Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN ?

Isu hartanah: Exco Johor mohon cuti
Johor
- Foto Internet

ISKANDAR PUTERI - Seorang anggota exco Johor memohon cuti hari ini berikutan penahanan anaknya bersama dua pegawai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan kes rasuah dan penyelewengan hartanah.

Datuk Md Jais Sarday, Exco Pendidikan Penerangan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata, exco tersebut telah bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jam 9.30 pagi.

Katanya, Mohamed Khaled memaklumkan mesyuarat exco permohonan cuti itu diluluskan.
Urusan berkaitan dengan portfolio yang dipegang anggota exco berkenaan ditangguhkan.

"Jika ada urusan berkaitan dengan pentadbiran, ia dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Kalau memerlukan keputusan segera berkaitan dengan dasar, itu boleh dirujuk kepada menteri besar sendiri," kata Md Jais kepada pemberita.

Katanya, cuti itu untuk memberi ruang kepada anggota exco berkenaan menyelesaikan perkara melibatkan pegawai dan keluarganya.

"Beliau tidak disabitkan (terhadap kes) sama ada dengan siasatan atau dakwaan. Itu kena jelas.

Terdahulu, media melaporkan penahanan enam individu Sabtu lalu oleh SPRM kerana dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.

Semua suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam  operasi serentak kira-kira jam 8.30 pagi.

Mereka yang ditangkap merupakan anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai Kerajaan Johor, dua pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam.

PASAL TAK PERDULI AGAMA LA PECAH AMANAH

Pecah Amanah: Bekas orang kanan Felda didakwa
Mahkamah
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad dan bekas timbalannya, Muhammad Sufi Mahbub didakwa pecah amanah dan bersubahat di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini melibatkan wang berjumlah kira-kira RM47.6  juta tiga tahun lalu.

Faizoull didakwa atas dua pertuduhan bersubahat manakala Muhammad Sufi pula menghadapi dua pertuduhan pecah amanah.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.

Terdahulu, kedua-dua mereka telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 24 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan pertama terhadap Muhammad Sufi, tertuduh sebagai Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap dana Felda dan meluluskan pembayaran berjumlah RM25,999,000 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender Felda.

Kesalahan tersebut dilakukan antara 13 Januari hingga 23 Januari 2014 di Bangunan Wisma Lembaga Tanah Persekutuan, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh sebagai Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap dana Felda dan meluluskan pembayaran berjumlah RM21,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender Felda.

Kesalahan tersebut dilakukan antara 31 Mac hingga 23 Julai 2014 di Bangunan Wisma Lembaga Tanah Persekutuan, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Faizoull pula dituduh bersubahat dengan Muhammad Sufi atas kedua-dua pertuduhan sama.

Dakwaan ke atas Faizoull dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenar Faizoull dan Muhammad Sufi diikat jamin sebanyak RM 1 juta dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kedua-dua tertuduh juga dibenarkan membayar wang jaminan sebanyak RM500,000 pada hari ini dan selebihnya sebelum 22 Mac 2017.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Ahmad Akram Gharib.

DIKAWAL KETAT ?

2 suspek tiba di mahkamah dalam kawalan ketat
Dua wanita didakwa bunuh Jong Nam
Warga Vietnam Doan Thi Huong, 29, dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sepang hari ini berhubung pendakwaan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. - Foto Bernama

SEPANG - Dua suspek wanita asing yang menghadapi pendakwaan hari ini berhubung kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini dalam keadaan dikawal ketat.

Dua suspek berkenaan tiba dalam konvoi pacuan empat roda berasingan oleh pasukan polis yang menggunakan penutup muka serta diiringi polis trafik dan kereta peronda polis.

Konvoi pertama lapan pacuan empat roda yang membawa suspek pertama tiba di kompleks mahkamah kira kira 9.34 pagi manakala konvoi enam pacuan empat roda membawa suspek kedua tiba enam minit kemudian.

