Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS USAH PERTIKAI HASRAT DAP KERANA DAP DAN AMANAH MEMANG MUSUH PAS


Pas Selangor pertikai hasrat DAP
Iskandar Abdul Samad
Iskandar


SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mempertikaikan hasrat 
DAP yang mahu bertanding di lapan kerusi DUN yang 
disandang oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pemimpin Pas Selangor memutuskan untuk 
mempertahankan kesemua lapan kerusi tersebut pada
 PRU akan datang kerana melihat tindakan DAP itu lebih
 kepada usaha bersama sekutunya iaitu Parti Amanah 
Negara (Amanah), yang merupakan parti serpihan Pas.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul 
Samad berkata, Pas sedia maklum bahawa DAP mahu 
merebut kerusi parti itu, namun pihaknya berpendirian
 untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

"Sebelum ini kita telah dengar ada ura-ura mereka 
akan masuk kawasan Pas...kita akan terus bertanding 
di situ dan akan pertahankan kerusi kita," katanya
 kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd 
Khairuddin Othman berkata Pas negeri tidak akan
 berundur dan memberi laluan kepada DAP dalam 
pilihan raya umum itu.

"Apa rasionalnya DAP nak bertanding di kerusi 
yang dalamnya 70 peratus pengundi Melayu? Ini
 bukti suara DAP adalah suara parti Amanah kerana
 kedua-dua parti ini berminat untuk bertanding di kerusi
 yang dimenangi Pas," katanya yang juga Adun Paya 
Jaras.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilaporkan 
sebagai berkata parti itu mungkin akan bertanding 
di lapan kerusi Pas dalam pilihan raya umum akan 
datang dan sudah bersedia ke arah itu.

Kerusi-kerusi itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya
, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung 
Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua berkata keputusan itu akan 
diputuskan setelah perbincangan dibuat bersama
 Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, 
PKR dan Amanah.  - Bernama

AMANAH MUSUH PAS NO 1


'Kalau itu cara untuk jatuhkan Umno, silakanlah'
Satiful Bahri Mamat
Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas negeri memberi reaksi
sinis terhadap kesediaan Parti Amanah yang tidak menolak
kemungkinan untuk bertanding tiga penjuru dalam pilihan raya
umum akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat ketika bercakap
 kepada Sinar Harian di sini secara berterus-terang
‘mempersilakan’ parti itu berbuat demikian.

Dalam reaksinya itu, Satiful Bahri seolah-olah menunjukkan
 pihaknya tiada sebarang halangan dan mengalu-alukan Amanah
 berbuat demikian jika itu dilihat satu-satunya cara untuk
menjatuhkan Umno dan BN, sebagaimana diperkatakan di awal
penubuhan Parti Amanah.

“Kalau itu cara untuk jatuhkan Umno dan BN, silakanlah,”
katanya sebagai mengulas kenyataan Presiden Amanah,
Mohamad Sabu yang sedia bertanding tiga penjuru menentang
 BN dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang jika
terpaksa.

Memetik laman portal, Mohamad yang lebih dikenali sebagai
Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada
Pas sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang
hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya
 tersebut.

Pada masa sama, Satiful yang juga Adun Paka turut menyelar
sikap Amanah yang berhasrat bertanding tiga penjuru kerana
realitinya, tindakan parti itu tidak akan berjaya melemahkan Umno
dan BN.

Jelasnya, ia sudah bertentangan dengan matlamat dilaungkan
Amanah sebelum ini untuk bersama-sama Pakatan Harapan
menumbangkan BN pada PRU14.

Beliau sebaliknya menjelaskan bahawa perkembangan itu
sebenarnya hanya memberi keuntungan kepada parti pemerintah
dan memanjangkan ‘talian hayat’ BN.

“Kalau untuk mematikan Pas, ya! Kalau tindakan itu untuk
menumbangkan Umno dan BN, saya tidak nampak,” katanya.

Sementara itu, beliau tetap menegaskan bahawa Pas tidak
 akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan sebagaimana
 keputusan Pas Pusat dan hanya mengekalkan kerjasama
dengan PKR.

