yang paling jelas atok beliau yang bernama Ibrahim adalah juga orang perjuangan

Pak Karamu ucapkan tahniah dan HORAS TONDI MADINGIN SAYUR MATUA BULUNG !

Bandar Tentera Darat

Salam

Bersemperna dengan pilihanraya kecil di Bagan Pinang Port Dickson maka Port Dickson telahpun di istiharkan sebagai Bandar Tentera Darat, perubahan ini di anggap sebagai sagu hati awal kepada jasa tentera dan akan di susuli dengan berbagai kemudahan terhadap tentera termasuklah kenaikan gaji yang akan di laksanakan jika UMNO menang

Satu lagi mungkin akan muncul ialah Bandar Tentera Laut di Lumut jika di Lumut di adakan pilihanraya kecil, demikian juga akan muncul Bandar Tentera Udara yang mungkin akan di adakan di Buterwoth sekiranya di adakan pilihanraya keci di sana, namun walau apapun yang penting bagi tentera ialah kenaikan gaji yang menjamin masa depan mereka

Terkini Di Bagan Pinang

Salam

Isa Samad calon BN di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tahniah !!! Kempenlah baik-baik, keluarkanlah modal banyak sikit supaya menang, Pak Karamu tak tahu nak bayangkan bagaimana UMNO nak tangkis hujah rasuah Isa Samad dan Pak Karamu tak dapat bayangkan bagaimana pandangan UMNO dan pengundi di Bagan Pinang tentang bakal pemimpin yang mereka akan pilih itu seorang yang telah di dapati bersalah kerana melakukan rasuah

Andainya Isa Samad menang juga walaupun kemenangan yang tipis, Pak Karamu tak tahu bagaimana para pengundi nak jawab soalan daripada Allah di akhirat nanti "Mengapa kamu pilih pemimpin yang rasuah ? Mengapa kamu pilih pemimpin yang berjuang atas dasar Kebangsaan ? Bukankah Aku dan Pesuruhku melarang kamu memilih pemimpin yang berjuang atas dasar Kebangsaan ?

Agak-agak pengundi di Bagan Pinang magaimana nak jawab ?

Selamat membuat pilihan yang tepat agar kamu selamat di dunia dan juga akhirat

Dr Asri / Hassan Ali

Salam

DR ASRI ! BERILAH KOMEN SECARA TEPAT DAN JUJUR, JANGAN ANJUR HASSAN ALI SUPAYA BUAT KENYATAAN TEGAS TAPI TIADA MEMASUKKAN SIFAT BIJAKSANA DALAM MEMBUAT KENYATAAN, INI POLITIK BUKAN DA'IE

Sepintas lalu kenyataan Dr Asri mantan mufti Perlis apabila mengulas isu Hassan Ali berhubung kes kenyataannya berhubung isu SELCAT saya nampak Dr Asri seolah-olah tidak faham dengan suasana politik dan politiking di dalam negara Malaysia, Pak Karamu akui tentang HISBAH namun jika hisbah tidak di sulam dengan satu daripada sfat Rasullullah s.a.w iaitu FATHONAH maka tunggulah kehancuran di dalam PAS dan islam

Umat Islan di mana-mana juga di bumi Allah ini kebanyakannya beres dalan melaksanakan sifat nabi yang lain seperti Sidiq, Amanah dan Tabligh namun semuanya gagal dalam menghambat cita-cita mereka kerana ketiadaan FATHONAH, sebab itu Pak Karamu sarankan kepada Dr Asri supaya mengulas isu tentang Dr Hassan ini dengan sedikit berlapik

Pak Karamu lebih suka isu ini di padamkan dengan KADAR SEGERA setelah kita telah banyak mendapat ilmu dan pengalaman daripada isu SELCAT ini, jikapun Dr Asri mahukan Hassan Ali bertegas kerana kedudukannya sebagai seorang EXCO kerajaan negeri Selangor maka tegas itu perlu di sulam dengan sikap Fathonah

Bertegaslah walaupun suara dan tindakan itu sampai semua jenis makhluk faham namun jangan sampai nanti sikap tegas itu di tertawakan oleh makhluk yang lain

Ikhlas dari Pak Karamu

Isu Hassan Ali

Salam

ISU KRITIKAN TERBUKA HASSAN ALI TERHADAP SELCAT

ISU HASSAN ALI YANG GEGARKAN SELANGOR SEBENARNYA ISU BODOH DAN KETIDAK MATANGNYA DALAM BERPOLITIK, POKOK MASALAHNYA KERANA SEMUA PEHAK TIDAK IKUT SIFAT NABI IAITU BIJAKSANA

Isu yang di kaitkan dengan parti PAS ini sepatutnya tidak boleh di jadikan modal media ataupun blogger untuk mengkucarkacirkan suasana di Selangor, sikap Hassan Ali yang mengkritik secara terbuka terhadap SELCAT juga kurang tepat kerana di sana kelihatan sikapnya tidak mengambil kira KEBIJAKSANAAN dan di waktu yang sama juga Hassan Ali perlu ingat bahawa perjuangan PAS masih lagi pada peringkat dakwah jadi Hassan Ali kena berhati-hati

Tindakan jawatankuasa SELCAT melaksanakan tugasnya bagi menyiasat sesuatu isu juga perlu KEBIJAKSANAAN, jangan menyiasat orang macam budak-budak sekolah, kamu kena ingat apa saja yang kamu sangka musuh jangan kamu sangka mereka menjadi musuh selama-lamanya mungkin ia akan jadi kawan sebab itu orang yang duduk sebagai jawatankuasa SELCAT wajib faham Human managmen atau Man Managmen sebab itu jangan tambah musuh

Pak Karamu nampak isu ini bukanlah besar sangat cuma isu ini di perbesarkan oleh media massa dan Blogger yang tidak nampak untung dan ruginya isu ini di perbesarkan bagi pehak PAS dan PR dan mereka ini sebenarnya lupa kepada musuh mereka yang sebenarnya yang sentiasa mengintip kelemahan PR yang mereka akan jadikan isu dan modal politik bagi menumbangkan kerajaan PR di negeri Selangor

Ura-ura pucuk pimpinan PAS yang akan memanggil Hassan Ali untuk di kenakan tindakan tatatertib juga di lihat sebagai kurang bijak kerana jika pucuk pimpinan berbuat demikian maka rakyat akan melihat isu ini sebagai satu isu yang berat dan Pak Karamu kira perkara ini tidak akan berlaku kerana ia akan di jadikan isu oleh BN/UMNO sebagai isu yang serius pada hal isunya adalah tidak seberapa sebab itu orang politik kena ingat bahawa setiap kenyataan orang politik akan di jadikan isu politik

Apa yang paling baik ialah setiap suatu isu perlu di mesyuarahkan secara bijaksana bukan ikut perasaan masing-masing INGAT kamu adalah orang politik yang di sekeliling kamu sentiasa di penuhi dengan racun dan duri yang bila-bila masa saja akan mencederakan kamu

Dalam masalah di Selangor ini Dr HASSAN ALI tidak perlu di kecam sehebat yang ada dan dia masih relevan memimpin PAS di Selangor, dan saya berharap semua pehak di dalam PR perlu ada sikap KEBIJAKSANAAN apabila mentadbir dan mengeluarkan kenyataan terhadap umum

UMNO Pening Pilih Calon

Salam

Berita terkini dari Bagan Pinang yang hendak di rahsiakan akhirnya bocor !

Siapa yang tidak mahu Isa Samad jadi calon kerana ada cerita hitam maka jumpalah Isa Samad, lepas jumpa Isa Samad kemudian senyum dan sokong pula Isa Samad hu hu hu, tapi tak pe PAS suka sangat jika Isa Samad jadi calon

Sementara itu UMNO telah mengatur rancangan bagaimana hendak masukkan penceramah UMNO di kem tentera di sa'at akhir untuk berkempen bagi meraih undi dan di katakan ada pegawai atasan yang menjadi serba salah kerana di arahkan anggotanya memilih calon UMNO

Mereka jika tak bagi kebenaran dengan UMNO berkempen takut pula kena tukar sedangkan di antara mereka telah mmpunyai rumah kat sana jadi serba salah atau kenaikan pangkat mereka menjadi mangsa politik pula so macam mana ?

Ada Mengundi Dua Kali ?

Salam,

MAKLUMAT BOCOR LAGI !

PR kena periksa dari sekarang daftar pengundi di Bagan Pinang sama ada pengundi tentera yang berada di DUN Bagan Pinang juga pengundi di DUN-DUN kampung halaman mereka ini kerana mungkin ada pengundi yang mengundi dua kali

Terkini Dari Bagan Pinang ......

Salam

Berita Risikan Terkini Dari Pengundi Tentera

Ada berita yang telah di terima dari tentera mengatakan bahawa terdapat pegawai tentera yang telah di hubungi oleh kerajaan Barisan Nasional supaya pengundi Pos dari kalangan tentera memberika undi mereka kepada Barisan Nasional demi untuk memberikan sedikit moral kepada kerajaan BN/UMNO setelah kalah setiap pilihanraya di semenanjung

Setakat ini pegawai berkenaan belum lagi mengarahkan anggotanya memberikan sokongan kepada Barisan Nasional/UMNO dan ada juga pegawai tentera yang bertauliah bersuara tidak mahukan Isa Samad atau anaknya menjadi calon pada pilihanraya tersebut kerana telah melakukan rasuah, apa yang mereka mahukan ialah seorang calon dari kalangan wanita

Rata-rata pandangan pegawai yang tidak bertauliah pula berpandangan jika mereka yang terdiri dari OR di arahkan mengundi calon yang telah melakukan rasuah maka seolah-olah mereka menggalakan menjadi penyokong orang yang berbuat salah dan tidak guna mereka beribadat kepada Tuhan sedangkan Tuhan suruh memilih calon yang bersih dan berkelakuan baik

Ketika di tinjau sekiranya mereka di berikan sedikit ganjaran untuk memilih calon UMNO/BN mereka berkata " Ikut nasihat Kelantan beri pitih ambil,beri kain ambil, beri apapun ambil tapi undi rahsia" dan mereka rata-rata tidak takutkan di ambil tindakan sekiranya menjadi kesalan jika tidak memangkah UMNO atas arahan ketua mereka sebab tiada peruntukan kami akan di kenakan tindakan undang-undang

Ketika di minta pandangan tentang calon PAS yang juga mengharapkan undi daripada tentera mereka menyatakan perlu ada seorang calon yang mewakili perjuangan islam di kawasan Parliman ini sekurang-kurangnya kami yang beragama islam ini tidaklah tinggal dalam kejahilan sedangkan parti lain sudahpun ada mempunyai wakil termasuklah UMNO, apa salahnya jika PAS pula mewakili golongan agama barulah satu Malaysia itu hidup bermakna

Ketika di minta ramalan keputusan pilihanraya kecil itu nanti mereka menyatakan kalaupun UMNO menang maka mereka menang dengan majoriti sangat kecil dan demikian juga jika PAS menang mereka akan menang dengan majoriti kecil juga, apa bila di minta mengulas pengundi hantu mereka mengatakan mungkin adalah !