Kebanyakan media tidak dapat melihat dua suspek berkenaan kerana mereka dibawa ke bahagian belakang mahkamah yang tidak dapat diakses semua media. Kawalan di sekitar kompleks mahkamah juga diperketatkan dengan kehadiran anggota polis yang agak ketara ramai.

Polis trafik juga mengawal lalu lintas di laluan di hadapan kompleks mahkamah.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam berkata dua wanita asing akan dihadapkan di mahkamah hari ini bagi menghadapi tuduhan.

Warga Vietnam dan Indonesia itu ditahan reman selama 14 hari mulai 16 Februari lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas.

 Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berada di KLIA2 untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Media yang dibenarkan mengikuti prosiding pendakwaan dalam mahkamah adalah terhad manakala beratus lagi pengamal media berkumpul di luar.

Apabila kelibat seorang peguam tiba di kompleks mahkamah, beliau dikerumuni para wartawan tempatan dan antarabangsa yang sedia menunggu di luar dan mahu mengetahui suspek mana yang beliau wakili.

Gooi Soon Seng dari Tetuan Gooi & Azura berkata beliau mengetuai barisan peguam bagi Siti Aisyah dan dilantik oleh pihak kedutaan Indonesia.

Pasukan beliau akan terdiri daripada lima hingga enam orang peguam. - Bernama

ADA LAGI ADUN DAP AKAN KELUAR PARTI

DAP makin bankrap idea
Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KOTA BHARU - DAP dilihat semakin bankrap idea apabila menghujahkan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal melibatkan perjuangan Pas, sejak kebelakangan ini.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, mungkin DAP lupa, segala tuduhan dan pandangan yang tidak benar berkenaan Pas itu adalah mencerminkan parti mereka sendiri.

“Mereka lupa bahawa dalam keadaan mereka menuduh pas dengan pelbagai tuduhan, tiba-tiba pemimpin mereka sendiri yang melompat keluar daripada parti dan sebagainya.

“Sebagai pemimpin ‘lama’, saya nasihatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang fikir tentang masa depan parti sendiri, tidak perlu menabur pelbagai dakwaan yang akhirnya merugikan semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan Lim Kit Siang yang didakwa cuba membezakan Pas zaman keberadaan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan zaman Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahmad Fadhli berkata, DAP seharusnya menghentikan tindakan ‘pusing cerita’ dan tumpukan perhatian kepada usaha untuk perkasakan parti sendiri, bukannya dengan menabur tuduhan yang tidak masuk akal kepada parti-parti yang lain.

Malah Ketua Pemuda Pas negeri itu juga memberitahu, tindakan itu tidak ubah seperti memperlihatkan DAP kini berada dalam situasi yang tidak tenang dan gelabah dengan keadaan politik semasa.

“Lim Kit Siang berkata, Pas pada zaman Tuan Guru Haji Hadi sudah berbeza dengan Pas di zaman Tuan Guru Nik Aziz, dalilnya apabila ada ‘akar umbi’ Pas yang mengadakan demonstrasi mengangkat sepanduk mengecam pimpinan DAP dan beberapa pimpinan parti yang lain.

“Siapa ‘akar umbi’ Pas itu? Jika Pas ingin mengerahkan penyokongnya, lihat sahajalah Himpunan RUU 355. Melabel demonstrasi sekecil itu yang entah dari mana datangnya sebagai mewakili Pas, adalah satu kenyataan bankrap idea,” katanya.

SEBUTAN KES BUNUH HARI INI

Dua wanita didakwa bunuh Jong Nam
Dua wanita didakwa bunuh Jong Nam
 
Dua wanita yang didakwa bunuh Jong Nam dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Sepang hari ini berhubung pendakwaan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
SEPANG - Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang warga Korea Utara, Kim Chol, dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Warga Indonesia, Siti Aisyah; dan warga Vietnam Doan Thi Huong selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan oleh jurubahasa Indonesia dan Vietnam.