Walau apa pun alasan diberi pihak lain supaya Pas bekerjasama
 dengan Pakatan Harapan, beliau menegaskan semua pihak supaya
 faham pendirian Pas dan tidak perlu memaksa parti itu kerana Pas
 adalah parti yang berprinsip
.

Friday, October 30, 2015


FITNAH : SEBAB PM NAJIB RAZAK TERIMA MAAF NIZAR 

JAMALUDDIN !

Kita semua sudah tahu ahli politik Pembangkang, Nizar Jamaluddin
 terlepas daripada hukuman dan denda kerana memfitnah PM 
Najib Razak.  
Satu perkara yang mulia dilakukan oleh PM Najib Razak 
terhadap 
pihak yang menabur fitnah terhadap diri beliau. Anda 
baca :
Saya menerima permohonan maaf Datuk Seri Mohammad

Nizar Jamaluddin berkenaan kes fitnah beliau ke atas

saya.

Islam menuntut umatnya tidak menfitnah atau

menyebarkan

dusta.

Dalam Surah Al Hujurat ayat 12, Allah SWT

berfirman,

mafhumnya, "Wahai orang-orang yang beriman!

Jauhilah

kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak

menyangka

sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya

sebahagian

dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah

kamu

mengintip atau mencari-cari kesalahan dan

keaiban orang;

dan janganlah setengah kamu mengumpat

setengahnya

yang lain." Wallahualam.

Islam juga menggalakkan umatnya bermaaf-

maafan.

Dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah

SAW

bersabda, "Tidaklah Allah menambah bagi

seorang

hamba dengan pemberian maafnya (kepada

saudaranya,) kecuali kemuliaan (di dunia dan

akhirat)."

Insya-Allah, semoga kita tergolong dalam

kalangan mereka yang mendapat rahmat

Allah SWT.

Najib Razak
29 Oktober 2015 [6.57pm]

VAPE BOLEH GUNA DAN TIDAK DIHARAMKAN


Kerajaan putus tidak haramkan vape
Ismail Sabri Yaacob

SHAH ALAM - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan
vape dalam kalangan pengguna dan penjual vape, hari ini.

Kenyataan tersebut disahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk
 Seri Ismail Sabri Yaacob menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.

“Berita baik untuk vapers, vaper brewers dan peniaga vape, Kabinet hari ini
memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan
 yang memahami aspirasi anak muda,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang haram penggunaan vapor ]

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebelum ini berkata, kerajaan
sebelum ini  mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik
atau vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan
 penggunanya.

Katanya, kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan
 untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan
tindakan pengharaman itu dilaksanakan
.

DEBAT 1MDB

Sinar Harian sedia anjur debat

Sinar Harian sedia anjur debat
Muka depan Sinar Harian, hari ini.
 
 
SHAH ALAM - Sinar Harian bersedia menjadi tuan rumah kepada debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dengan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, akhbar ini sedia menganjurkan debat ini kerana isu 1MDB sudah menjadi isu nasional dan mendapat perhatian akar umbi.

"Sebagai akhbar yang telus dan tulus, Sinar Harian mahu memberi dua tokoh ini peluang seluas-luasnya bagi bertanya dan menerangkan isu 1MDB kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Dengan penganjuran debat ini nanti akan menjawab segalanya berkenaan isu tersebut," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Debat: Pemimpin NGO tawar diri jadi moderator]

Semalam, Arul dalam satu kenyataan berkata, beliau sedia menerima cabaran ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu untuk muncul di rancangan temuramah kendalian Tony.

Arul berkata, beliau bersedia untuk menerima sebarang persoalan mengenai syarikat yang diwakilinya itu dengan syarat Tony bersedia untuk melepaskan jawatan dalam PAC.

Terdahulu, Tony menggesa agar Arul menyahut cabaran beliau untuk mengadakan wawancara secara terbuka yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen membincangkan isu 1MDB yang masih belum diperjelaskan.

BIAR DITAFSIR MACAM-MACAM BAGI DAP&AMANAH MEROYAN

'Nazri salah tafsir kesediaan PAS kerjasama dengan BN'


Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz salah faham apabila Presiden PAS menyebut mengenai kesediaaan untuk bekerjasama dengan BN,.

Bercakap kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini, katanya, kerjassama yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bukan satu kerjasama politik tetapi membabitkan isu dan kepentingan rakyat.