UMNO Mula kecut Di Bagan Pinang

Salam

UMNO mula kecut perut di Bagan Pinang Port Dickson gara-gara pengundi hantu yang di buraikan oleh bekas tentera, cerita sebenar pengundi hantu tersebut sebenarnya adalah mereka yang masih lagi di perintahkan menjadi hantu walaupun tempoh perkhidmatan mereka sudah habis tempoh di dalam angkatan tentera akan tetapi nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos

Buat masa ini PR sedang bertungkus lumus menyemak nama-nama pengundi pos yang di katakan masih lagi menjadi hantu atas desakan SPR dan pegawai tentera yang tertentu yang menjadikan diri mereka sebagai alat kepada kerajaan Barisan Nasional. Di Port Dickson semalam ada lagi cerita pengundi hantu yang akan di buraikan tidak berapa lama lagi dan ada kemungkinan senarai pengundi akan di teliti semula menjelang pilihanraya ini

Sementara itu ramai di kalangan tentera yang telah membuat pengakuan akan bersama dengan PR memandangkan nasib kebanyakan bekas tentera yang hidup mereka tidak terbela oleh kerajaan Barisan Nasional, rata-rata bekas tentera akan menyalahkan kerajaan yang tidak mengambil tahu tentang nasib mereka dan mereka ini tidak mahu bekas tentera mengendalikan nasib mereka kerana tidak berkesan

Ops Sikap Hari Korban

Salam

Ops Sikap adalah hari yang bahya bagi warga Malaysia krana setiap Ops Sikap di adakan maka ia akan memakan korban yang paling tinggi di negara ini dan ia mengatsi penyakit yang paling di takuti di seluruh dunia iaitu H1 N1

Ops sikap tahun ini telah memakan korban sermai 210 nyawa setakat ini, kebanyakan korban adalah penunggang motosikal dari kalangan anak-anak muda negara . Apabila kita kita sebut Ops Sikap ini bermakna Operasi sikap manusia yang bersikap gelojoh dan tidak bertimbang rasa di jalan raya yang menyebabkan nyawa menjadi mangsa

Ada beberapa sebab yang menyebabkan nyawa terkorban di jalan raya selain dari sikap manusia ialah jalan yang tidak memuaskan pengguna, memotong barisan, menggunakan jalan motosikal dan tanda jalan speed yang tidak seimbang dengan keadaan jalan , lampu isyarat yang tidak sesuai dengan masa mengikut kebanjiran pengguna dan gangguan kenderaan berat yang masih degil dengan larangan pehak berkuasa juga pengaruk drug

Apa Hal Kunjungan Merosot !

Salam

Rumah terbuka Perdana Menteri Malaysia telah di hadiri oleh satu Malaysia dengan kadar yang sangat merosot sekali di katakan tidak sampai 50 ribu kunjungan dari orang ramai, di kalangan orang UMO sendiri mengatakan populariti Najib telah merosot dengan teroknya dan ini suatu pertanda Najib tidak lama menjadi Perdana Menteri

Raja Tersilap Cakap ....

Salam,

Sultan itu Raja dan raja itu sultan, sultan+Raja maka jadilah Maharaja . Di Pahang Raja minta rakyat negeri itu teruskan memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya rakyat terus dapat berbagai rancangan

S. Boleh atau tidak Raja minta rakyat sokong kerajaan Barisan Nasional ?
J. Tidak boleh, yang boleh raja sebut perkataan kerajaan sahaja tanpa menyebut BN

S. Mengapa raja tidak boleh sebut kerajaan Barisan Nasional ?
J. Sebab Barisan Nasional itu adalah parti politik yang di anggotai oleh parti-parti campuran

S. Bukankah kerajaan Barisan Nasional itu sebuah kerajaan ?
J. Benar ! akan tetapi kedudukan sultan yang berkecuali tidak boleh sebut Barisan Nasional

S. Siapa yang boleh sebut perkataan Barisan Nasional ?
J. Selain dari sultan ataupun raja boleh sebut perkataan Barisan Nasional

S. Apa masalah timbul jika raja atau sultan sebut Barisan Nasional ?
J. Masalahnya ialah ada di kalangan rakyat baginda yang menyertai parti lain dari BN se olah-olah baginda menyokong sebelah pehak sahaja dalam masalah kepartian

S. Bolehkah parti lain terjejas dengan kenyataan raja tersebut ?
J. Ya ! parti lain nampak raja telah berkempen untuk parti Barisan Nasional dan ini bukan sekali dua yang telah di lakukan oleh raja dalam negara ini dan rakyat sedang memerhatikannya

Pandangan:

Pada pandangan Pak Karamu perkara raja yang berlaku berat sebelah terhadap sesebuah parti komponen adalah lebih baik terutama buat masa kebelakangan ini kerana akan bertambah ramailah rakyat memurkai Baginda dan bertambah bencilah rakyat terhadap Barisan Nasional dan adalah di jangkakna bahawa Barisan Nasional akan tumbang pada PRU 13 nanti jika tiada kumpulan yang lain di arahkan untuk mengambil alih kuasa negara

Perak Bubar DUN

Salam,

Apabila bekas menteri besar Perak membuat kenyataan supaya rakyat negeri Perak memberikan sokongan secara besar-besaran untuk perubahan secara mutlak kepada PR pada pilihanraya negeri Perak kelak menunjukkan tiada jalan bagi negeri Perak untuk bertarik tali siapa yang sebenarnya berkuasa maka kenyataan Nizar memberikan amaran bahawa DUN Negeri Perak akan di bubarkan tidak lama lagi

Negeri Perak yang di rampas secara tidak beradab oleh BN/UMNO telah melumpuhkan pembangunan negeri Perak atas kebodohan pehak tertentu yang menyangka mereka dapat berbuat sesuatu kemajuan terhadap rakyat, ternyata BN/UMNO gagal mengubah nasib rakyat atas rampasan tersebut ini kerana tiada mesyuarat dapat di lakukan oleh BN/UMNO untuk merangka pembangunan negeri Perak

Rakyat sudah merasa jemu dengan mainan politik kotor BN/UMNO yang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan DUN Perak perlu di bubarkan dan berikan kepada rakyat membuat keputusan sama ada mereka mahukan BN/UMNO ataupun PR, itu jalan yang paling baik, jangan dera rakyat dengan merasuah ADUN yang ternyata gagal untuk mengubah nasib rakyat, dan berdasarkan luahan hati rakyat negeri Perak maka kali ini BN/UMNO di jangka tumpas dengan teruknya, inilah janji rakyat yang kita dengar

BN/UMNO yang pandai-pandai merampas kuasa di anggap sebagai lanun yang menyusahkan rakyat, kepada mereka yang bersubahat dengan rampasan ini perlu bertaubat dan jangan lagi berperangai syaitan dan kebinatangan

Undi Pos Sebagai Tali Hayat

Salam,

Pilihanraya kecil Bagan Pinang undi Pos tetap di gunakan sebagai tali hayat UMNO, PR kena fikirkan sama ada akan bertanding di sana sebagai protes kepada SPR, tiada sebab undi Pos di laksanakan juga memandangkan pos tentera tetap di sana melainkan mereka yang menjalani operasi jauh dari kawasan

Malaysia Bukan Negara Islam

Salam,

Malaysia negara umat islam BUKAN negara islam sebagaimana yang di dakwa oleh UMNO, adalah tersangat jahil jika ada yang mengatakan bahawa Malaysia negara islam, umat islam di Malaysia terpaksa akur dengan syarat terbentuknya sesebuah negara itu sebagai negara islam dengan meletakkan undang-undang Tuhan terhadap sesebuah negara itu wajib di laksanakan, tanpa undang-undang Tuhan yang mengislamkan negara maka negara itu masih belum lagi islam

Kenyataan pemimpin UMNO yang mengatakan negara Malaysia sebagai negara islam tersangat mengecewakan hati umat islam kerana pandangan itu boleh menyesatkan akidah umat islam terutama jenerasi akan datang, negara islam tidak terbentuk atas dasar kebangsaan apatah lagi atas dasar satu Malaysia, UMNO sering mengelirukan kefahaman umat islan di negara ini hanya semata-mata kerana kepentingan politik kebangsaan merek yang sekian hari semakin terhakis

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara islam adalah di lihat sebagai hendak memperbodohkan orng melayu yang tidak faham agama akan tetapi bukan semua orang melayu yang dapat di perbodohkan oleh Perdana Menteri tersebut melainkan orang melayu UMNO sahaja kerana orang melayu UMNO memang tak faham islam yang di anjurkan Tuhan kepada mereka dan kebetulan PM sendiri tak faham islam

Kebanyakkan pemimpin UMNO apabila mereka pergi ketempat ramai orang melayu maka mereka akan berkata bahawa Malaysia adalah sebuah negara islam, apabila mereka pergi ke tempat orang bukan islam maka mereka akan berkata bahawa negara ini adalah negara Malysia untuk satu Malaysai dan semua agama adalah sama tidak ada satu agamapun yang boleh kata agama mereka yang terbaik dan pemimpin UMNO tak berani bercakap kepada umat islam tentang Malaysia sebagai negara islam kerana umat islam tak boleh di perbodohkan oleh orang bodoh

Orang UMNO di kalangan mereka ada yang faham agama akan tetapi tidak bersifat berani untuk menyatakan kebenaran terhadap pemimpin mereka kerana nanti kepentingan mereka akan di rampas kerana UMNO memang suka merampas dan sikap mereka memang begitu dan pendirian merekapun selalu berubah-ubah mengikut trend politik semasa dan islam merekapun mengikut islam semasa tapi kita tetap menyatakan kesyukuran kita kepada Allah kerana ISLAM HADHARI telah berkubur namun umat islam di ingatkan bahawa benih islam hadhari masih ramai di dalam UMNO

SELAMAT 'IEDUL FITRAH

Salam Untuk Semua

DI KESEMPATAN YANG AGUNG BAGI SAYA DI SUBUH HARI AKHIR PUASA INI PAK KARAMU DAN UMARAK DAGANG MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA 'IEDUL FITRAH KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA AM NYA DAN KHUSUS KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA KERANA TELAH AKUR DENGAN KEMULIAAN BULAN PANAS INI

Kepada orang-orang yang beriman kepada perintah Allah s.w.t mereka semua tentunya merasakan puas dengan apa yang mereka lakukan sepanjang bulan ibadah ini sekalipun mereka tidak dapat mengecap nikmat Lailatul qadar, insya Allah ! mungkin mereka yang mengharapkan detik Lailatul qdar akan mencari malam itu selepas mereka itu faham maksud nikmat Rohani

Keceluparan kekadang oleh Pak Karamu kepada semua pehak di harapkan kalian bersenang hati untuk mema'afkan keterkilanan yang lahir dari perasaan yang sebenarnya bersifat ikhlas yang kekadang juga terlalu untuk kalian fahami, saya Pak Karamu pulangkan semua perkara kepada Allah yang mengurus dan mentadbir akal Pak Karamu, La Haula Wala Quwwata Illa Billah

Allah Mengkafirkan Manusia

Salam

Pada akhir surah al Maidah ayat 44 Allah berfirman yang bermaksud:

"Barang siapa yang tidak berhukum dungan hukumanKU maka mereka adalah kafir"

Ayat Allah di atas mencemaskan kita kerana sememangnya kita tidak melaksanakan hukum Tuhan atau sememangnya kita tidak berhukum dengan hukuman yang telah di turunkan oleh Tuhan, maka kafir pulakah kita ? Apakah kita manusia ini jenis Man ?