Prosiding berjalan dihadapan Hakim yang bertindak sebagai majistret, Harith Sham Mohamad Yasin.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, untuk meneruskan niat bersama telah membunuh pemegang pasport Korea Utara, Kim Chol atau nama sebenarnya Kim Jong-nam di Balai Berlepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) jam 9 pagi 13 Februari 2017.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang di baca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang membawa hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 13 April depan untuk sebutan semula kes itu.

AMANAH BUAT GEMPAQ BODOH/TENGIN, PARTI BUSUK

Tawan Kelantan hanya angan-angan Amanah
Nasrudin Hassan.
Nasrudin Hassan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
SHAH ALAM - Azam Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menawan Kelantan menjelang PRU akan datang hanyalah angan-angan politik.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tidak mudah bagi Amanah yang disifatkan hanya 'setahun jagung' bertapak dalam arena politik untuk merampas Kelantan daripada Pas.

"Saya sifatkan ia hanya angan-angan politik Amanah. Amanah perlu tahu, untuk memenangi PRU, sesebuah parti itu perlu ada kekuatan asas terlebih dahulu.

"Kekuatan asas yang perlu ada termasuk cawangan, ahli dan pengundi, bukannya sekadar ada parti kemudian buat gempak pada satu atau dua program dan seterusnya buat kenyataan akan menang di Kelantan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.


Katanya lagi, bukan mudah bagi parti lain untuk menakluk dan menduduki Kelantan.

"Kami yang daripada parti-parti lama termasuk Umno pun tahu nak menang sesebuah negeri bukan mudah. Secara asasnya dari awal lagi Pas akan pertahankan Kelantan dari mana-mana pihak," katanya lagi.

HUBUNGAN TEGANG ?

Hubungan diplomatik Malaysia, Korea Utara tegang?
Malaysia, Korea Utara
Malaysia, Korea Utara
 
PEMBUNUHAN berprofil tinggi, Kim Jong-nam yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) secara tidak langsung telah mencetuskan ketegangan diplomatik antara dua negara iaitu Malaysia dan Korea Utara.

Krisis ini timbul apabila Pyongyang meluahkan rasa tidak yakin ke atas siasatan yang dijalankan oleh pasukan polis Malaysia berhubung kematian Jong-nam.

Duta Korea Utara, Kang-chol berkata, polis Malaysia mengambil masa yang lama  untuk menjalankan siasatan tetapi sehingga kini masih  tiada bukti jelas mengenai punca kematian Jong-nam membuatkan mereka meragui siasatan berkenaan, meskipun tahu akan memperoleh laporan itu.

“Ini hanya menimbulkan keraguan bahawa mungkin ada tangan lain di sebalik siasatan itu,” kata duta Korea Utara Kang-chol.

Beliau juga mendakwa siasatan pihak polis negara ini adalah untuk mencapai matlamat politik tertentu.

“Kami menghormati polis Malaysia dan menunggu dengan sabar untuk keputusan siasatan yang adil dan tepat. Sebaliknya, mereka menuduh kami.

“DPRK (Korea Utara), adalah sebuah negara yang berdaulat di mana rakyatnya adalah mangsa. Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang propaganda atau kritikan terhadapnya,” katanya.

Oleh itu, beliau menuntut satu siasatan bersama antara Malaysia dan Korea Utara dijalankan bagi menyiasat kematian Jong-nam.

Jika Malaysia bersetuju dengan permintaan ini, duta itu berkata, Pyongyang akan menghantar perwakilan sah mereka ke negara ini.

Kang-chol juga menuntut supaya dibenarkan berjumpa dengan suspek wanita yang ditangkap berhubung kes itu.

“Kami juga ingin mengadakan pertemuan dengan dua suspek wanita yang didakwa membunuh Kim-chol,” katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa negara ini dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung perkara itu.

Duta itu merujuk tindakan Zahid yang mengesahkan identiti si mati sebagai Jong-nam sedangkan kedutaan Korea Utara belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Bagaimana timbalan perdana menteri boleh membuat kenyataan palsu sehari sebelum (kenyataan kami)?” soalnya.

Kang juga menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk membantu mengalihkan perhatian berhubung krisis berterusan yang sedang menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.