"Kenyataan presiden bukan bererti PAS hendak bekerjasama dengan BN, apatah lagi kalau nak masuk BN, itu tidak pernah timbul.

"Kita masih berpendirian akan kekal sebagai pembangkang, dan kita kerjasama dengan semua parti, termasuk kerajaan persekutuan, DAP, untuk kebaikan. Tapi bukan kami sertai BN.

“Dia (Nazri) salah tafsir. PAS tak mahu kerjasama politik dengan bertanding bersama. Kita kerjasama dalam isu," katanya.

Takiyuddin, yang mengesahkan pendirian itu, menegaskan bahawa PAS akan kekal sebagai pembangkang dan juga akan bekerjasama dengan DAP mengenai perkara-perkara yang berkepentingan bersama.

"Kami tidak akan kerjasama dengan BN di pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang.

"Yakin tidak yakin, kalau perlu, kita bersendirian, kita akan bersendirian. Kita pernah bersendirian," katanya.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hadi (DSTG Hj Abdul Hadi, Presiden PAS) sebelum ini juga tidak merujuk secara spesifik mereka akan menjalinkan kerjasama politik dengan BN.tegasnya ketika ditemui pemberita dilobi parlimen semalam (khamis, 29hb November, 2015)

JAWAB JE

1MDB: Najib tiada pilihan
1MDB
1Malaysia Development Berhad
 
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sesi persidangan dewan rakyat kali ini. 
 
Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, ia berdasarkan janji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melalui jawapan bertulisnya semalam.

“Dalam jawapan bertulis itu, Azalina menyatakan soalan tersebut akan dijawab serentak dengan soalan lain yang mempunyai maksud yang sama pada tarikh yang ditetapkan kemudian dan pada persidangan kali ini juga.

“Jadi Najib tiada pilihan untuk jawab dalam persidangan yang akan berakhir 3 Disember ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Johari mengemukakan soalan meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai derma RM2.6 bilion yang diterima.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang (Amanah), Mohamed Hanipa Maidin mempertikaikan mengapa Perdana Menteri masih belum dipanggil memberikan keterangan mengenai isu RM2.6 bilion.

Kata Mohamed Hanipa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low melalui jawapan bertulis menyatakan keterangan Najib masih belum direkodkan.

“Jadi bila nak panggil. Saya hairan mengapa mereka masih belum panggil,” katanya.

BINATANG NI ADA DIMANA-MANA

SPRM dijangka caj 4 lagi pegawai TLDM‎
SPRM
SPRM
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengenakan tuduhan tambahan ke atas empat pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sebelum ini berhadapan dengan tuduhan rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

Kali ini keempat-empat mereka bakal berhadapan dengan pertuduhan berkaitan kesalahan pengubahan wang haram.

Sebelum ini, SPRM telah mendakwa lima pegawai TLDM di bawah Akta SPRM 2009 dan seorang daripada mereka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sinar Harian Online difahamkan pertuduhan mereka dipercayai mencecah nilai rasuah RM2 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat pegawai kanan TLDM mengaku tidak salah]

Sumber memberitahu bahawa kesemua mereka ditangkap semalam bagi tujuan pertuduhan. Mereka ditangkap antara 11 dan 12 tengah hari.

"Keempat-empat akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini)," kata sumber kepada Sinar Harian Online.

Keempat-empat mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak.

Dalam tempoh sebulan yang lalu, SPRM telah mendakwa lima termasuk pasangan suami isteri yang berkhidmat sebagai pegawai TLDM berhubung kesalahan menerima rasuah berhubung urusan pembekalan barangan ke TLDM.

Mereka telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Ipoh.

Mereka merupakan sebahagian daripada enam pegawai dan anggota TLDM, selain lima orang awam yang disiasat oleh SPRM sejak Mac lalu.

SPRM melancarkan siasatan dan menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali itu selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka.

Difahamkan mereka menerima rasuah sebagai dorongan meluluskan projek membekalkan barangan kepada TLDM.