Jika kita ambil ayat dari surah al Maidah 44 di atas sebagai dalil maka kita semua ini adalah kfir kerana ayat di atas menerangkan bahawa barang siapa (MAN) yang tidak berhukum dengan hukuman Tuhan mereka adalah kafir, ertinya Allah kafirkan kita

S. Bagaimanakah kita mahu keluar dari menjadi kafir ?
J. Jawapannya mudah, kita kena berhukum dengan hukuman Tuhan

S. Apakah maksud kita kena berhukum dengan hukuman Tuhan ?
J. Maksudnya pemerintah kita kena mengamalkan undang-undang Tuhan iaitu Al Quran sebab dalam al quran ada undang-undang Tuhan

S. Mengapa pula di kaitkan dengan pemerintah ?
J. Sebab pemerintahlah yang ada kuasa untuk melaksanakan undang-undang Tuhan

S. Daripada manakah kuasa pemerintah yang menyebabkan mereka memerintah ?
J. Lazimnya di negara seperti Malaysia rakyatlah yang menyebabkan mereka memerintah

S. Jika benar demikian maka pemerintah tidak bersalah ?
J. Benar yang memerintah dari kalangan pemerintah tidak bersalah, yang salah ialah rakyat

S. Siapakah yang bermaksud rakyat ?
J. Yang bermaksud rakyat ialah orang ramai atau bermaksud MAN di dalam Al Quran

S. Bagaimana rakyat di persalahkan ?
J. Sebab rakyat memberikan mandat kepada golongan yang memerintah melalui bai'ah

S. Apakah yang di maksudkan bai'ah ?
J. Bai'ah bermaksud sokongan atau istilah di Malaysia ialah memberikan undi kepada wakil

S. Akan tetapi di negara ini wakil yang hendak islam tidak ramai, jadi bagaimana ?
J. Yang menjadi persoalan bukan wakilah (wakil) akan tetapi penyokong atau pengundi

S. Jika demikian setiap personel tidaklah dapat di salahkan secara mutlak ?
J. Jika personel berjihad untuk melaksanakan hukum Tuhan maka ia adalah terkecuali jadi kafir

S. Kenapakah jadi demikian ? walaupun dia tidak berhukum dengan hukuman Tuhan ?
J. Benar ! kerana dia ada cita-cita mahukan hukum Tuhan di laksanakan oleh para wakilah akan tetapi jihadnya belum memihak kepadanya kerana penyokong kafir tersangat ramai kerana itu kerja dakwah perlu di perhebatkan jika tidak setiap individu yang mahukan islam turut berdosa

Kelemahan UMNO di dedah ....

Salam,

Kelemahan UMNO telah di dedahkan oleh dua orang tokoh UMNO yang di segani, mereka ialah Tun Dr Mahadhir Muhammad mantan Perdana Menteri Malaysia dan Tun Daim Zainuddin bekas Bendahari UMNO Malaysia

Kedua-dua tokoh ini telah mengeluarkan pandangannya tentang nasib UMNO di bawah pucuk pimpinan UMNO sekarang, Jika kita nilai pandangan dua tokoh ini maka harapan UMNO untuk kekal memerintah negara akan datang adalah sangat tipis

pembaca boleh membaca ulasan lain disini dan disini

Orang Melayu Di pelawa Masuk DAP

Salam

Seruan supaya orang melayu masuk DAP atau menyertai parti DAP rasanya tiada masalah apapun dan tak perlu di gembar gemburkan, ia adalah suatu perkara yang biasa sahaja samalah seperti orang melayu yang menyertai PKR yang memperjuangkan hak semua kaum atau samalah juga dengan parti yang akan di tubuhkan iaitu parti Cinta Malaysia yang di asaskan kumpulan serpihan MCA, saya berpandangan bahawa DAP,PKR CINTA MALAYSIA adalah parti One Malaysia

Parti DAP sama sekali tidak seperti UMNO yang mementingkan satu kaum saja dan dasarnya adalah berdasarkan kaum melayu di dalam parti itu sahaja, sementara PAS juga tidah berdasarkan kepada satu kaum namun dasarnya pula bukan dari berbagai kaum yang terdapat dari dalam parti itu akan tetapi dasarnya adalah daripada Tuhan semesta alam, yang mana PAS tidak mencipta dasar parti mengikut akal mereka seperti lain-lain parti

Orang melayu tidak boleh menyertai parti perkauman yang lain seperti MCA dan MIC dan orang lain pula seperti cina,hindu tak boleh masuk parti UMNO sebab parti ini masing-masing perkauman, sementara orang melayu boleh masuk parti DAP,PKR,UMNO,CINTA MALAYSIA dan yang lainnya kecuali PAS kerana PAS sesiapa yang mahu menyertainya wajib islam dan tidak kira apa bangsa sekalipun asalakan islam

Orang islam juga boleh masuk menyertai DAP akan tetapi dengan syarat DAP jangan memusuhi islam dan jangan cuba sakiti orang yang memperjuangkan islam seperti kenyataan yang telah di lakukan pucuk pimpinan DAP di masa lalu jika tidak haram orang islam menyertai DAP dan DAP perlulah berubah dari memusuhi islam atau meragui islam, jika ini berlaku maka DAP wajib di perangi habis habisan

Pada Pak Karamu sesiapa juga yang memusuhi islam dengan apa cara kaedah sekalipun maka mereka adalah kafir harbi yang wajib di perangi dan menentang mereka adalah syahid


Melayu Mainkan Islam

Salam.

Orang melayu bagaikan tikus yang bercita-cita hendak membaiki labu, mengapa orang melayu perlu di kaitkan dengan tikus ? Apakah sikap orang melayu layak hanya menjadi tikus ? Jawapannya Ya ! kebanyakan orang melayu eloklah menjadi tikus kerana orang melayu sangat suka melakukan pekerjaan yang mereka sendiri tidak tahu atau ftidak aham akan tetapi buat-buat macam faham akhirnya mereka menjadi tikus

Di negara Malaysia bangsa melayu di kenali sebagai orang islam dan orang islam di Malaysia ialah orang melayu, fahaman yang sebegini telah lama di perkenalkan oleh serumpun bangsa melayu yang bernama UMNO kepada bangsa-bangsa yang terdapat di negara ini termasuklah bangsa melayu sendiri yang akhirnya ia menjadi pegangan yang tidak dapat di ubah-ubah sekalipun fahaman ini tersangat salah dan tidak benar

Para alim ulama di Malaysia tidak berupaya membetulkan tiori orang melayu tikus ini kerana ulama di negara Malaysia hidup dan mati mereka adalah kerana terpaksa di bawah pengaruh orang melayu UMNO yang berkuasa di kalangan mereka atau orang melayu yang menjadi tikus besar yang duduk menjadi raja tikus yang sama-sama hendak memperbaiki labu akan tetapi mereka juga tidak berdaya untuk memperbaiki labu kerana mereka sendiripun adalah tikus juga

Di negara Malaysia islam di ibaratkan sebagai labu yang tidak perlu di perbaiki lagi kerana islam telah di tetapkan oleh Allah sejak dari awal tidak pernah ada kecacatan yang perlu di pinda dan di olah, asas islam ialah La illaha illallah dan Muhammadarrasullullah iaitu kalimah yang mengandungi cerita ujudnya Allah dan ujudnya manusia yang menjadi suruhan Allah yang bertaraf hamba Allah yang wajib patuh semua apa yang Allah perintahkan kepada mereka

La illaha illallah dan Muhammadarrasullullah ini jika tidak ujud maka islam juga tidak ujud, jadi Muhammadarrasullullah anak Abdullah inilah yang di perintah Allah supaya sampaikan kepada manusia bahawa islam adalah daripada Allah, dalam islam ada berbagai-bagai peraturan undang-undang yang wajib di ketahui dan di amalkan oleh semua manusia yang menjadi hamba Tuhan, tidak ada apa yang tidak di sentuh oleh Allah di dalam undang-undang islam, "ingatlah undang-undang ini Aku yang punya dan kamu sebagai hamba Aku hendaklah laksanakan dengan sempurna"

Di dalam al quran Allah mengingatkan manusia "Dan hendaklah kamu berhukum dengan hukuman yang Aku turunkan ! dan "Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukuman Tuhan maka mereka adalah kafir ! Demikian ingatan Tuhan kepada manusia, bolehlah saya katakan di sini bahawa "Demikianlah ingatan Tuhan kepada orang melayu, akurkah orang melayu dengan kehendak Tuhan ini ? Atau adakah nanti orang melayu akan bercakap "Wahai Tuhanku sesungguhnya kami ini adalah melayu dan melayu itu adalah islam wahai TuhanKU "

Orang melayu beria-ia sangat hendak menjadi hamba Tuhan di samping mahukan islam di laksanakan di dalam negara ini lalu mereka mengemaskinikan segala pentadbiran syariah dengan mengujudkan berbagai jenama agama termasuk mahkamah syariah dengan tujuan untuk patuh kepada Allah dan untuk melaksanakan suruhan Tuhan supaya laksanakanlah islam dan laksanakanlah juga undang-undang had syariah, selepas semuanya tersedia maka ternyatalah syariah islam yang hendak di laksanakan itu adalah syariah melayu bukan syariah islam

Orang melayu di negara ini begitu megah dengan syariah melayu sehinggakan apabila di sebut sahaja mahkamah syariah maka mereka tersangat menghormatinya dan sanggup mempertahankannya walau dengan apa cara sekalipun, persoalannya adakah mereka menyedarinya bahawa apa yang mereka pertahankan itu sebenarnya bukanlah syariah islam, apa yang sangat di bimbangi ialah apabila sampai di satu masa nanti orang melayu menerima syariah melayu dan menolak syariah islam yang sebenarnya

Kita di Malaysia sering terdengar apabila mahkamah syariah di perleceh oleh bangsa asing maka kebanyakan orang melayu melenting mempertahankannya walhal sebenarnya itu bukanlah syariah islam yang betul dan ia hanyalah syariah melayu, mengapakah ini semua tidak di perhatikan oleh kebanyakan para bijak pandai agama ? Mengapakah syariah islam sebenar tidak di laksanakan supaya apabila ia di cemar oleh bangsa lain maka seluruh orang islam bangun menentang si pencaci syariah agama, dimana dan siapa yang harus di persalahkan dalan hal syariah ini

Katakanlah kita orang melayu bangun mempertahankan syariah melayu, apakah mempertahankan syariah melayu itu mendapat pahala dan keredaan Allah s.w.t ? Tidakkah nanti Tuhan sama-sama memarahi kita sebagimana pencaci agama mencaci kita di sebabkan kesalahan kita sendiri yang menyesatkan hukum syariah Allah s.w.t. Apakah yang di maksudkan syariah islam yang sebenarnya, jawapannya sangat mudah yang mana syariah islam ada hududnya dan syariah islam juga tiada nilai wang yang boleh di sabitkan dengan hukumannya akan tetapi di negara kita itulah yang berlaku