Susulan itu, ketika ketegangan diplomatik semakin memuncak berikutan pembunuhan Jong-nam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar Duta Korea Utara kerana kenyataannya.

Najib menegaskan kenyataan duta itu tidak wajar sama sekali, jika dinilai dari sudut diplomatik ia adalah biadap dan Malaysia akan berdiri teguh.

Perdana Menteri mempertahankan bahawa Malaysia tidak akan menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada mana-mana negara.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan mempunyai perlembagaannya yang tersendiri.

“Kita takkan tertekan dalam membuat keputusan ke atas kes pembunuhan Jong-nam.

“Kita juga tidak akan menjadi kuda tunggangan kepada mana-mana negara dalam mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

KAT MALAYSIA ADA SENAPANG GAJAH


Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh
Lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh
Kesemua pegawai terbabit dihukum dengan tembakan meriam anti-pesawat.
 
PYONGYANG - KOREA UTARA. Seramai lima pegawai tentera Korea Utara dihukum bunuh setelah berlakunya kes pembunuhan Kim Jong-nam, di KLIA2, 13 Februari lalu, lapor Reuter.

Kesemua pegawai terbabit dihukum dengan tembakan meriam anti-pesawat kerana didakwa bersalah memberikan maklumat palsu kepada kerajaan.

Inilah hukuman mati dijatuhkan buat pertama kali ke atas pegawai tentera Korea Utara selepas kematian Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un.

BERITA BERTAMBAH MENARIK

Jong-nam: Korea Utara hantar pegawai kanan ke KL
Jong-nam: Korea Utara hantar pegawai kanan ke KL
Beginilah ragam setiap hari apabila media dari dalam dan luar negara membuat liputan berita di luar Kedutaan Korea Utara. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Korea Utara menghantar seorang pegawai kanannya ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai perkara berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Pegawai berkenaan, bekas duta besar Korea Utara di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong Il, tiba hari ini dan mengisytiharkan:"Mulai hari ini, saya akan menjadi jurucakap rasmi."

Bercakap kepada pemberita tempatan dan luar negara yang menghadiri sidang berita di perkarangan Kedutaan Korea Utara di sini, beliau berkata perbincangannya akan ditumpukan kepada tiga perkara.

Katanya tiga perkara berkenaan adalah meminta mayat Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara, persoalan berhubung penahanan seorang rakyat Korea Utara oleh polis Malaysia dan 'hubungan persahabatan' di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.

Tong Il juga berkata beliau berharap dapat menyelesaikan 'isu kemanusiaan' yang timbul berikutan kematian Jong-nam, yang hidup terasing daripada Jong-un.

Tong Il bagaimanapun enggan memberitahu bila pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia akan diadakan atau berapa lama beliau berada di negara ini.

Setakat ini, tidak diketahui sama ada Tong Il datang bersendirian atau bersama-sama satu delegasi.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau sejam kemudian apabila dua wanita tiba-tiba muncul dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi apa yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Jong-nam kemudian mendapatkan pertolongan di kaunter khidmat pelanggan lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Beliau ke Malaysia pada 6 Februari lepas menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.

Dua wanita - seorang yang menggunakan pasport Indonesia dan seorang lagi menggunakan dokumen perjalanan Vietnam - ditangkap selepas pembunuhan itu.

Seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara, Ri Jong Chol, juga ditahan. Rakyat Malaysia itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

Kedutaan Korea Utara di sini turut menjadi tumpuan media berikutan pembunuhan itu. - Bernama

JANGAN TANYA KERUSI PAS,

Pakatan Harapan masih ada kerusi bertindih
Pakatan Harapan masih ada kerusi bertindih
Saifuddin ketika ditemui media selepas mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi Pakatan Harapan dan Bersatu di ibu pejabat Amanah, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mengakui terdapat pertindihan kerusi di antara ketiga-tiga parti komponen gabungan itu pada PRU14.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, selepas tamat mesyuarat jawatankuasa perundingan kerusi Pakatan Harapan dan Bersatu di ibu pejabat Amanah, di sini, hari ini.