Tiga lebuh raya di Selangor memang perlu

Fadillah Yusof
Fadillah Yusof
 
KUALA LUMPUR - Kelulusan pembinaan tiga lebuh raya oleh kerajaan negeri Selangor adalah rasional demi kepentingan rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan memang mengharapkan adanya lebuh raya tambahan dibina di negeri itu untuk menyelesaikan masalah trafik yang tidak boleh lagi ditampung oleh lebuh raya sedia ada.
    
"Selain bermanfaat kepada ekonomi, ia akan memberikan manfaat besar kepada rakyat Selangor dan sekitarnya.
    
"Dulu masa Kidex dibatalkan, kita terima banyak rungutan bahawa lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sudah cukup sesak dan tahap perkhidmatannya memang sudah capai tahap maksimum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2015 di sini hari ini.
    
Justeru, katanya, rakyat termasuk rakyat Selangor memerlukan lebuh raya baharu untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang  mereka hadapi sekarang.
    
Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu iaitu Projek Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (Dash) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).

Bagaimana keputusan tersebut dilaporkan menjadi isu apabila keputusan berkenaan dibuat tanpa dimaklumkan pada PKR.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata, kelulusan lebuh raya yang melibatkan jalan negeri adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Ia adalah keputusan kerajaan negeri dan bukan hanya keputusan kerajaan persekutuan sahaja.
    
"Untuk memulakan sesuatu projek, kerajaan persekutuan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu," katanya. - Bernama

MUHYIDDIN TAK TAHU

Muhyiddin jawab ‘tak tahu’ isu tujuh pemimpin Umno

Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada program Bicara Minda, 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian di Johor Bahru, baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
KUALA LUMPUR - Ketika angin terus bertiup kencang berhubung tujuh pemimpin Umno yang akan dikenakan tindakan disiplin, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mendedahkan sebarang maklumat sama ada beliau disiasat parti itu.

"Saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya baca mengenainya di media," beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui di Parlimen, hari ini.


Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau tidak menerima sebarang maklumat berhubung tujuh individu yang didakwa sedang disiasat oleh parti tersebut sepertimana yang dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


[ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: Kita sudah letih!]

Tengku Adnan sebelum ini berkata, tujuh pemimpin Umno sedang dalam pemerhatian Lembaga Disiplin parti untuk dikenakan tindakan, termasuk digantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.


Tengku Adnan berkata, Umno sudah tidak tahan dengan kenyataan-kenyataan tidak masuk akal  dikeluarkan segelintir ahlinya itu.


“Kita letih dengan ahli yang keluarkan kenyataan bukan untuk orang ramai. Kita siasat dan tengok hasil siasatan. Ada tujuh orang, (tapi) saya tak nak namakan mereka.


“Mereka tahu siapa diri mereka. Parti kita ada set Perlembagaan sendiri, jawatankuasa disiplin. Kita ada kod etika, kita tidak mampu nak berhadapan kegilaan ini lagi,” katanya.

Akhirnya Najib saman bekas presiden MCA

Najib saman Ling Liong Sik

 Najib Tun Razak
Najib
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman terhadap bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dibuat ke atasnya.
 
Saman itu difailkan pada 27 Oktober lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
 
Dalam kenyataan tuntutannya, Najib antara lain memohon perintah supaya Liong Sik menyiarkan kenyataan mohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib).
 
Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Liong Sik, atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.
 
Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
 
Najib berkata Liong Sik telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan dalam portal berita pada 3 Oktober menerusi satu artikel.
 
Perdana menteri mendakwa bahawa defendan telah menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah dengan berniat jahat supaya plaintif berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian. 
 
Najib berkata, mengikut pengertian nyata dan biasa, perkataan-perkataan  yang diterbitkan dalam artikel itu difahamkan membawa maksud, antara lain,  beliau telah menggelap dana awam ke dalam akaun peribadi beliau, dan bahawa beliau telah menyalah guna dana itu untuk kepentingan peribadi, dan beliau telah menyalah guna dana itu untuk meraih kekayaan dan keuntungan untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.
 
Najib juga berkata pengertian nyata dan biasa perkataan-perkataan yang disiarkan dalam artikel itu difahamkan bermaksud, antara lain, bahawa beliau telah menyalah guna dana kerajaan milik sebuah syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan peribadi, beliau telah menyalah guna kuasanya sebagai pemimpin sebuah parti politik dan pemimpin masyarakat, dan beliau tidak kompeten atau layak menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri Malaysia.
 