Di negara kita apabila ada yang terlibat dengan hukuman syariah maka barulah orang bijak pandai agama bersuara memberikan pandangannya akan tetapi syariah tidak juga pernah berubah dan tidak pula ada susulan untuk memperbaiki syariah tersebut, tidakkah di satu waktu nanti akan ada golongan yang berpegang teguh dengan syariah melayu dan mengiktirafnya pula sebagai syariah islam yang sebenarnya sebagaimana pada hari ini akan merosakkan syariah Allah yang sebenarnya, sebab itu kita katakan bahawa orang melayu ini ibarat tikus yang cuba hendak memperbaiki labu dengan istilah melayu mainkan islam dan syariat islam

Kerana itu orang melayu, pemimpin melayu , ulama melayu yang berfahaman sekular perlu di sedarkan balik tentang tanggungjawab mereka dalam hal ehwal islam dan syariah


Membersih Akal Orang Melayu

Salam

Mengikut istilah Orang melayu mereka sudah lama merdeka ertinya penjajah sudah tidak lagi mentadbir negara ini, maka sukacita dan bermegahlah orang melayu TAPI mereka lupa bahawa sebenarnya mereka belum lagi merdeka sepenuhnya, hakikat ini mereka perlu menerima dengan berlapang dada tanpa menunjukkan sifat ego yang tinggi

Sikap orang melayu yang mudah lupa atau mereka bodoh tentangnya atau tidak menyedari langsung bahawa akal mereka sebenarnya belum lagi pencapai kemerdekaan kerana itu mereka tidak dapat hendak melaksanakan apa yang sebenarnya mereka hajati, ini bagi kumpulan yang sedar, bagi kumpulan yang tidak sedar atau akalnya terus di jajah maka mereka tetap mengatakan bahawa fahaman mereka adalah sentiasa benar

Kumpulan yang tidak sedar ini mereka masih berfahaman sekular yang mengasingkan agama dengan politik atau politik dengan islam, mereka ini tidak mahu di campurkan politik dengan islam kerana jangkaan mereka islam itu hanya untuk ibadat dan politik itu hanya untuk pentadbiran, fahaman yang salah ini seolah-olah mereka tidak bersetuju politik itu ada di dalam islam, kumpulan ini sepatutnya di islamkan balik semula

Orang melayu yang secara automatik menjadi islam tidak banyak faham tentang islam kerana mereka ini adalah baka islam yang serba tak faham tentang islam, mereka islam kerana ibu bapa mereka islam itu saja, yang menjadi masalahnya tentang kumpulan ini ialah mereka cuba nak bercakap tentang islam yang kemudiannya menjadi seba sumbang

Chandra Muzafar Yang Lemah

Salam

Chandra Muzafar bukan orang yang faham sangat tentang perkembangan politik negara, dia hanya bercakap tentang politik luar yang lemah dan tidak melihat secara hakikat rakyat di negara ini, penilaian politik Muzafar hanya dapat di pakai 20 tahun dahulu atau sebelumnya dan sekarang segala pandangan politiknya hanya berdasarkan untuk mendapatkan ihsan kerajaan Barisan Nasional saja tanpa Barisan Nsional dia akan menjadi manusia pengemis

Segala hujahnya tidak mencerminkan hakikat rakyat di negara ini dan segala hujahnya hanya bercakap atas perkara tiori sahaja tapi bukan hakiki, pandangannya buat masa kebelakangan ini jatuh jauh dari apa yang orang ramai sangkakan atau kerajaan sangkakan kerana itu pandangannya hanya boleh di jadikan gurau seloka sahaja

Melayu Haram Bersatu

Salam

MELAYU HARAM BERSATU
ISLAM WAJIB BERSATU

jIKA KITA CARI DALAM AL QURAN DAN HADIS MAKA KITA JUMPA AYAT ALLAH YANG MAHUKAN ISLAM BERSATU DAN JANGAN BERCERAI BERAI AKAN TETAPI KITA TAK JUMPA SATU AYATPUN MEMBENARKAN BANGSA DAN PUAK ITU WAJIB BERSATU

Orang UMNO jangan jadi degil sampai karat biru, bukalah minda kamu, jangan nak mengeras tak tentu pasal, jangan bodoh sombong sanpai tak boleh nak di ajar, jangan keras kepala, siang malam asyik nak ingat memerintah saja, fahamkanlah sikit quran tu jangan dok baca saja,jangan nak dok bertaranum saja, UMNO takkanlah tak boleh nak fikir langsung bagaimana nak bersatu

Di mana ruginya UMNO jika bersatu dalam ISLAM ? UMNO hendaklah hentikan istilah melayu itu islam dan islam itu melayu sebab melayu tidak ada kena mengena dengan islam dan islam itu tak ada kena mengena dengan melayu

Jika UMNO tak juga nak terima bersatu dalam islam maka jangan haraplah UMNO akan hidup lama dan sekarangpun UMNO sendiri sudah tahu bahawa UMNO sudah tinggal nyawa ikan tapi masih lagi mengaku kuat dan masih lagi cakap besar

Di sini nak bagi tahu bahawa haram hukumnya bersatu berasaskan bangsa ini kerana bercanggah dengan quran dan hadis, quran sebut kalau nak mersatu kena pegang tali Allah, hadis kata jangan perjuangkan asobiyah, dua-dua panduan orang islam ini wajib di bahaskan, bincang la dengan baik, tu la hangpa suruh jumpa bincang tak mahu, banyak alasan

Anuar Mandrem Sama UMNO

Salam

ANUAR SUDAH BUAT MANDREM SAMA UMNO ?

UMNO yang kelihatan semakin jauh di hati rkyat Malaysia menjadi suatu yang perlu di fikirkan oleh golongan bijak pandai di kalangan orang melayu, nampaknya apa yang cuba dilakukan oleh pucuk pimpinan negara di kalangan orang melayu serba tidak menjadi malah rakyat semakin meluat dan menjauhkan diri

Di kalangan teman taulan UMNO yang berada di dalam BN pula tidak berusha membantu UMNO supaya memulihkan imej UMNO di hati rakyat, mereka semuanya umpama mahu melihat sejauh mana UMNO mampu menyelesaikan masalahnya sendiri dan di waktu yang sama mereka mencari-cari parti yang mana yang dapat membantu mereka di masa yang akan datang

UMNO terkial-kial menabur berbagai-bagai umpan untuk memulih kepercayaan rakyat kepadanya namun setakat ini bukan saja tidak dapat bertahan malah rakyat bertmbah jauh daripada UMNO umpama jinak merpati, bila di tabur makanan merpati berkerumun makan bila tidak di jamu dengan makan merpati tak mau langsung dekat berkumpul, sungguh tidak mengenang budi merpati ini

Ada kalangan orang tertentu memberitahu bahawa Anuar Ibrahim telah mendremkan UMNO sehingga rakyat menjadi merpati, dan ada di kalangan rakyat pula berkata UMNO dan orang-orangnya selalu mencaci dan mengata Ulama PAS sehingga Tuhan marah dengan UMNO kerana menghina Warosatul anbia terutama Nik Aziz sebab Nik Aziz selalu mengadu kepada Tuhan bila UMNO selalu buat tak patut dengannya

Agaknya semua itu ada asasnya jadi nampaknya ada dua usha telah di lakukan oleh PR satu dengan mendrem Anuar dan satu lagi dengan do'a Tok guru

Perang Saraf UMNO .........

Salam,

Perang Saraf UMNO hanya untuk menutup kelemahan parti itu di lihat sebagai suatu usha perancangan bodoh dalam usha mereka untuk membena keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti itu yang semakin nazak dalam politik negara

Berbagai helah telah di lakukan oleh UMNO untuk meyakinkan hati rakyat terhadap parti itu termasoklah kenyataan yang dangkal dan menggelikan hati apabila membacanya, kenyataan Dato' Najib yang mendakwa negara Malaysia sebagai sebuah negara islam di lihat sebagai kenyataan mengelirukan pemikiran umat islam yang kurang faham islam

Kenyataan agen-agen UMNO yang membuat dakwaan bahawa kerajaan PR Selangor akan jatuh pada menjelang 16 September di lihat sebagai perang saraf bodoh untuk meyakini rakyat terutama kepada mereka yang tinggal di Bagan Lalalang Negeri Sembilan

UMNO dan BN yang semakin terdesak untuk menutup berita perpecahan rakan MCA mereka yang semakin parah yang menyebabkan parti cina itu berpecah dua dan menubuhkan sebuah parti berbilang kaum (Cinta Malaysia) di lihat sebagai kes yang paling memeningkan kepala UMNO sekarang ini menyebabkan Najib terpaksa camput tangan

SEKARANG TERDAPAT BLOGGER YANG DI BERI ELOWANCE KHAS UNTUK TABUR FITNAH DAN TELAH MEMULAKAN TUGAS SEBAGAI PERANG SARAF MENYAMBUNG HAYAT UMNO/BN

UMAT NABI MUHAMMAD SAW

Salam,

Di haramkan umat Nabi Muhammad saw berjuang,menyeru dan berjihad atas dasar semangat kebangsaan, sesiapa yang berbuat demikian maka gugurlah dia sebagai umat Nabi Muhammad dan sesatlah dia dengan sesat yang tersangat nyata sekalipun dia bersembahyang, berpuasa,membayar zakat,mengucap dan menunaikan fardgu haji ka Makkah

Sesungguhnya orang yang menjadi umat Muhammad itu adalah dari golongan yang menjadikan dasar perjuangan hidupnya islam yang berpandukan quran,Hadis,Ijmak Ulama dan qias selain daripada itu maka kafirlah mereka itu dengan kafir yang nyata-

Semangat Melayu Perlu Di tukar

Salam

Semangat melayu perlu di tukar kepada semangat islam kerana semangat melayu tidak dapat lagi di pertahankan kerana melayu tiada kekuatan mutlak untuk meneruskan cita-cita membela dan menguruskan bangsa melayu, melayu lemah kerana fitrah bangsa tidak di iktiraf oleh Allah s.w.t kerana ia tiada rukun untuk berbuat sesuatu pembelaan

Orang melayu yang beragama islam sepatutnya menyedari akan diri mereka bahawa mulianya melayu bukan kerana melayu akan tetapi mulianya melayu adalah kerana islam yang di datangkan Allah kepada mereka, islam telah di peruntukkan oleh Allah lengkap dengan rukunnya dan rukun itulah yang menyelamatkan bangsa melayu

Manusia melayu adalah ciptaan Tuhan, islam juga ciptaan Tuhan, bumi tempat melayu berpijakpun adalah ciptaan Tuhan sebab itu tiada sebab melayu tidak mahu mengambil islam sebagai dasarnya sedangankan melayu sendiri mengakui mereka beragama islam jadi tiada sebab mereka menolak islam sebagai dasar perjuangannya

Orang melayu kena tanya diri mereka mengapa mereka menolak islam sebagai dasar memperjuangkan bangsa melayu, Mengapa payah sangat orang melayu hendak mengambil dan menghayati dasar islam yang telah di sediakan oleh Tuhan, Adakah kamu bersifat hendak menentang dasar yang telah di sediakan oleh Tuhan yang kamu sembah sendiri

Apakah orang melayu berfikir bahawa mereka lebih pandai daripada Tuhan atau kamu sememangnya takut hilang pangkat dan kuasa di sebabkan kamu tidak tahu islam atau kamu sengaja hendak menunjukkan kamu keras kepala hendak melawan Tuhan, jika jawapannya ia maka masa bangsa melayu tersungkur hampir dekat dan bersedialah untuk menjadi bangsa yang hina di bumi Allah ini

Bangsa melayu sebenarnya bukan suatu bangsa yang boleh di harapkan memelihara bumi yang di amanahkan oleh Allah kepada mereka malah bumi seperti Singapura yang di amanahkan Tuhan kepada mereka begitu senang kamu gadaikan kepada orang yang menentang Tuhan dan islam dan tiadalah bezanya kamu dengan mereka

Di Negara kita Malaysia melayu di kepalai oleh UMNO iaitu sebuah parti yang menggadaikan pulau Singapura kepada PAP, Apakah kamu belum lagi berpuas hati ? Sekarang kamu pula melalak mahu memperjuangkan ketuanan melayu yang jelas telah melakukan penderhakaan terhadap agama,bangsa dan negara, tidakkah kamu sedar ?