"Namun pertindihan itu adalah minimum dan apa yang penting kita ada formula dan parameter untuk membantu bagi mengatasi masalah pembahagian kerusi ini.

"Parameter ini dianggap berjaya sekiranya kerusi yang bertindih itu di tahap minima," katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diwakili Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan beberapa pemimpin lain.

Bagaimanapun, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak menghantar wakil.

Dalam pada itu, Saifuddin yang ditanya adakah perbincangan pembahagian kerusi itu melibatkan kerusi dimiliki Pas, beliau berkata, mereka tidak membincangkan mengenainya.

"Kami tak bincang pasal Pas. Yang penting semua kerusi yang BN bertanding kami akan lawan," katanya.

DIDAKWA BESOK







Dua suspek bunuh Jong-nam didakwa esok
Siapa Siti Aisyah, siapa Thi Huong 
 
Dari kiri: Siti Aisyah dan Thi Huong.
 
SEPANG - Dua wanita warga asing yang direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, esok.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali selepas ditanya pemberita melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Mohamed Apandi sebelum itu mengesahkan pihaknya telah menerima kertas siasatan berhubung kes tersebut semalam.


Berita Harian semalam melaporkan, siasatan yang dijalankan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Kontinjen Selangor serta pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah dihantar kepada Peguam Negara.

Antara perkara utama dalam kertas siasatan itu termasuk laporan Jabatan Kimia berhubung analisa ke atas cecair yang digunakan untuk membunuh Jong-nam.

"Laporan berkenaan yang dikeluarkan pada 24 Februari lalu menyatakan bahan kimia adalah Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX," menurut laporan tersebut.

Dua wanita berkenaan iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29; dan warga Indonesia, Siti Aishah, 25, menjalani tempoh reman 14 hari selepas ditahan polis di KLIA 2 pada 15 Februari lalu.
Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

PAS PERLU NYATAKAN SEGERA SAMA ADA IA AKAN U TURN DI SA'AT AKHIR


PAS AKAN HANCUR JIKA BERBAIK DENGAN AMANAH


Pas bakal 'kembali' di saat akhir
Pas

PEMBONGKARAN POLIS MALAYSIA MUNGKIN SANGAT MENAKUTKAN K.UTARA

Dalang bunuh Jong-nam: Siapakah mereka?
Dalang bunuh Jong-nam: Siapakah mereka?
 
PADA siri kedua hari ini, Sorot akan menyingkap siapakah suspek pembunuhan Kim Jong-nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Seperti yang kita tahu, empat suspek telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia, manakala beberapa lagi suspek dilaporkan berjaya melarikan diri dan juga masih berada dalam negara.

Siapakah keluarga mereka? Apakah pekerjaan mereka di dalam negara kita?

Dan persoalan utama yang bermain di fikiran semua kita adalah siapakah yang mengarahkan mereka untuk membunuh Jong-nam?


Selain itu, ke arah mana hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara?
Apa yang pasti pihak polis sedang melakukan siasatan yang terbaik dan rakyat Malaysia haruslah mempercayai tugas yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Ikuti siri akhir Sorot.

Cerita di sebalik penghasilan My Father, Kim Jong Il, and Me
Penulis buku My Father, Kim Jong Il, and Me mendedahkan, Kim Jong-nam, gementar dan seakan dibelenggu rasa takut ketika sesi temu bual pada 2011 di Macau.

Yoji Gomi, seorang wartawan Jepun, berkata, mungkin Jong-nam menyedari bahawa dirinya menjadi buruan adiknya iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

“Mungkin dia menyedari bahawa dirinya berada dalam ancaman tetapi saya percaya dia tetap mahu memberikan pendapat berkaitan Pyongyang melalui media.

“Ketika itu dia berpeluh. Kelihatan seperti tidak selesa dengan soalan yang saya ajukan. Mungkin dia risau kesan daripada kenyataannya,” kata Gomi dalam satu sidang media di Tokyo, lapor wartawan AP,  Mari Yamaguchi.

