Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA - PKR menyerang balik
dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan
seorang pengurus kewangan yang baik kerana telah menyumbang kepada
hutang negara yang melonjak lima kali ganda berbanding ketika
Kementerian Kewangan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa jumlah hutang
yang digandakan Najib berjumlah RM456 bilion pada akhir tahun 2011
berbanding RM103 bilion ketika akhir 1998.
"Sepanjang tempoh Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin
berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan
sehinggalah tahun 1997.
"Pencapaian ekonomi Najib tidak pernah sekalipun dapat mengatasi
pencapaian Anwar dan tidak ada seorang menteri kewangan pun berjaya
capai lebihan belanjawan seperti masa Anwar," katanya pada sidang media
di sini, hari ini mengulas kenyataan Najib yang dibangkitkan dalam
ucapan dasarnya semalam.
Najib menjadi Menteri Kewangan pada September 2008 manakala Anwar
menjawat jawatan itu dari 1991 hingga 1998. Anwar dipecat dari jawatan
kerajaan dan parti pada 1998.
"Kegilaan berhutang dan berborosan ini berlaku tatkala Najib memaksa
Petronas menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah
Malaysia.
"Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling
banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib," dakwanya Azmin yang
juga Ahli Parlimen Gombak.
Azmin menambah, kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab serangan Najib
terhadap Anwar mengenai keupayaan negara menguruskan ekonomi negara
ketika beliau menganggotai kerajaan sehingga 1998.
"Sepanjang Anwar sebagai menteri kewangan dan berbanding bahawa rekod
trek Najib, menunjukkan bahawa Anwar mendapat keputusan yang lebih baik
untuk pertumbuhan ekonomi, mengurangkan defisit dan hutang, dan
menggunakan dana dari Petronas.
"Anwar mengurangkan hutang negara, dengan perbelanjaan berhemat yang
meningkat pendapatan atas perbelanjaan, tidak membebankan Petronas dan
ekonomi berkembang antara sembilan peratus kepada 10 peratus, sedangkan
Najib mengambil 10 kali lebih banyak wang daripada Petronas, menyebabkan
hutang negara meningkat," katanya.
Dalam pada itu, Azmin turut menuduh Najib cuba menakut-nakutkan
pengundi terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan
mengatakan negara akan muflis jika ditadbir Pakatan Rakyat (PR).
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa rakyat lebih bijak membuat pilihan seperti yang telah dilakukan pada 2008.
"Angka bercakap untuk dirinya sendiri," katanya.
Semalam, dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno, Najib yang juga
Menteri Kewangan berkata, Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PR
bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis
kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.
"...terbukti, menteri kewangan ketika itulah orangnya, yang kini,
menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata
Najib.
Katanya, tindakan Anwar ketika itu, memotong perbelanjaan pembangunan
dan menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun kerana
mengguna pakai dasar maya Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang
diketuai sahabat karibnya, mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat,
khususnya masyarakat perniagaan.
"Orang ini memang selayaknya digelar sesumpah politik. Bila bercakap di
Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, beza nadanya, bila bersyarah
kepada orang Melayu dan orang Islam lain pula ceritanya. Semasa bersama
kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Pembangkang, segala
pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.
BERIKUT KENYATAAN PENUH AZMIN ALI
PERBANDINGAN PENCAPAIAN PENTADBIRAN EKONOMI DATUK SERI ANWAR IBRAHIM: RAKYAT ARIF MEMBEZAKAN ANGKA EKONOMI
Serangan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlah
perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya
Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan
rakyat; kononnya negara akan muflis jika Umno tidak diberikan kuasa
untuk memerintah.
Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih PKR dan dan rakan-rakan
Pas dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti
Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya,
rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik
Umno-BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian
ekonomi negara di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
Menteri Kewangan. Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak politics of fear yang dibawa oleh Presiden Umno.