Berita Tergempar di Perak

Salam,

TERKINI DARI PERAK

Mengikut artikal 72 Perlembagaan Persekutuan tiada mahkamah yang berkuasa merombak atau membincangkan mana-mana keputusan yang telah di buat oleh mana-mana keputusan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia, dengan ini pemecatan Oleh Sivakumar tehadap MB Zambry dan enam Exconya adalah sah dan berkuatkuasa sehingga tamat tempuh pecat

Oleh itu apa-apa tugas yang di jalankan oleh Zamry boleh di bawa kemuka pengadilan kerana bertugas tanpa kebenaran dan tidak sah

MALAM LAILATUL QADAR

DALAM BLOG UMARAK DAGANG ADA SENTUH KONSEP MALAM LAILATUL QADAR

Manusia Akan Di Hina Allah ........

Salam,

Saidina Umar Ibn Khatab telah menyatakan bahawa kejayaan umat islam akan menjadi kenyataan sekiranya mereka berjuang ke arah menegakkan islan jika tidak mereka akan mendapat penghinaan daripada Allah

"Nahnu qoumum a 'az zanallahhu bil Islam, Famahma nabtaghil 'izza bi ghoirima a 'az zanallah hu azza lanallahu "

Maksudnya: Sesungguhnya kita adalah umat yang di berikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam, walau bagaimanapun kita mencari kemenangan dan kemuliaan selain daripada Islam, maka kita akan menerima hukum penghinaan daripada Allah Subha na Wa Ta'ala

Ingatan dan amanah daripada Khalifatul Rasul ini sudah tentu sangat sesuai dengan suasana masyarakat islam di Malaysia supaya mereka melihat akan diri mereka terutama parti orang melayu seperti UMNO supaya balik kepada Islam dengan mengikrarkan dua kalimah syahadat

Waktu kebelakangan ini umat islam telahpun mengalami hukuman penghinaan daripada Allah melalui orang kafir atas izinNya telah menghina umat islam di sebabkan umat islam sendiri yang tidak mahu berjuang ke arah islam malah mereka turut melakukan penghinaan terhadap hukum islam dengan terangan

Di negara ini ramai di kalangan orang melayu khususnya UMNO mahu mencari kemenangan dan kemuliaan melalui semangat kebangsaan yang mereka yakini akan memperolehi kejayaan daripada Allah akan tetapi mereka mula di hinakan oleh Allah dengan kekalahan demi kekalahan sebagai muqaddimah kemusnahan kepada UMNO

Namun walau apapun kebanyakan orang UMNO sedang tertidur lena sekarang ini, yang terjaga telahpun membuat kenyataan supaya kerjasana dengan PAS perlu di lakukan segera dengan memberikan kemenangan pada PAS di pilihanraya Bagan Pinang Negeri Sembilan sebagai mukadimah cuci mulut dan cuci hati





Parti Dalam BN Bergolak

Salam

Parti-parti dalam BN akan bergolak sedikit masa lagi, mereka yang kelihatan tenang sekarang sebenarnya sedang menunggu dan lihat perkembangan politik parti-parti yang sudah mula berkira-kira hendak meninggalkan BN dan menyertai PR, masalah di dalam MCA sudah semakin tidak lagi terkawal dan segala rahsia parti tidak lagi menjadi rahsia kepada umum

Sementara itu PR di ingatkan supaya tidak mengambil rakan yang mempunyai masalah besar kerana di kuatiri ia menjadi penyakit yang mendatang di dalam parti

Petunjuk Kepada Golongan Kebangsaan 2

Salam,

Islam mengakui ujudnya bangsa dan puak yang mempunyai perasaan untuk membela nasib mereka akan tetapi perasaan itu tidak boleh di jadikan dasar dan prinsip kerana dasar dan prinsip itu adalah perkara yang telah di tetapkan oleh Allah iaitu islam, kerana itu ramai yang mengikuti Baginda Rasullullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah sakit perasaan terhadap bangsa,puak tanah air dan harta benda yang terpaksa di tinggalkan kerana islam adalah menjadi tunggak dasar hijrah tersebut

Perasaan kasih sayang kepada tanah air dan bangsa serta kaum itu jika menjadi perinsip tentulah rombongan hijrah akan berpatah balik ke bumi Makkah tetapi kerana hijrah itu adalah kerana islam maka rombongan tersebut terpaksa melihat islam sebagai suatu niat yang wajib di laksanakan dan ia adalah mengatasi segala niat maka mereka mencekalkan perasaan mereka untuk islam Allah dan Rasulnya dan mengingatkan diri mereka bahawa hijrah mereka adalah untuk akidah dan dasar islam yang di tuntut oleh Allah

Rasullulah menginagatkan mereka tentang bahaya jika bangsa, tanah air dan suku puak itu jika di jadikan dasar.semangat dan perasaan untuk membela maka ia akan menjadi satu larangan di dalam islam dan Rasul tidak mengakui mereka sebagai umatnya, ini bukanlah sebagai ugutan akan tetapi Rasullullah melihat bahawa islam adalah mengatasi segala niat, lalu Rasullullah bersabda yang mafhumnya

"Bukan dari kalangan kita orang yang menyeru ke jalan Asobiyah (Kebangsaan) Bukan dari kalangan kita orang yang berjuang kepada dasar Asobiyah (Kebangsaan) Dan bukan dari kalangan kita mereka yang mati atas dasar asobiyah (Kebangsaan) " (Muslim,Abu Daud)

Apabila Rasullullah s.a.w bersabda demikian maka para sahabat bertanyakan kepada Rasullullah "Apakah asobiyah itu Ya Rasullullah " lalu Baginda Rasullullah s.a.w menjawab "Asobiyah itu ialah kamu membela kaum mu di atas dasar kezaliman"

Oleh yang demikian untuk renungan orang yang menjadikan semangat bangsa sebagai dasar perjuang untuk membela kaumnya maka mereka telah menyelewengkan ayat al quran Al Hujurat ayat 13 dan melanggar juga pesanan Rasullullah s.a.w ertinya Allahpun mereka langgar Rasulpun mereka langgar

Petunjuk Kepada Golongan Kebangsaan

Salam

Di sebabkan fahaman Islam adalah suatu tabi'ie kepada kehidupan, maka ramai juga umat islam yang belum faham tentang maksud islam itu dengan sebenarnya, mereka ini yang terdiri dari baka islam yang buta dan di butakan pula oleh golongan penjajah yang sentiasa hendak menjajah pemikiran mereka sehingga kebanyakan umat islam berjaya di kelirukan

Musuh-musuh umat islam menyedari kebodohan umat islam tentang islam yang mereka anuti terutama golongan yang berfahaman sekular yang mengasingkan agama dan politik, golongan ini yang ramai mendapat pendidikan awal daripada barat kemudian membawa fahaman tersebut ke dalam negara sendiri dan mengembangkannya kemudian di labelkan sebagai islam

Di negara islam Albania ketika di kuasai oleh kominis mereka menyatakan bahawa kominis adalah sebahagian daripada islam, demikian juga dengan fahaman sosialisma di negara Mesir dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan yang telah berlalu di mana para ulama telah di kerah dan di paksa supaya menyatakan bahawa sosialisma adalah sebahagian daripada islam

Apabila kerajaan inggeris menakluki India di mana ulama di upah supaya menyatakan bahawa pemerintahan Inggeris adalah Wali al amri yang mesti di ta'ati oleh orang-orang islam, di Afghanistan pula apabila Russia menakluki negara tersebut maka Russia telah melantik seorang mufti dan memintanya supaya menyatakan bahawa walaupun pemerintah telah melaksanakan sistem kominis akan tetapi ia tidak bertentangan dengan islam

Di negara kita Malaysia pula fahaman Nasionalis pula telah di perkenalkan kepada umat islam dengan menggunakan orang politik bagi menyatakan bahawa Nasionalis tidak bertentangan dengan ajaran islam kerana Nasionalis dan islam itu adalah sama-sama membawa maksud kepada satu fahaman atau ideologi dan satu aqidah semata-mata iaitu fahaman kebangsaan dan fahaman islam adalah sama tiada berbeza, kerana itulah mereka menyatakan bahawa islam itu bangsa nasionalis melayu dan nasionalis melayu itu adalah islam

Di dalam al quran Allah berfirman yang mafhumnya:

" Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih ketakwaannya di antara kamu (bukan kerna bangsa) Sesungguhnya Allah Maha mendalam pengetahuannya " (Al Hujurat 13)

Ayat Allah di atas menunjukkan kepada kita bahawa bangsa dan puak-puak itu bukanlah suatu yang boleh di jadikan dasar kehidupan dan semangat perjuangan, ianya hanya semata-mata untuk berkenal-kenalan semata-mata supaya jangan ada di antara manusia yang mengatakan bahawa hanya mereka sahaja yang bergelar manusia yang ada bangsa atau berdarjat, di sinilah manusia kena sedar bahawa ayat yang di atas menafikan semangat bangsa itu tidak boleh di jadikan dasar perjuangan untuk menyelamatkan bangsa ataupun puak dan di sinilah dosanya UMNO kepada Tuhan kerana tersilap memahamkan ayat Tuhan di atas

Bersambung ....

BULAN PUASA RAMAI TAMBAH DOSA

UMNO

ALIF, MIN,NUN WAW = SARKES

TEE KIAT PANGGIL DR CHUA SOI LEK ANJING, PERAK BANGKIT PANGGIL NIK AZIZ MAHA FIRAUN DAN DIA JUGA PANGGIL UMNO CELAKA, LEPAS TU ADA YANG SEBUT BENDA YANG ADA DALAM KAIN POMPUAN YANG OMAK DIAO PUNYAO, LEPAS TU BENDA YANG ADA DALAM KAIN POMPUAN TU DEPA NAK ROGOL DIA, INI SEMUA KERJA DAN BAHASA ORANG UMNO DAN MCA BN LA KATAKAN

ITU SEBAB ADA ORANG PANGGIL BN TU BARISAN NERAKA

KALI INI MABUK PINANG ...^%*&#$*& .....PINANG !

Salam,

BERITA MASIH PANAAAAAAS !