Mengimbau perhubungan awalnya dengan Jong-nam, Gomi berkata, beliau bertemu dengan lelaki bertubuh gempal itu pada 2004 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, China.

Dalam tempoh tujuh tahun sebelum sesi temu bual pertama secara bersemuka, mereka berhubung melalui email.

Sebanyak 150 email dihantar sebelum dua sesi temu bual pada 2011 di Macau dan Beijing. Dua temu bual itu berlangsung keseluruhannya selama 7 jam.

“Dia mengkritik pemerintahan Korea Utara. Dia tidak bersetuju dengan sistem sosialis dan pemilihan pemimpin perlu dilakukan secara demokrasi,” katanya.

Gomi menjelaskan, dalam sesi temu bual itu, Jong-nam secara lantang menegaskan bahawa Korea Utara tidak akan maju jika tidak melakukan pembaharuan ekonomi.

Penghasilan buku tersebut ternyata memberi impak yang besar terhadap Jong-nam.

Antara yang memberi kesan adalah kenyataan Jong-nam yang mengatakan Jong-un tidak akan berjaya sebagai pemimpin Korea Utara.

Melalui buku tulisan Gomi itu, segala penceritaan berkaitan pemerintahan keluarga dipaparkan untuk bacaan umum.

Gomi menjelaskan, Jong-nam merupakan harapan kecil buat Korea Utara menghapuskan pemerintahan kuku besi di negaranya.

Bagaimanapun menurut Gomi, harapan itu musnah selepas Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, 13 Februari lalu.

“Saya fikir, dia merupakan individu yang boleh melakukan sesuatu yang bermakna buat Korea Utara,” katanya.

MUHYIDDIN VS ISTANA ?

Muhyiddin masuk bakul angkat sendiri
Datuk Abdul Aziz Kaprawi
Datuk Abdul Aziz Kaprawi
SHAH ALAM - Warkah terbuka Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat seolah-olah mengiyakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa dirinya seorang yang angkuh dan sombong.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, teguran tersebut tidak dipandang serius oleh Muhyiddin malah warkah terbuka bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga dilihat seolah-olah mencabar pihak istana.

“Dia (Muhyiddin) tidak perlu menjelaskan jasa-jasa yang telah dilakukannya sewaktu berkhidmat dahulu kerana khidmat bakti tersebut adalah ketika beliau bernaung di bawah panji Umno/BN.

“Kelihatan seperti dia cuba menyembunyikan dosa-dosa lampau dengan menyatakan jasa-jasa yang telah dilakukannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, laporan berita memetik kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai kegagalan dua Menteri Besar Johor sebelum ini mentadbir negeri itu dengan baik. 

Muhyiddin  kemudiannya tampil dengan warkah terbuka berkaitan hal itu.

Mengulas lanjut Ab Aziz turut mempertikaikan keupayaan Muhyiddin ketika menjawat jawatan Menteri Besar Johor.

“Saya ingin menyingkap sedikit tentang kegagalan Muhyiddin seperti menguruskan Amanah Saham Johor (ASJ) sehinggakan masih terdapat ramai yang menanggung hutang akibat melakukan pinjaman untuk membeli saham tersebut.

“Begitu juga dengan keputusan Muhyiddin untuk menukarkan hari cuti negeri Johor daripada hari Jumaat kepada hari Ahad sehingga mendapat bantahan yang luar biasa dari rakyat Johor termasuk dari pihak Istana, setelah 22 tahun barulah dapat dikembalikan semula,” katanya lagi.

Ab Aziz turut menasihatkan Muhyiddin agar jangan menabur fitnah dan berpolitik secara matang.

"Janganlah menabur fitnah, bersifat angkuh dan sombong akibat cita-cita politik yang tidak kesampaian, kita boleh berlainan pendapat tetapi biarlah berpolitik secara matang dan progresif yang akhirnya memberi khidmat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat,” katanya.