Cara terbaik menilai keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir
ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan[1]
Tahun
|
1992
|
1993
|
1994
|
1995
|
1996
|
1997
|
% pertumbuhan[2]
|
8.8
|
9.9
|
9.2
|
9.8
|
10.0
|
7.3
|
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan[3]
Tahun
|
2009
|
2010
|
2011
|
% pertumbuhan[4]
|
(1.5)
|
7.2
|
5.1
|
Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Datuk Seri Najib Tun
Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Tatkala Datuk Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi
negara sehingga mencecah 9 hingga 10 peratus dalam tempoh beliau menjadi
Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib (2009) telah membawa ekonomi negara
dari tahun pertama pentadbirannya ke arah sebaliknya dan menjurus ke
arah ekonomi yang semakin gawat, sedangkan negara jiran seperti
Indonesia kekal berkembang pesat.
Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan
pertumbuhan ekonomi sekitar 9 hingga 10 peratus semasa Datuk Seri Anwar
Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan yang lembap
sekitar 4 hingga 5 peratus sekarang, disamping pentadbiran Najib
berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti kos sara hidup
yang semakin tinggi.
Rekod ekonomi Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah
Menteri Kewangan yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas
beliau, menteri-menteri kewangan Umno mengambil pendekatan berhutang
untuk menampung perbelanjaan negara yang boros dan tidak berhemah
sedangkan hasil tidak bertambah.
Justeru itu, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.
Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Datuk Seri Najib Tun
Razak sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah hutang/defisit,
walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim:
Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara[5]
Tahun
|
1992
|
1993
|
1994
|
1995
|
1996
|
1997
|
Lebihan/Defisit (%)
|
(0.8)
|
0.2
|
2.3
|
0.8
|
0.7
|
2.4
|
Jumlah hutang negara (RM b)
|
97
|
96
|
93
|
91
|
90
|
89
|
Tahun
|
1998
|
1999
|
2000
|
2001
|
2002
|
2003
|
Lebihan/Defisit (%)
|
(1.8)
|
(3.2)
|
(5.5)
|
(5.2)
|
(5.3)
|
(5.0)
|
Jumlah hutang negara (RM b)
|
103
|
112
|
126
|
146
|
165
|
189
|
Tahun
|
2004
|
2005
|
2006
|
2007
|
2008
|
2009
|
Lebihan/Defisit (%)
|
(4.1)
|
(3.4)
|
(3.2)
|
(3.1)
|
(4.6)
|
(6.7)
|
Jumlah hutang negara (RM b)
|
217
|
229
|
242
|
267
|
306
|
362
|
Tahun
|
2010
|
2011
|
Lebihan/Defisit (%)
|
(5.4)
|
(4.8)
|
Jumlah hutang negara (RM b)
|
407
|
456
|
Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan,
hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan
belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang
negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang
ditinggalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hutang negara yang diterajui
oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kini mencecah RM456 bilion pada akhir
tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK.
Kegilaan berhutang dan belanja secara boros ini berlaku tatkala Datuk
Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang
paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan
atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS,
kecuali Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka
berikut:
Tahun
|
1992
|
1993
|
1994
|
1995
|
1996
|
1997
|
Dividen PETRONAS (RM b)
|
3.1
|
3.1
|
3.1
|
3.1
|
3.1
|
3.1
|
Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan[6]
Tahun
|
2004
|
2005
|
2006
|
2007
|
Dividen PETRONAS (RM b)
|
9.1
|
11.0
|
18.0
|
24.0
|
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan
Tahun
|
2009
|
2010
|
2011
|
Dividen PETRONAS (RM b)
|
30.0
|
30.0
|
30.0
|
Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Datuk Seri Najib menjadi Menteri Kewangan
Tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha mengurangkan hutang negara,
berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan,
tidak membebankan Petronas dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10
peratus, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak
wang Petronas, hutang negara meningkat 5 kali ganda, bajet defisit
berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada
kadar sekitar 4 hingga 5 peratus sahaja.
Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini.
Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara
dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba
memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang teruji dan berupaya
memacu pertumbuhan yang tinggi dan menjamin prinsip distributive justice untuk semua rakyat.