KALI INI RAKYAT MALAYSIA MABUK PINANG, DI ANTARA RAKYAT MALAYSIA YANG PALING MERSA MABUK IALAH UMNO/BN

Buat masa ini UMNO/BN sangat mengharapkan JANGANLAH ADA PILIHANRAYA tapi Tuhan kata No ? "Pilihanraya mesti ada sebab hangpa dah banyak buat tipu, la ni Aku nak hajab hangpa" Allah hajab UMNO dengan perumpamaan dengan PINANG supaya hangpa tahu maksud mabuk

Tuhan kasi mati seorang wakil rakyat di Bagan Pinang, maka UMNO ada rasa gelisah sebab pimpinan kena pening dulu siapa nak bagi jadi calon, bila tanya orang Bagan Pinang maka jawapannya "Nanti dulu dato' sebab Dato' ................. belum balik lagi dari Tanjung Pinang ! ha apa macam terbongkar lagi PINANG !

Tub-tub ada lagi berita panas daripada PINANG iaitu dua orang wakil rakyat BN dari Balik Pulau Pulau Pinag nak letak jawatan ! sebab apa tak tahu, ada yang kata sebab FULUS WAL MAMPUS, maka pening pinanglah kepala Najib,Muhideen dan yang seangkatan dengannya

Di katakan dua ADUN itu ialah ADUN YB Yasin dan YB Hilmy Yahya, Apakah hal mereka ini ? Rasanya mereka congak-congak kalau nak tunggu jadi wakil rakyat sampai PRU 13 mungkin Malaysia akan jatuh kat tangan pembangkang, nanti UMNO/BN tak dapat apa, so lebih baik carik wang sikit dulu

Dua ADUN ini kalo dok kata nak kosongkan kerusi maka nanti pucuk pimpinan tentu tanya depa , Hangpa ni apa hal ? Nanti dua ADUN ni kata "fulus tak cukup Dato' kalau Dato' boleh bagi sorang RM juta-juta oklah ! tidak kalo kami tetap akan letak jawatan, nanti menteri akan jawab " ADUN lainpun sama juga ada masalah ! Dua ADUN akan jawab " Depa akan ikut kami dato' sebab bukan senang hidup sebagai wakil rakyat di negeri PR Dato'

Pak Karamu rasa tektik ini adalah masa untuk wakil rakyat BN nak buat duit sebelum mereka dan parti depa hilang kuasa pada hanya dalam masa dua tahun lagi, dan selepas ini nanti kita akan dengan letak jawatan dan lompat parti kerana nak cari Fulus Wal Mampus

SATU MALAYSIA KONSEF BASI

Salam,

Setelah Malaya merdeka pada tahun 57 konsef ketuanan melayu masih relevan di amalkan oleh orang melayu sekalipun di dalam negara ini terdapat berbagai kaum dan sekalipun yang menuntut kemerdekaan negara di wakili oleh berbagai kaum, maka tersenyum lebarlah mulut orang melayu dengan semangat ketuanan melayu sebagai kebangsaan

Apabila tanah melayu bertukar kepada negara Malaysia yang lebih besar maka semangat ketuanan melayu masih lagi di amalkan sekalipun ketuanan melayu itu sudah tidak sesuai lagi di sebut dan di amalkan kerana tanah melayu sudah bertukar kepada tanah Malaysia dan sepatutnya ketuan melayu bertukar menjadi ketuanan Malaysia

Setelah sekian lama (52 tahun) rakyat di dalam negara ini mencapai kemerdekaan semangat bangsa Malaysia masih lagi belum tercapai kerana rakyatnya masih lagi tebal dengan dasar bangsa yang berpuak-puak seperti kumpulan yang bersemangat kebangsaan dan dengan dasar inilah menyebabkan matlamat satu Malaysia sukar di laksanakan

Di Malaysia selagi ada parti yang mengamalkan dasar semangat kebangsaan maka selagi itulah konsef satu Malaysia sukar untuk di capai tambahan pula kumpulan yang menjadi tunggak memerintah negara masih lagi mengekalkan dasar perkaumannya melainkan kumpulan ini bersedia menukar dasarnya kepada dasar kenegaraan

Islam mengajar penganutnya supaya mengikis semangat bangsa kerana semangat bangsa itu akan menjurus kepada kezaliman kerana itu islam menganjurkan kepada semangat Deen iaitu semangat way ol life yang telah di tetapkan oleh Allah untuk semua jenis kaum dan puak manusia tanpa mengira warna kulit dan tutur bahasa manusia

Hanya baru sekaranglah parti teras kebangsaan di negara ini iaitu UMNO baru mengetengahkan dasar satu Malaysia itupun setelah parti itu telah hampir lumpuh dari sokongan rakyat di negara namun rasanya ia tetap juga akan gagal selagi UMNO tidak menukar dasarnya kepada islam yang dasarnya untuk semua

PERSOALANNYA APAKAH YANG AKAN DI KATAKAN OLEH PEJUANG BANGSA ?

SERBA DUA SERBA SESAT

Salam,

MISI MUHYIDEN YASEN KE TRENGGANU SEBENARNYA TELAH GAGAL, TAPI DIA KATA TAK GAGAL DAN TAK ADA APA-APA YANG BERGOLAK DI SANA, ALAHAI DI BULANG POSA PONG NOK BOHONG KO


RAIS ANAK YATIM KATA hu hu hu TIDAK ADA SIAPA BOLEH KATA AGAMA DIA YANG LEBIH BETUL ! ASTAGHA ..... ANAK YATIM NI DAH MURTAD KE ? dALAM QURAN KATA SELAIN DARI AGAMA ISLAM TUHAN TAKKAN TERIMA DAN DI AKHIRAT NANTI MENJADI ORANG YANG RUGI

APA NASIB ETIKA EMAS ?

Salam

NAK TAHU NASIB ETIKA EMAS ? APA ITU ETIKA EMAS ?

ETIKA Emas adalah satu-satunya syarikat orang melayu yang bergerak maju telah di BUNUH oleh Bank Negara perniagaannya, akaunnya masih di frozen, pekerjanya telah berterabur, ramai di antara pekerjanya sedang di buru oleh ALONG kerana hutang nak bagi anak bini makan

SELAMAT MENINDAS, MEMIJAK TENGKOK ORANG MELAYU MERDEKAAA !


DESAS DESUS BAGAN PINANG

Salam

GARA-GARA KERUSI BAGAN LALANG KOSOOOONG !

1. Den kalo dapek sebanyak yang den ondak tu insya Allah den akan bertanding kali ni pecayo la

2. Ekau jangan pogi ke ghumahnya lagi den bonci, ingat dio ajo yang pandai politik ko

3. Celakoo ! Apao di buek nyo berulang kat kolumpo tu, nak cucuk la tu, ingat dia jadi calon ko

4. Kobun omak tu pun kan ado hasil, pajakkan la, dapat jugo buek belanjo pilihan ghayo nanti

5. Ala buek apo sebuk nar, yang akan jadi calon tu kawan den, cumo kurang belanjo sikit

6. Haaa ! Isa Samad, den nak tengok boto tak boto dio nanti, kalo boto tau la den nak mengaja eh

Pergolakan untuk melobi jadi calon di Bagan Pinang sudah mula di bincangkan secara senyap dan terbuka di merata kedai kopi dan warung " Huh ! kalo dio tu biar den yang tontang tapi den kono cari modal sikit" Eh ! Semalam eko mencungap di kodai kopi, sekarang sihat bobonar den tengok , " Sapo mencungap ! Takkan bakal jadi calon mencungap, celako !

NEGERI AKAN JATUH KE TANGAN PR

Salam

DARI ALLAH KAMU DATANG KEPADA ALLAH KAMU DI KEMBALIKAN

NEGERI SEMBILAN AKAN JATUH KETANGAN PAKATAN PADA PRU 13

TAKZIAH ATAS KEMATIAN ADUN BAGAN PINANG AZMAN MOHD NOOR. SATU LAGI PILIHANRAYA KECI AKAN DI ADAKAN KALI INI DI NEGERI SEMBILAN PULA

KEDUDUKAN ADUN NEGERI SEMBILAN

BN 21 dan PR 16 (kedudukan selepas PRU 12)

Kematian ADUN BN Bagan Pinang Azman Mohd Noor menyebabkan satu pilihanraya kecil akan di adakan tidak berapa lama lagi, pada pilihanraya ke 12 lalu BN menang dengan majoriti 2,333 undi berbanding 4,411 undi pada pilihanraya sebelunnya

DUN Bagan Pinang yang berada di dalam kawasan Parliman Teluk Kemang adalah salah satu dari dua kerusi yang di mengangi oleh BN dari 5 kerusi kesemuanya sementara PR telah memenagi 3 kerusi DUN dan satu Parlimen, kedudukan ini adalah selepas PRU 12

DUN Bagan Pinang ada 66 % pengundi melayu, India 19.9 % dan Cina seramai 10.5 % . Pada pilihanraya PRU 12 lalu UMNO/BN mendapat 6,430 undi, PAS mendapat 4,097 undi majoriti 2,333 undi berbanding sebelumnya maka BN kehilangan sebanyak 2,078 undi dari majoriti yang di perolehi UMNO sebanyak 4.411 undi majoriti

Pak Karamu meramalkan bahawa pilihanraya kali ini mungkin akan di menangi oleh PR dengan majority kecil sahaja ini memandangkan terlalu ramai yang dapat di kurangkan dari majoriti pada PRU 12 dan sebelumnya dan berita yang kita perolehi dari negeri Sembilan mungkin ISA SAMAD akan di letakkan sebagai calon untuk mengekalkan kerusi BN di sana

PILIHANRAYA KECIL PULA KAT NOGOGHI

Salam,

PILIHNRAYA KECIL DI NOGOGHI SEMBILAN TIDAK AKAN DAPAT DI TAHAN SEBAB SUDAH DI SENARAIKAN DALAM KITAB ALLAH, DI NEGERI SEMBILAN PILIHANRAYA KECIL INI DI JANGKAKAN DI MENANGI OLEH PR

ANUAR SERTAI PAS ?

Salam,

TERKINI YANG TIDAK MUSTAHIL

Jika benar akan menjadi kenyataan apakah motifnya ? Apa pula reaksi kawan di dalam PR ? Apakah pula pandangan PKR ? Apakah tak kena dengan PKR ? Adakah ia sebagai mengukuhkan perpaduan di antara DAP dengan PAS di dalam PR ?