"Reputasi plaintif telah tercemar dengan teruk berikutan penerbitan perkataan-perkataan berbaur fitnah dan menyebabkan penghinaan kepada plaintif dalam media sosial dan media massa kerana artikel berbaur fitnah itu telah dikongsi secara meluas oleh media sosial dan pengguna media massa secara keseluruhannya," kata kenyataan tuntutan itu.
 
Plaintif menekankan bahawa dakwaan dalam perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah sangat serius dan telah menyebabkan penghinaan terhadapnya dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia dan antarabangsa. 
 
"Perkataan-perkataan berbau fitnah itu merupakan satu serangan kepada moral dan perwatakan plaintif dalam erti kata bahawa beliau sekarang dilabelkan sebagai seorang yang tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan seorang yang tidak bertanggungjawab," kata kenyataan tuntutan.
 
Najib mendakwa bahawa perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah tuduhan yang tidak berasas dan tanpa apa-apa asas atau bukti.
 
Najib menyatakan bahawa Liong Sik, yang juga bekas menteri pengangkutan, menyedari sepenuhnya dan berhasrat supaya perkataan perkataan berunsur fitnah itu diterbitkan, dengan mengetahui bahawa ia akan menarik pembaca media maya atau arus perdana di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.   
 
“Keseriusan dan kancah sakndal akibat penerbitan perkataan-perkataan berunsur fitnah itu telah menyebabkan kerosakan teruk yang tidak dapat diperbaiki ke atas reputasi plaintif khususnya, tetapi tidak terbatas kepada hubungan plaintif dengan masyarakat di dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” kata kenyataan tuntutan itu. - Bernama 

PAS BELUM KENA KENCING BN, TAPI AMANAH YANG KASI PAS PECAH, MASIH BELUM PUAS ?


MASING-MASING JAGA PARTI, JANGAN BISING, SUDAH FOBIA KE ? MEROYAN ? JANGAN SAMPAI GILA TALAK YE ! DULU CAKAP GAH, DABIK DADA CAKAP PAS AKAN TERKUBUR, TINGGAL BATU NISAN, PAS TINGGAL NAMA SAHAJA, MACAM-MACAM LA KO RANG KATA, LEPAS TU  BERSEKONGKOL PULA DENGAN DAP YANG KASI KENCING PRESIDEN PAS, BILA PAS NAK LAKSANAKAN DASARNYA KO RANG KATA MACAM-MACAM, LA NI PULA KO RANG NAK PENJELASAN  SAMA ADA PAS AKAN BERSAMA BN, EH, KO RANG PEDULI APA PAS NAK KERJASAMA MACAM MANAPUN DAN DENGAN SIAPA, CAKAP BESAR LAGI LAAA ! HANGPA NAK NAIK EXPRESS MANA ? HANGPA ADA HARUM MANIS JANGAN BIMBANG LAGI LA  Pak Karamu

 

Thursday, October 29, 2015

Setelah 'Dikencing' UMNO, PAS Salahkan AMANAH Pulak

PAS ingatkan AMANAH: Jaga urusan sendiri



PAS hari ini menasihatkan parti serpihannya, AMANAH supaya tidak mencampuri urusannya.

"Jaga urusan sendiri. Kamu jaga ahli parti kamu, kita jaga ahli kita.

"Jangan buat bising, kuatkan parti dulu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mahu penjelasan sama ada PAS bersama BN ataupun tidak.

Ini adalah susulan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan BN, walaupun bukan dalam hal-hal politik.

"Tak perlu (Khalid) bimbang. Kita ada cara sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan.

"Bekas rakan lebih mengetahui semua rahsia kita," kata Takiyuddin.

Beliau juga mengulangi bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan BN atau Umno.

"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Itu sangat jelas," katanya.

MEROKOK LEBIH BAHAYA DARI VAPE

Menteri: Mana lebih bahaya vape atau rokok?
vape
 
 
SHAH ALAM - Meneliti isu berkaitan rokok elektronik, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan mencadangkan supaya pengharamannya diteliti.
 