PAS AKAN HANCUR JIKA BERBAIK DENGAN AMANAH


Pas bakal 'kembali' di saat akhir
Pas
 
PAS diramal tetap kembali bersama pakatan pembangkang menjelang PRU14 bagi memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN menjadi kenyataan.

Demikian dinyatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang percaya Pas tidak mungkin akan bekerjasama dengan BN kerana kedua-dua parti menghadapi masalah dari segi pengagihan kerusi.

"Buat masa ini, krisis yang berlaku antara DAP dan Pas semata-mata untuk menjaga maruah masing-masing. Dari segi realitinya, Pakatan Harapan masih perlukan Pas sekiranya mahu benar-benar memberi tentangan kepada BN," kata Tian Chua seperti dilaporkan China Press.

Beliau berkata, kemunculan Bersatu turut menjadi satu faktor lagi kenapa Amanah ketika ini sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Pas.

"Sebelum ini, DAP dan Amanah yakin dengan kemampuan mereka untuk menggugat kekuatan Pas. Tetapi selepas Bersatu ditubuhkan, kekuatan Amanah agak terjejas dan harapan mereka untuk menggantikan Pas boleh dikatakan sudah tertutup.

"Amanah ketika ini perlu membahagi-bahagikan kerusi mereka dengan Bersatu. Oleh itu, tidaklah mustahil Amanah barangkali akan bekerjasama semula dengan Pas," jelas Tian Chua.

ADALAH TERLALU BODOH DAN BANGANG MEMBANDINGKAN ANTARA NIK AZIZ DAN HADI

ORANG YANG MEMBEZAKAN ANTARA PIMPINAN NIK AZIZ DAN HADI SEBENARNYA MEREKA BUTA PERUT.
 
MEREKA LOW STANDARD CARA BERFIKIR DALAM POLITIK SEMASA. SEBENARNYA PIMPINAN TIDAK MENCORAKKAN CARA MENTADBIR PARTI SEBAGAIMANA PARTI SEKULAR.
 
PAS MENCORAKKAN PENTADBIRAN PARTINYA ADALAH BERDASARKAN KEPADA DASAR PARTINYA, BUKAN BERDASARKAN KEPADA PIMPINANNYA, CUMA
BAGAIMANA PIMPINAN MENGOLAH OPERASI
PARTI BERDASARKAN KEPADA DASAR YANG ADA TERPULANG KEPADA KEBIJAKSANAAN PARA PIMPINANNYA.
 
ADALAH TERSANGAT BAIK JIKA ORANG LUAR JANGAN MASUK CAMPUR DALAM URUSAN PARTI PAS,
MEREKA TIDAK PERLU MENGAJAR PAS ATAU TIDAK PERLU MENILAI BAGAIMANA PIMPINAN PAS MENJALANKAN TUGAS MEREKA
 
 
-Pak karamu-
 
 
 
Pas versi Nik Aziz dan Pas versi Abdul Hadi
nik aziz, hadi awang
 
SEPANJANG tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara Pas versi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pas versi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi Pas kepada Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat Pas supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.

Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.

Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam Pas versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan Pas yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.

Tetapi Nik Aziz sudah tiada dan apa yang ada hari ini ialah Pas versi Abdul Hadi.
Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin Pas.

Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa Pas menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada PRU13 dan hampir menghalau Umno/BN keluar dari Putrajaya? Sekiranya sistem pilihan raya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri?

Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke-82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?

Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap Pas setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?

Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir Pas akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.

Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, Pas akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden Pas semakin selesa dengan Presiden Umno.

Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi Pas Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan Pas bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan Pas terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.

Walaupun sandiwara serangan kepimpinan Pas terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi Pas Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.

Hakikatnya, akar umbi Pas Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras Pas versi Abdul Hadi yang selesa bersama Umno.

Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas minggu lalu bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat Pas dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco Pas di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar Pas pada bulan April nanti.

Pas Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dun yang dimenanginya dalam PRU13 pada PRU akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru Pas.

Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Tetapi Abdul Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.

Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen Gelang Patah dan bekas Setiausaha Agung DAP.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.