Bagi saya ia bukan suatu yang ganjil dan luar biasa kerana Anuar faham tentang matlamat seorang islam itu wajib berada di dalam jama'ah islam seperti PAS tambahan pula umurnya yang kian meningkat yang memerlukannya dalam jama'ah yang berlandaskan kepada islam

Islam menggariskan supaya setiap umat islam menentukan dirinya berada di dalam jama'ah islam dan berada bersama pimpinannya, jika tiada jama'ah islam maka agama menetapkan seseorang itu hendaklah mengasingkan dirinya walaupun terpaksa memakan akar-akar kayu (Mafhum hadis yang soheh)

Atau Anuar terfikir untuk menepati bacaan dari surah Al Fatihah yang menyebut Iyyaka na'abudu wa iyyaka nas ta'ien yang mana maksud Na'abudu itu bermaksud beribadat secara berjama'ah secara islam, dan setiap orang islam tidak pula boleh baca Iyyaka a'abudu semasa membca al fatihah terutama semasa bersolat, ertinya pengakuan muslim kepada Allah bahawa ia berjama'ah di hadapan Tuhannya secara tiori dan melaksanakan pula di luar solat secara praktikal, ertinya Anuar benar akan menyertai jama'ah islam PAS

Berhubung dengan tugasnya sebagai penasihat PKR itu bukanlah suatu yang bermasalah, demikian juga dengan rakan PR yang lain seperti DAP cuma penerangannya saja perlu di sampaikan denga bijak, andainya PAS yang menerangkan kepada DAP mungkin DAP ada sedikit kerumitannya kerana syak dari DAP terhadap pucuk pimpinan PAS tetap ada dan Anuar mungkin tidak di takuti oleh DAP sebab Anuar tidak pakai serban

Anuar boleh memainkan peranan yang berkesan terhadap bangsa-bangsa lain yang terdapat di dalam PR dan dia boleh menerangkan apakah islam yang sebenarnya, andaian saya ini apabila Mr Lee Kuan Yew bertanyakan kepada Nik Aziz sekiranya PAS memerintah Malaysia bagaimana dengan bangsa lain yang terdapat di Malaysia ? Ertinya di sana ada keraguan bangsa lain terhadap sistem islam

Ketakutan bangsa lain terhadap islam kadangkala bukan kerana dasar hukum islam itu tidak baik dan adil akan tetapi momokan umat yang mengakui islam itu sendiri yang memutar belitkan hukum islam itu membuatkan orang bukan islam takutkan kepada undang-undang islam, mereka ini sepatutnya di rejam terlebih dahulu ke dalam Neraka Jahanam kerana mengelirukan hukum daripada Allah

Kita ingat lagi bagaimana hukum potong tangan di jijikkan oleh UMNO dengan mengatakan "Kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan, demikian juga dengan berkhatan potong lancau, tapi akhirnya orang cina sendiri yang mengamalkan khatan tersebut tanpa di dorong oleh umat islam

PKR boleh di ambil alih oleh sesiapa orang kanan di dalam PKR yang rasanya bekas menteripun ada di sana, itu tiada masalah dan saya rasa berhijrahnya Anuar ke dalam PAS PR akan bertambah mantap dan berjalan dengan baik, dan mungkin juga bangsa lain mahukan Anuar masuk PAS supaya kerja penyelaras dapat di laksanakan dengan lancar

JUAK-JUAK UMNO BAGI UMNO ROSAK

Salam,

Juak-juak UMNO yang bagi UMNO rosak, mereka yang pernah di kenali di dalam UMNO menjadi batu api yang tidak mudah di padamkan untuk melaga-lagakan di antara mereka semata-mata mengharapkan diri mereka di hampiri oleh pucuk pimpinan di samping itu di antara pucuk pimpinan pula sering mengatur rancangan untu berkuasa

Dalam masa yang sama pucuk pimpinan pemuda telah mengatur perancangan untuk mengambil alih kuasa dari yang ada dengan mengatur perancangan yang rapi bagi meletakkan orang-orangnya di sekeliling pucuk pimpinan nombor satu dan dua se olah-olah mengepung mereka yang sedang berkuasa dengan beberapa isu yang di rancang

Mencari kelemahan moral kepada pucuk pimpinan yang ada adalah sebagai senjata ampuh bagi menghalang kemaraan pemimpin yang ada yang mereka kira sebagai menunggu untuk di dedahkan di antara mereka termasuklah kepada parti pembangkang supaya morak mereka cepat terdedah kepada umum sekalipun mereka tahu bahawa untuk membawa kes mereka ke atas agak sukar

Di katakan kebanyakan berita parti yang banyak terbocor adalah rahsia dari kalangan orang UMNO sendiri dengan tujuan jatuh menjatuhkan di antara sesama mereka dan tidak mustahil juga segala perancangan tersebut untuk menunjukkan bahawa pentadbiran yang ada sekarang adalah lemah dan tidak layak untuk memerintah negara dengan berkesan termasuklah mainan media yang pro mereka sendiri

Ada pula di kalangan UMNO yang beria-ia mengatur perancangan yang di katakan begitu rapi untuk menumbangkan kerajaan PR melalui agen-agennya namun di waktu yang sama perancangan mereka cepat di gagalkan oleh para agen-agen yang mereka lantik termasuklah ahli UMNO sendiri, nampaknya jika perancangan UMNO ini berterusan keadaannya begini maka UMNO akan terkubur lebih awal lagi

UMNO sudah begitu parah, baik pulih UMNO masih belum lagi selesai, sebab itu kita dapat lihat sekarang bahawa politik negara sudah menjadi tidak menentu, undang-undang dan perlembagaan sudah tidak lagi dapat memuaskan hati rakyat, sebab itu di kesempatan yang ada hanya sedikit ini mereka pergunakan untuk merebut kekuasaan

TERKINI DAN TERGEMPAR DI PERAK

Salam,

KITA OLANG TAU INI BN SUDAH BIKIN ZALIM SAMA KITA OLANG !

Akhirnya berita yang terdengar 2 minggu lalu dari seorang kawan yang bernama Ah Hong di Lumut tentang penghijrahan ahli UBN kepada Pakatan Rakyat menjadi kenyataan, pada mulanya di katakan hampir lapan ratus orang kemudiannya tapis-tapis tinggal 600 orang saja DAN di masa terdekat selepas 600 orang ini ada lagi beratus-ratus yang akan mengikutinya dari masa kesemasa

Pak Karamu Yakin Perak akan menjadi kekal di tangan pembangkang sampai bila-bila macam Pulau Pinang dan nasib orang melayu rasanya akan terjejas kecuali melayu PAS dan PKR, di samping itu UMNO terus memaki PAS dan PKR , OK teruskan maki lagiiii !

KHAIRY JAMALUDDIN JADI PM ?

Polis Bertindak kasar ? Liar ?

Salam,

POLIS DI RAJA MALAYSIA

Semasa menyuraikan sesuatu perhimpunan POLIS di katakan bertindak kasar, liar, ganas dan tiada peri kemanusiaan serta tiada akhlak

Polis Di Raja

Polis mendapat gelaran Di Raja sebab depa tu dah jadi kerabat Di Raja sebab itu hangpa jangan dok jelus sama polis, hangpapun boleh dapat gelaran Di Raja tapi hangpa kenalah badan sihat macam polis dan segak macam wakil rakyar tu barulah dapat gelaran wakil rakyat Di Raja, atau Tok Sidang Di Raja, Nelayan Di Raja dan sebagainya, yang ada kencing manis, darah tinggi, gaut, lemah jantung tak layak dapat gelaran Di Raja

Polis bertindak kasar ? Kalau polis tidak bertindak kasar nanti hangpa pula bertindak kasaq lagipun polis kenalah bersikap kasaq sebab depa ni memang di lengkapkan dengan peralatan yang berlambangkan kasaq, depa ada perisai, ada cotar, ada baju macam altroman, ada lori merah yang membawa meriam, ada kasut tendang orang, hangpa ada apa ? hanya bawa teloq adalah ! sikap hangpa lemah lembut macam pondan sebab tu hangpa tuduh polis kasaq sebab hangpa memang lemah

Polis bertindak liar ? Polis kenalah bertindak liar, terutama mata depa kena liar, kalo tidak bukanlah depa polis namanya, pangkat tidak naik kalau tidak bertindak liar demikian juga polis ni kena bersikap ganas, kalau dia tidak ganas maka bukanlah nama dia polis, ganas satu sifat yang menakutkan musuh dan sifat ini perlu ada pada polis

Polis tiada peri kemanusiaan dan akhlak ? Ya Benar polis tidak boleh ada peri kemanusiaan sebab kalo ada peri kemanusiaan nanti depa ni amalkan rasuah pulak, sebagai contoh " Hei Kamu mari sini ? Kamu minum arak ya, Eh ! tak la datok , " Tu dalam poket kamu tu, Ha ? Huh ? maaf la datok, ala datok ambil la 5 ni, lain kali saya tak buat ! tobat ! Hmmmm Ok 5 pun lima la

Sikap gini tak boleh jadi, yang boleh jadi polis baik ialah "he ! Mat mari sini, tangan depan, "Apasal datok, gari ? Sana balai boleh cerita, Jalaaaaan ! Lepas tu polis tidak boleh ada akhlak, kalau ada akhlak nanti orang peleceh polis, umpamanya " Yau ! Yau ! Yaw ! Pot, Pot, Eeieeeng ! bahu jalan, bahu jalan, Ok Lesen ! "apa hal datok ? "lesen ? " apa hal datok ? sana balai boleh cakap, ini surat saman boleh cerita,

Sebagai polis tak boleh la bagi salam,salam ! macam " Yau, Yaw ! Pot Pet, Einnnnnnng ! Assalamu'alaikum Wr Wb, maafkan saya inche, bolehkah sekiranya inche tunjukkan lesen memandu kereta toyota ini ? Kenapa datok ? salah apa datok ? maaflah dato saya tak perasan ! lagi pun double line ni kurang keliar ! ha ah ye ? tak pe la lain kali jangan buat yek ? tapiiiii ! " alah ambik la ni datok ! ok, ok lain kali jangan buat tau, ni line putih tak klear ni macam mana ? alah langgaq aje la hu hu hu

KERAJAAN PR SEPERTI ....

Salam

KERAJAAN PR SEPERTI KUDUNG DAPAT CINCIN
KERAJAAN BN/UMNO MACAM JERUNG LAPAR

Apabila kumpulan parti PR dapat memerintah 5 negeri maka bukan main suka mereka memerintah, mereka yakin penuh bahawa pemerintah mereka akan kekal sampai pilihanraya yang ke 13 tanpa memikirkan ada jerung,singa,harimau yang ganasmenunggu masa untuk membaham mereka

Mereka siang malam bekerja kuat kerana hendak tunjukkan kepada rakyat bahawa mereka juga buleh bekerja kepada rakyat malah lebih baik daripada UMNO/BN, di waktu yang sama UMNO/BN sedang mengikuti jejak langkah mereka takut-takut rahsia penyelewengan mereka terbongkar oleh kerajaan PR

Sementara kerajaan PR memerintah UMNO/BN mencari helah bagaimana nak bagi huruharakan kerajaan PR, lalu UMNO/BN memasang perangkap dengan mengerahkan agen-agennya supaya mengkaji kelemahan kerajaan PR dan di waktu yang sama mereka terpaksa berbuat baik demi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat

Agen-agen inilah yang selalu memuji kerajaan PR sehinggakan tegak habis bulu-bulu anggota ADUN PR tanpa mengesyaki bahawa orang yang memuji mereka itu adalah di antara orang yang menjadi agen UBN yang akan meruntuhkan kerajaan mereka dengan berbagai-bagai helah dan mereka inilah yang sentiasa memberikan maklumat kepada bapak-bapak menteri di K.Lumpur

Sementara bapak-bapak menteri dari UBN inipun bukannya pandai sangat cuma mereka ini ada sengat maka merekapun arahkan kepada berbagai pakar yang terdiri dari agen dari kementerian pertahanan,kementerian dalam negeri, kementerian pelajaran dan berbagai-bagai agen termasuk yang berstatus di raja dan maharaja bagaimana hendak melaksanakan kerja subersib untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan

Sementara kerajaan PR pula yang di ibaratkan sebagai Si Kudung yang baru dapat cincin langsung tidak menyangka perancangan UBN untuk menumbangkan kerajaan PR lalu mereka leka dan berkhayal dengan kuasa yang ada pada mereka, tiba-tiba barulah mereka sedar bahawa orang yang selalu memuji mereka, yang senyum-senyum dengan mereka itulah yang rupa-rupanya musuh mereka yang sebenar yang mereka anggap kawan setia

Alih-alih (kata oghang Perak) baru le deme sedor rupa-rupanya dari tentera ada, dari polis ada, dari kastam ada, dari setiap agensi kerajaan le katakan semuanya ada termasuk le dari istana-istana hu hu hu pun ada, la ni barulah mereka tahu yang setiap orang tidak mungkin di percayai kecuali ............... sebab itulah setiap agensi kerajaan seboleh mungkin hendaklah di bawah bidang kuasa parti politik UBN, BOLEH FAHAM KE ?