Menulis di laman sosial Facebook miliknya, Ismail Sabri berkata, pandangan itu nanti akan dilontarkan beliau apabila isu tersebut dibawa ke Kabinet oleh menteri yang bertanggungjawab. 
 
"Insya-ALLAH saya akan beri pandangan saya supaya cadangan tersebut dikaji dengan teliti supaya vape tidak diharamkan kerana laporan dari Britain mendapati vape tidak diharamkan malah penghisap rokok digalakkan bertukar kepada vape," ujarnya. 
 
 
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan vapor atau lebih dikenali dengan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.
 
Katanya kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan.
 
Menulis lanjut di Facebooknya, Ismail Sabri turut memberitahu tentang kandungan nikotin di dalam vape hanya 3 peratus berbanding rokok berjenama yang mengandungi 13 peratus.
 
"Jika rokok lebih merbahaya dari vape kenapa tidak haramkan rokok?
 
"Insya-ALLAH saya akan dengar penjelasan Kementerian Kesihatan dan saya akan beri pandangan saya," ujar beliau lagi.
 
Ismail Sabri turutmenyertakan ssatu salinan paparan laporan dari Telegraph.UK yang mengatakan aktiviti vape mampu menyelamatkan 75,000 nyawa perokok setiap tahun.

Demo Bantah TPP, GST Ke Parlimen


Apa jawapan maut ?


Thursday, October 29, 2015

SOALAN MAUT UNTUK MP PARTI AMANAH...

ANUAR GAGAL

Anwar gagal saman terhadap Anifah Aman

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR -  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi gagal dalam tuntutan saman terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung kenyataan menteri itu dalam satu sidang akhbar di Washington lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menolak saman itu selepas mendapati Anwar selaku plaintif gagal membuktikan tuntutan terhadap defendan.


"Selepas merujuk kesemua keterangan dan menggunakan imbangan kebarangkalian, plaintif gagal membuktikan tuntutan.


"Mahkamah menolak tuntutan saman plaintif,"katanya
Mahkamah turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000.

Peguam Razlan Hadri Zulkifli  mewakili Anwar manakala Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah.


Dalam saman yang difailkan 27 Mei 2009, Anwar mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir telah mencemar imej beliau.


Anwar mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.


Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.

KU LI DIANTARA AHLI UMNO BERMASALAH ?

Tujuh ahli Umno b'masalah: Ku Li serah pada takdir

Tengku Razaleigh Hamzah
 
 
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ditemui media di perkarangan Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sedia menerima apa jua kemungkinan sekiranya tergolong antara tujuh ahli Umno yang dikatakan bermasalah dan bakal dikenakan tindakan.

Menurut pemimpin veteran Umno itu, beliau sedia menghadapi segala kemungkinan termasuk sekiranya digantung keahlian.

“Saya sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Saya sudah berada di dalam parti lebih lama dari orang lain dan sudah menjadi ahli parlimen yang lebih lama dari sesiapapun,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun menurut Tengku Razaleigh atau mesra disapa Ku Li, beliau tidak mengetahui siapakah tujuh individu yang bermasalah seperti yang dinyatakan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya tidak tahu. Kita serahkan pada takdir,” tegasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Ku Nan: Kita sudah letih!]

Mengulas lanjut, Ku Li menyatakan mana-mana organisasi akan melakukan siasatan dan menghukum ahlinya jika didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan terutama apabila organisasi itu diketuai pemimpin yang lemah.

“Organisasi yang ditadbir oleh pemimpin yang lemah akan memastikan ahlinya mengikut segala arahan yang diberikan,” katanya.

Menurut Ku Li lagi, beliau juga ada mendengar desas-desus komplot untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno.

“Saya ada dengar. Mereka ini mahu menyingkirkan Muhyiddin tetapi sama ada ia benar atau tidak, saya tidak tahu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Singkir Muhyiddin ibarat hina akar umbi]

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, Umno tidak boleh menyingkirkan mana-mana individu hanya disebabkan mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza.

“Kita perlukan semua orang untuk kita mengukuhkan parti. Kita harus bersikap toleransi dengan mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza.

“Dan itulah bagaimana Umno memperoleh kekuatan, ia kerana semua teguh bersama Umno walaupun mereka mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza,” katanya.

