HUKUM HUDUD WAJIB DISEGERAKAN KHUSUS DI KELANTAN, SEBARANG PENENTANGAN
TERHADAP RUU 355 PERLU DITENTANG HABIS-HABISAN,
MUNGKIN DENGAN RANG UNDANG-UNDANG 355 BARU MAMPU MENCEGAH ATAU MENGURANGKAN JENAYAH DI KELANTAN KHUSUSNYA.
PENENTANG HUKUM INI MUNGKIN
PENGGALAK JENAYAH DI NEGARA INI.
-Pak Karamu-
Jeritan kakak selamatkan adik dari dirogol
Adila Sharinni Wahid
29 Jun 2017
KOTA BHARU – Jeritan kuat seorang kakak berjaya menyelamatkan adik
perempuannya dari menjadi mangsa rogol lelaki yang menceroboh rumah
mereka dalam kejadian di Kampung Wakaf Tanjung Hilir, Kedai Lalat,
Jumaat lalu.
Remaja berusia 18 tahun itu terlebih dahulu menjerit apabila lehernya
dicekik dengan kuat oleh penjenayah yang masuk ke rumah mereka pada jam
2.50 pagi.
Ibu mereka dikenali sebagai Azizah, 45, berkata, dia baru sahaja
terlelap di sebelah anak keduanya itu di bahagian dapur rumah dalam
keadaan televisyen yang masih terpasang.
Katanya, anaknya yang juga penuntut sebuah kolej tersebut tiba-tiba
menjerit dan sempat meronta lalu merangkul tubuh erat Azizah.
“Saya bangun dalam gelap dan berpaling ke belakang serta ternampak
samar-samar bayang seorang lelaki mengacu parang ke lehernya. Saya turut
menjerit, namun suara kami tidak terlalu kuat kerana ketakutan,”
katanya.
Dalam masa yang sama, anak sulungnya yang berusia 19 tahun sedang
berada di dalam bilik mendengar bunyi bising di dapur bertindak menjerit
sekuat-kuat hatinya.
Remaja terbabit berkata, ketika itu dia belum tidur dan berada di dalam biliknya menyedari ada seseorang menutup televisyen.
“Saya berasa pelik sebab ibu biasanya akan mematikan televisyen sekitar
jam 4 pagi selepas rancangan terawih di Mekah. Saya keluar melihat adik
dan ibu tidur yang di dapur dan masuk semula ke dalam bilik.
“Tiba-tiba keadaan jadi gelap-gelita dan semua lampu serta kipas
terpadam. Saya dengar bunyi tapak kaki dan bising suara ibu serta adik
minta tolong menyebabkan saya menjerit macam orang histeria,” katanya.
Azizah berkata, mendengar jeritan kuat anak sulungnya itu menyebabkan
lelaki terbabit melepaskan mangsa dan lari ikut pintu belakang dengan
menggunakan motosikal, namun kemudian terjatuh kerana terkejut melihat
jiran Azizah yang sedia memegang kayu.
“Kebetulan jiran saya tu baru balik ke rumah dan sedang makan sebelum
terdengar jeritan anak sulungnya itu lalu mencapai kayu di hadapan
rumah. Lelaki itu kemudian lari ke dalam semak di belakang rumah,”
katanya.
Menurutnya, kejadian itu kali ketiga berlaku ke atas mereka sekeluarga.
Sebelum ini, rumahnya pernah di pecah masuk dan dia kerugian barang kemas puluhan ribu ringgit.
“Saya tetap bersyukur anak saya selamat dan hanya mengalami luka ringan
di jari tengah, calar dahi dan belakang telinga serta lebam pada leher
kesan daripada cekik yang terlaku kuat,” katanya.
Katanya, penjenayah itu juga tidak sempat melarikan apa-apa barang
berharga miliknya dan mendakwa suspek sudah beberapa hari mengintai
mereka sebelum kejadian itu.
“Dalam dua, tiga hari ini saya dengar bunyi tapak kaki di belakang
rumah. Saya bergurau bagitahu anak, Lailatulqadar sedang keliling rumah
kita, rupa-rupanya penjenayah.
“Rumah saya terletak bersebelahan masjid dan di tepi masjid ada mesin
air. Selain banyak kecurian duit mesin air, duit tabung masjid pun
mereka curi,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanudin Hassan
mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sudah menahan
suspek pada 1 Syawal lalu kerana dipercayai terbabit dengan kejadian
berkenaan.
“Lelaki berusia 26 tahun tersebut memiliki lima rekod lampu bersabit
kesalahan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 455 Kanun Keseksaan
kerana menceroboh dan menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman
penjara sehingga 14 tahun,” katanya.