Sebab itulah ada bapak menteri dan cengkadak-cengkadak menteri selalu gertak penjawat awam dengan kata-kata "Lu mau kerja lama kalu lu kena ikut kita punya arahan tidak kalu kita tukar sama engko sana utan punya dalam, ada faham ? hu hu hu "Baik YB ! baik !

Selangor dan Trengganu akan Tumbang ?

Salam

Desas desus Selangor dan Trengganu akan tumbang akan di ketahui selepas hari raya nanti, dalam dunia yang bersifat sekarang tiada yang mustahil akan menjadi mustahil sebab manusia yang kononnya berjuang kerana berbagai kerana adalah mementingkan diri sendiri kecuali kerana Allah

Kerana Allah ialah kerana hendak menunaikan amanah Allah iaitu LA ILLAHA ILLALLAH iaitu LILLAHI TA'ALA ertinya berjuang kerana untuk mendapat keredaan Allah semata-mata kerana menyedari bahawa mereka adalah mentadbir bumi dan seluruh isinya atas kehendak Allah

Di Selangor di katakan tiga adun PAS 2 DAP dan 3 PKR kesemuanya 8 orang, jika 8 orang ini akan menjadi kenyataan maka kerajaan PR Selangor akan tumbang, rasanya jika ia benar akan menjadi kenyataan maka sia-sialah mereka menjadi manusia yang memegang amanah dan harapan rakyat

Di Trengganu pula di katakan 9 orang ADUN UMNO di katakan akan melompat ke dalam PKR dan mungkin juga ada yang lari kepada PAS, jika ini benar menjadi kenyataan maka kerajaan BN Trengganu akan tumbang, ertinya dua kerajaan akan tumbang oleh kerenah wakil rakyat bukan kerana rakyat sebagaimana mereka di menangkan oleh rakyat pada pilihanraya dulu

Di harapkan perkara ini hanyalah suatu cerita dongeng politik atau kerana mahu mengalihkan pandangan perancang politik, namun tidak mustahil ia akan berlaku pada UMNO/BN kerana mereka di jangkakan akan tumbang pada pilihanraya umum (PRU 13 nanti) demikian pandangan bijak pandai politik tanah air akan tetapi jika berlaku pada ADUN PR rasanya ia suatu yang agak pelik ataupun ada habuan besar yang bersifat sementara yang meracuni mereka

Pak Karamu tidak merasa hairan jika lompat melompat ini berlaku pada ADUN lain selain dari ADUN PAS akan tetapi merasa tersangat hairan jika berlaku pada ADUN PAS yang dasarnya menepati apa yang telah di tetapkan oleh Tuan punya dunia iaitu Allah s.w.t kerana dasarnya adalah suatu yang telah di tetapkan oleh Allah iaitu Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w dan mereka yang mungkin bakal akan melompat rasanya jika dari PAS maka mereka tidak perlu hidup lagi kerana mereka adalah sehina-hina manusia


Indonesia di gegar gempa .....

Salam,

Indonesia di gegar gempa bumi kawasan Tasik Malaya, di jawa timur bendera Malaysia di bakar, walau apapun tiada rusuhan yang melampau berlaku

SIDANG DUN PERAK DI TERUSKAN

Salam,

IKUT UNDANG-UNDANG KATA BN

IKUT UNDANG-UNDANG KATA PR

Rakyat negeri Perak kebanyakannya buta undang-undang dan perlembagaan akan terasa macamlah mereka ni buta huruf sangat, rakyat negeri Perak merasakan bahawa mereka ni macamlah bangang sangat dalam soal keadilan sebab itulah mereka kebanyakannya menyebelahi PR sebab nampak sangat kezaliman di kenakan kepada mereka

PAGI RAMADAN KECUH, TANGKAP 3 ADUN PR SATU CEDERA, SEBELAH PETANG SIDANG DUN DI TERUSKAN DI HOTEL HERITAGE IPOH SETELAH MEREKA DI HALANG MASUK KE BANGUNAN SUK

Sidang DUN Perak telah di teruskan di bangunan hotel Heritage dan berjalan dengan baik tanpa di halang oleh sesiapa, 3 Usul telah di bentangkan, antara usul tersebut ialah mengenakan 6 bulan penjara terhadap R.Genesan dan Hee Yit Fong

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di tangguhkan pada jam 2 petang sebentar tadi, sementara itu baru sebentar tadi Pak Karamu menghubungi pakar undang-undang dan Perlembagaan mengatakan bahawa sidang DUN Perak yang di adakan oleh ADUN PR adalah sah

KALAU BOLEH ADA MANUSIA YANG IKHLAS TOLONG BERI PANDANGAN TENTANG SIDANG DUN PERAK DAN BERIKAN JUGA PANDANGAN TENTANG KEGIATAN FRU YANG MENANGKAP,MENCEDRAKAN DAN MENAHAN ADUN PAKATAN RAKYAT

BOLEH ATAUPUN TIDAK KERAJAAN PR MENGADU KEPADA PEHAK HAK ASASI MANUSIA ANTARABANGSA TENTANG APA YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK


BERTEMPUR DI PAGI RAMADAN ?

Salam,

Bertempur di pagi ramadan gara-gara sidang DUN Perak, alahai tak sempat nak runding ! tetiba kedengaran dulu laungan daulat tuanku ! hidup melayu, lepas tu kedengaran laungan takbiiir ! lepas tu kedengaran ha ! jangan lari ! tangkap, tangkap, tangkap ? masul lori ! Apa ini ! diam ? sana balai cakap ?

Ramai ADUN PR kena tangkap, dan orang awampun turut di tangkap STOP, nanti kita sembang lagik

Huuuu ! ganasnya !

Dalam keadaan kelamkabut tak dapat nak pasti sesiapa yang kena tangkap, berita ini mungkin dah sampai keluar negara, M e r d e k a !

Tempur Slogan BN Vs PR


NAIK LORI ? WOI NAIK LORIK? SANA BALAI BOLEH CAKAP

Apabila FRU mula menangkap, alahai tetiba je ! kemudia kedengaran Takbir ! kemudian kedengaran hidup melayu, daulat Tuankuk ! maka bermulalah tempur tapi dapat di kawal, walau apapun orang ramai mula di buru STOP

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA, MENDEKAAAAAAAAAAAAA !!!
hu hu hu hu

ADUUUUUUYAI ! BLOG TEMAN .....

TERKINI ! ALAHAI BLOG TEMAN ! TETIBA JE !

APA KENA BLOG TEMAN NIH ! hu hu hu hantu raya dok sekat kot hu hu hu maaf ya ! nanti teman ikhtiarkan hu hu hu

Ramai adun pr di tangkap

Kasihannnn ! Cadang nak adakan sidang untuk rakyat tetiba ADUN PR di tangkap

MERDEKAAA !

TERKINI SIDANG DUN PERAK

PANAS !

Kehadiran ADUN PR nampaknya mereka sedang berkumpul di sekitaran Wisma DAP dan sekitarnya, mereka akan berjalan menuju bangunan SUK yang telah tersedia dengan benteng pagar berduri dan hulubalang gagah perkasa yang akan menghalang mereka dari memasuki bangunan SUK untuk bersidang

Andainya nanti ADUN PR tidak berjaya masuk di sana maka mereka mungkin akan berundur secara aman dan mereka akan adakan juga sidang DUN di tempat yang lain sebab sidang DUN terpaksa di adakan setelah 6 bulan tidak ada sidang di jalankan, peristiwa pagi ini akan di saksikan oleh semua negara demokrasi

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MENDEKAAAAA !

Setiap Jalan Masuk Di tutup

Setiap Jalan Masuk ke bangunan SUK Negeri Perak di Tutup kerana FRU akan adakan sidang tergempar hu hu hu

DI SEKITAR BANGUNAN SUK

TERKINI,

DI SEKITAR BANGUNAN SUK PERAK TELAH TERSEDIA FRU DENGAN KEPALA MERAH ! ALAH MACAM BIASALAH ! DEME DI KERAH KE SITU UNTUK JAGA JANGAN ADUN PAKATAN RAKYAT MASUK DAN PAKATAN RAKYAT DI JANGKA TIDAK AKAN HADIR DI TEMPAT TERSEBUT SEBAB SUK ITU BN YANG PUNYA

PERMINTAAN DARI SWEDEN ....

Salam,

Permintaan dari seorang anak murid saya tentang penglaman kominis di Malaya/Malaysia ikut pandangan saya dan pengalaman di masa dulu .... akan saya ushakan ......

SPR LEMBU UMNOK ?

Salam,

Ishhhh ! tak baik kata SPR lembu UMNOK tau ! dooooooosaaaa ! bulan posa ni tak baik kata oghang !

HARGA MINYAK NAIK ?

Salam,

Alah kalau harga minyak naik sampai RM 3.00 satu leter pun tiada hal punya, ini masalah kita nak tunjuk setia pada pemerintah hu hu hu hu huk huk

APA YOU BOLEH BUAT ?

Salam,

Apa V.Sivakumar boleh buat ?
Apa Muhammad Nizar boleh buat ?
Apa ADUN-ADUN PR boleh buat ?
Ikut undang-undang kalo ada lagi ruang untuk lawan ?

SPEAKER KEDAH JANGAN JADI BANGANG

Salam,

TIADA PILIHANRAYA KECOL KAT KEDAH

Speaker Kedah kata kerusi Kota Siputih kosong sebab ADUN nya tak datang mesyuarat 2 kali berturut turut, dengan tidak hadir 2 kali maka jika ikut perlembagaan Kedah sek 51 maka kosonglah kerusi ADUN tersebut, Sedangkan ADUN di sana kata dia tak datang sidang sebab dia ada cuti sakit dan dia hantarlah cuti sakit tu kat SPR. kemudian SPR pun bincang-bincang maka kerusi ADUN tu masih sah untuk BN

Sebenarnya speaker Kedah ni tak patut la buat naya orang, hang sama-sama dato pun nak gadoh buat apa ! kalo hang anak jantan hang lawan la balik kepintaran Dato' UMNO tu hu hu hu

KEDAH AKAN ADA PILIHANRAYA KECIL

kOTA SIPUTIH AKAN ADA PILIHANRAYA KECIL KERANA KERUSI ITU TELAH KOSONG

BESOK AKAN DI ADAKAN SIDANG DUN PERAK

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.