SUASANA POLITIK YANG TIDAK MENENTU ... PERLU BERHATI-HATI






Bayangan kerjasama pilihan raya BN-Pas

Pas BN

RAKYAT sudah dapat ramalkan kerjasama antara Pas dan BN  dalam pilhanraya akan datang dengan sikap positif  Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan sebagai ahli PAC yang sedia merahsiakan siasatan  terhadap 1MDB dan diperkuatkan oleh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi sedia untuk kerjasama dengan BN.

Takiyuddin setuju sumpah menyimpan rahsia sebagai ahli PAC  dalam  siasatan IMDB seperti yang disyorkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi berbanding dengan sikap DAP  dan Haji Hadi tidak setuju dengan perbuatan  pembangkang mengangkat Plakad " Mana RM 2.6 B" di Dewan Rakyat yang dianggapnya tidak beradab.

Kenyataan Hadi menyebut sedia bekerjasama dengan semua parti adalah perkara biasa tetapi yang istimewa dan luar biasa ialah " Termasuk Barisan Nasional."

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad  melihat ini sebagai bahaya kepada masa depan pembangkang pada pilihanraya akan datang dan segera mencabar Pas jelaskan pendirian samaada berada dengan pembangkang atau BN supaya rakyat senang membuat keputusan. Secara tidak  langsung beliau menganggap Pas bertalam dua muka.

Tetapi cabaran ini tidak dapat menutup hakikat bahawa Parti Amanah Negara sendiri mempunyai banyak muka yang akan mengelirukan rakyat. Ia ada muka DAP, muka PKR, muka Pas,muka Anwar Ibrahim dan bermuka-muka.

DAP juga tentunya sedang gementar dengan bayangan kerjasama Pas dengan BN  kerana kacamata cauvanis nya  nampak kerjasama ini sebagai Pas Umno yang akan memberi kesan buruk kepada  Pakatan Rakyat yang sedang  berada dalam keadaan terumbang ambing.

Bagi DAP  perkembangan ini adalah  kemunduran Malaysia dari politik Malaysian Malaysia yang sedang rancak maju kehadapan.

Presiden BN Datuk Seri Najib tentunya  merasa lega dengan perkembangan senario baru politik Malaysia ini tetapi beliau tidak boleh yakin sebagai positif bagi dirinya atau isterinya.

Untuk melegakan  harapan rakyat dan memastikan kemenangan cemerlang dan mempermudahkan kerjasama Umno, Pas atau BN,beliau terpaksa mengundur diri sebelum pilihanraya umum akan datang  kerana Pas sendiri tidak mahu pimpinan Umno  yang telah tercalar dan terbukti tidak licin,tidak cekap,menggugat ekonomi dan menghakiskan penghormatan terhadap negara.


DAP yang gementar dengan senario politik baru ini haruslah menerima hakikat bahawa ini  adalah harga yang sangat mahal  yang terpaksa dibayarnya  kerana permainan politik  perkaumannya yang agresif yang  tidak menghiraukan Perlembagaan Negara.

Dan pemimpin Umno pula  janganlah  cuba memberikan gambaran perkauman kepada arah tuju politik baru ini   kerana Umno sendiri bukanlah suatu parti perkauman seperti yang dimomokan oleh pembangkang.

Kalau Umno parti perkauman dan pelampau keagamaan masakan wujud kerjasama dengan MIC dan MCA untuk meletakan asas kemerdekaan yang telah memberikan keharmonian dan kemakmuran dan memajukan pendemokrasian negara secara evolusi sejak berpuluh tahun.

Bagaimanapun keharmonian ini telah diberikan gambaran salah  oleh anasir-ansir politik kosmopolitan Singapura yang diwakili oleh DAP.

InsyaALLAH akan berlaku perkembangan positif dalam politik Malaysia untuk pemulihan imejnya dan  InsyaALLAH Tun Mahathir akan dapat menyaksikan pengunduran Najib sebelum pilihanraya akan datang.

Umno ada stratijinya yang tersendiri bagi mengundurkan pemimpinnya secara terhormat. Sejarah telah membuktikannya.

*Tan Sri Zainuddin Maidin merupakan Bekas Menteri Penerangan
* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.